WeLCoMe To My Blog

Thursday, January 9

~Tahun Baru 2014 Permulaan Baru My Princess Di Alam Sekolah~

Salam buat semua... Pejam celik dah seminggu tahun baru 2014 berlalu. Hope masih belum terlewat nak wish Selamat Tahun Baru buat semua rakan2. Moga permulaan di lembaran tahun baru  memberi semangat untuk menempuhi segala rintangan pada tahun ini.... Buat diriku memang amat teruja menempuhi awal tahun baru nie. Mana taknyer sibuk melayan karenah anak2 yang akan menempuhi alam persekolahan yang baru.
Persiapan sekolah sudah semestinya dari pakaian hingga ke alat tulis sekolah. Semua lengkap. Tasnim yang akan menempuhi tahun 1 dan Asmira pula akan ke Tadika 5 tahun. Sebagai ibu akulah yang lebih sibuk nak menyiapkan anak2kan... Siap bercuti panjang lagi nak pantau serba serbi agar berjalan lancar. Hari pertama tasnim melangkah ke darjah satu pada hari orientasi sekolah 30 Disember lalu. Alhamdulillah terpancar keceriaan diwajahnya. Semangat sekolah barulah katakan. Aku dan hubby seperti ibubapa lain juga excited dengan anak hikhik... aku dimaklumkan ader ujian dijalankan utk pelajar. bertambah risaulah hati mama. Mudah2an tasnim dapat menyiapkannya maklumlah sebelum ni die agak lewat menyiapkan tugas selalu kene tegur dengan gurunya tabikanyer. Die ditempatkan di kelas 1 Marikh. Selesai semuanya untuk hari orientasi.

Tibalah hari persekolahan pada 02hb. Januari 2014. Semua ibubapa pon sibuk mengurus persekolahan anak2. Bagi aku kedua2 puteri pula serentak bersekolah. Memang satu pengalaman yang hebat. Kene jadi Super Mama nie hehehe.....