WeLCoMe To My Blog

Wednesday, April 29

Telatah Puteriku...



Puteriku sekarang dah pandai bergambar...lihatlah gambar tue bila suruh senyum jer bukan main menyengih semua gigi nampak.... huhuhuhu










Friday, April 17

Pemergian Atok Ke Rahmatullah...

Salam pada teman-teman...

Hari ini saya mewartakan kepiluan hati saya yang telah kehilangan nenek tersayang yang saya gelar atok pada 11/04/2009 sabtu jam 9.50 mlm.... pemergiannya amat tidak disangka-sangka.... Dalam kegirangan bercuti bersama family tersayang di Langkawi, nenekku pula pergi mengadap ilahi...

Pemergian yang tidak diduga itu amat meninggalkan kesan yang amat mendalam pada ahli keluargaku... termasuk diriku... beliau banyak berjasa kepadaku 2 beradik.. dialah yang membesarkanku bersama adikku sejak kami kehilangan mama tersayang. Teramat besar pengorbanan atok pada kami. Sesungguhnya jasanya terlalu besar & tak terbalas oleh kami 2 beradik.. Pemergiannya bagaikan suatu mimpi pada kami satu keluarga..

Percutian ke Langkawi ini telah dirancang setahun yang lalu... seramai 25orang ahli keluargaku pergi termasuk atok ku... seronok rasanya dapat membawa semua ahli keluarga kesana. ramai yang dh lama idamkan percutian ini... Perjalanan bermula pada 08/04/2009 rabu jam12.30 mlm kami semua ke Terminal LCCT Air Asia. Penerbangan kami paling awal jam 8.10pg pada 09/04/2009(khamis). Semua berjalan lancar seperti yang dirancang... setibanya disana terus ke apartment tempat menginap..

Percutian memang amat menyeronokkan.. setiap tempat yang kami pergi atok pasti ikut sekali... kami melawat padang Mat Sirat, Pekan Kuah untuk membeli-belah, Menaiki kereta Kabel, ke Pantai Cenang kebetulan ade Pesta Air Malaysia dan Under Water World langkawi.... Boleh dikatakan tiga hari ini penuh makna menghabiskan masa bersama atok dan ahli keluarga yang lain. Atok pun tidak menunjukan sebarang perubahan ketara... Dia tenang seperti biasa....

Tibalah hari sabtu 11/04/2009 (sabtu) jam 5.30 ptg di apartment kami menginap, semua sedang sibuk mengemas beg untuk pulang esok hari... ade yang pergi mandi di kolam renang. Atok pon sbuk mengemas begnya... petang itu dijamu cekodok udang kering bersama kopi panas... berselera atok menjamahnya... dia pon terus makan ubat dan mandi. selesai mandi dia mula mengah... lebih kurang waktu jam 7.30mlm semakin teruk semputnya... diajak ke hospital terus die nak pergi sedangkan selalunya die susah diajak kehospital.... dlm jam8 lebih uda,anjang, sham dan edy mengiringi atok ke hospital untuk mendapatkan rawatan.... Namun yang maha esa lebih sayangkan atok... adikku sham menelefon ucu supaya semua yang berada di apartment datang ke hospital segera... Atok di "Red Zon" bahasa medical.. Setibanya di Hospital Langkawi kami dimaklumkan atok telah meninggal dunia.... Amat terkejutlah semua ahli keluargaku dengan keadaan ditempat orang... masing2 termangu. Semua memikirkan pengurusan yang amat marumitkann...

Namun allah telah permudahkan pengendalian jenazah atok. Atok telah dibawa melalui laut ke Kuala Kedah dengan bantuan TLDM Mawilla 3 Langkawi...dilayan cara terhormat sesungguhnya amat terharu ahli keluarga kami atas penghormatan yang telah diberikan...dalam hujan gerimis semua ahli keluarga meratapi pemergian jenazah atok jam 1.15pagi.. Turut menemani atok ialah ayahandaku bersama adikku Daim... Setibanya di Kuala Kedah jam 2.45 Van Jenazah dari Hospital Alor Setar,Kedah pula telah menanti di Jeti. Jenazah terus dibawa ke Banting, Selangor...

Kami yang tinggal dilangkawi terus pulang ke apartment untuk mengemas barang2 kerana esok hari penerbangan kami yang terawal jam 9.15pg.. Kebetulan pula atok meninggal mungkin taknak menyusahkan anak cucunya... kami tak perlu untuk mengubah penerbangan... suasana sayu bagi semua ahli keluarga untuk pulang.. setibanya di LCCT jam 11.00pg kami dimaklumkan jenazah atok juga sudah tiba di rumah... kami bergegas pulang untuk menemui janazah atok.. atok dimandikan dan di kafankan... Perjanjian atok menemui yang esa mungkin cepat. selepas zohor terus atok dikebumikan... kami tak sempat melepaskan rindu meratapi wajah atok.... Apepon alhamdulillah segala-galanya berjalan amat lancar. Moga roh atok ditempatkan ke dlm golongan orang2 yang beriman dan diredhai oleh Allah S.W.T... Rahmatilah arwah atok ku... Amin.......................................




Satu-satunya gambar kenangan kali terakhir bersama Atok