WeLCoMe To My Blog

Tuesday, May 15

Wajah pramugari Indonesia sebelum terbunuh dalam nahas Sukhoi Superjet 100

Inilah wajah-wajah riang 11 pramugari rakyat Indonesia yang terpilih dalam penerbangan sulong pesawat Sukhoi Superjet 100 sebelum pesawat milik Rusia itu terhempas di kaki Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat beberapa hari lepas.
Mereka bergambar riang berlatar belakangkan pesawat Sukhoi tersebut beberapa jam sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Halim Kesuma, Jakarta.
Mereka semua merasakan merekalah yang paling bertuah kerana terpilih sebagai pembantu dalam penerbangan tersebut tanpa menyedari bahawa itulah juga penerbangan terakhir mereka. Kesemua 11 pramugari tersebut dilaporkan terkorban dalam nahas tersebut.Mereka ialah Ade Arisanty, Rossy Witham, Nur Limawati, Susana Pamella Rompas, Dewi Mutiara Intan Permata, Maria Marcella Dayu Larita, Heni Steffany, Aditya Recodianty, Rahmani Susanti, Anggraini Fitria Swesty S, dan Maysaroh.
Bagi yang beragama Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan kepada yang bukan Islam, semoga bersemadi dengan aman.
 sumber: mesintaipburuk.blogspot.com



 Ahli Keluarga yang bersedih....


No comments:

Post a Comment