WeLCoMe To My Blog

Thursday, May 15

My Princess kene Warded

Nie kisah awal februari lalu apabila kedua2 puteriku kene warded 2 minggu di KPJ SMC Shah Alam. Dugaan buatku ketika kandungan sudah pon cecah 8 bulan kene jaga pula puteri2 selama 2 minggu di Hospital. Satu family tidur hospital termasuk hubby yang nak uruskan Asmira pula manakala aku uruskan Tasnim. Asalnya kedua2 puteriku ini demam sudah hampir sebulan On Off On Off jew. Ingatkan demam biasa jer, pas tue ok balik. Lama kelamaan puteriku diserang demam panas yang tiba2 tinggi jew.

Mula-mula tasnim demam dan asyik muntah2 jer. aku ke klinik dan refer ke SMC pula. Setelah keputusan darah keluar mendapati demam akibat jangkitan kuman dalam darah dan kuman di Paru-paru. Selang dua hari Asmira pula buat pemeriksaan dan simptom sama juga seperti kakak. Oleh itu kedua2 puteriku terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Hari2 perlu ambil antibiotik dan gas untuk paru-paru.

Kesian mereka nie.. Apepon sepanjang rawatan dilaksanakan mereka semakin sihat. Udaku dari kampung juga turut datang untuk menjaga tasnim kerana dia keluar awal berbanding Asmira. Tasnim juga dapat Cuti Sakit selama 2 minggu. Keluarga lain dan rakan2 turut menziarahi kami sewaktu di hospital. Aku pon kenelah ambil cuti 2 minggu bagi menguruskan anak2 di hospital. Selepas menjalani rawatan demam mereka pon pulih dan keadaan kesihatan pon bertambah baik. Alhamdulillah syukur padamu ya Allah... Kedua puteriku sembuh dan kembali menjalani aktiviti harian seperti biasa.




Sebulan Usia

Pada 27 April 2014 yang lalu genaplah sebulan usia anak mama Muhammad Izz Firas. Alhamdulillah Firas dah semakin sihat. Berat badan pon dah bertambah. Kami telah ke klinik bagi mendapatkan rawatan bulanan Firas. Dia dah pon mendapatkan suntikan sebulannya dan berat badan kini 4.5kg.. Masa harian Firas pon biasalah baby menyusu dan tidur memanjang. Kini dah pandai main2 kejap dah. Seronoknyalah bila ade baby niekan. Maklumlah dah lama takde anak kecilkan... hehehe...

Tetapi mama jadi kurang tidurlah bila kerap bangun malam nyusukannya. Tambahan pula Firas agak sembelit cikit. Bila nak buang air besar jer mulalah merengek. Apepon lumrahlah jaga baby nie memerlukan kesabaran yang tinggi. Bagi aku sebagai seorang ibu kenelah tabah hadapi segala dugaan. Apepon daku bersyukur dikurniakan lagi cahayamata buat kami sekeluarga. Mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan kami. Saya kongsikan sedikit gambar2 sepanjang usia firas sebulan nie.. dah bambam tau!!!... Jom Layanzzz........









Bila Firas Kene Sakit Kuning Baby

Ha jumpa lagi semua, nie nak sambung tentang sakit kuning yang firas alami, bertapa risaunya hati seorang ibu bila anaknya tak sihatkan. begitu jugalah yang saya alami. Memang bayi tidak lari dari penyakit kuning lebih2 lagi jika berdarah jenis "O"... Tapi semua jenis darah pon boleh juga terkena jangkitan sakit kuning nie. Seminggu pertama lagi saya dah mendapati firas ade jaundis sikit tapi saya dirumah menunggulah JM dari klinik berhampiran datang membuat rawatan. Maklumlah abg dah pon melaporkan kelahiran kat klinik tersebut.

Punyalah tunggu seminggu dari hari isnin hinggalah jumaat JM tak kunjung tiba. Biasanya saya berpantang dikampung bila dah maklum pada JM klinik terus keesokannya dah tiba jururawat memeriksa bayi & ibu. Buat kelahiran kali nie jer pantang dirumah sendiri maklumlah kakak2 firas dh bersekolah. Tak bolehlah nak berpantang dikampung. Bila seminggu menanti tak datang2 minggu seterusnya hari selasa barulah berkesempatan ke Klinik Seksyen 19 Shah Alam utk membuat rawatan kuning Firas. Terkejutnyalah bila pemeriksaan mendapati kuning firas agak tinggi iaitu bacaan 284 utk hari ke-13. Keesokannya kami diminta dtg lagi bagi memastikan kuning Firas tidak tinggi lagi tetapi makin bertambah pula bacaan kepada 293 utk hari ke-14 dah doktor mengelurkan surat utk membawa bayi susulan ke hospital. Kami pon membuat keputusan untuk ke Hospital Serdang. Petang tu juga kami pulang kerumah dan bersiap pula ke Hospital Serdang.

Sesampai di Hospital Serdang pula kami terus ke Kecemasan tetapi diarah ke kaunter Pediatrik untuk rawatan. Sampai dikaunter pula kami dimaklumkan supaya datang esok dan jururawat kaunter bertugas memaklumkan bahawa pihak hospital hanya menerima jika bayi sudah berusia 15 hari. Aduh pelik betul saya dengar sedangkan tadi semasa diklinik memaklumkaan kena tahan wad hari nie jugak sebab kuning tinggi. Kebetulan adikku menguruskan appoiment utk membuat rawatan keesokannya. Malam tue saya & hubby bermalamlh dirumah adikku. Malam tue juga baba dan ucu ku call membebel pula kenapa tak boleh masuk wad. Pening juga nak menjawabnya dah diarahkan begitu ikut ajelahkan. Memang kalau ikutkan geram macam tak logik jew nk kene tunggu 15 hari genap padahal cuma beza 1 hari jew. Macam2 betullah kan.....

Keesokannya awal pagi kami ke Klinik Pediatrik utk membuat rawatan. Firas kene check darah dan diambil air kencing untuk pemeriksaan.  Setelah selesai semuanya dimaklumkan 4 jam untuk mendapat keputusan darah. Menunggulah lagi. Jam 2 ptg adikku call memaklumkan bahawa Firas perlu tahan wad kerana hasil ujian darah kuning Firas jadi terlalu tinggi dengan bacaan 397. Terkejutnyalah dengar.. tinggi betul dari semalamnya. Bersiaplah utk ke Wad NICU. Ya Allah bertambah risaunyalah hati seorang ibukan.

Selama 3 hari jugalah duduk di Wad menemani Firas dan kene kerap menyusukannya 1 jam sekali atas arahan doktor supaya kuningnya cepat menurun.Hampir setiap jam menunggunya dibawah cahaya lampu biru. Katil ibu jauh pula tue. Berulang alik jugalah nak tengok Firas. Akhirnya bacaan kuning Firas makin menurun dan dibenarkan keluar wad. Leganya lah hati bila dah dapat pulang kerumah. Dua minggu berturut2 jugalah membuat susulan pemeriksaan kuningnya di Klinik Seksyen 19. Alhamdulillah bacaan terakhirnya adalah 165. Terima kasih Ya Allah atas pertolonganmu.. Moga Muhammad Izz Firas makin sihat dan ceria seperti bayi2 lain. Amin....





Monday, May 12

BeRPaNTanG

Hi semua ... selepas bersalin mestilah semua mommy2 menjalani proses berpantng 44 harikan.. Dah lama tak bersalin kali ni giliranku lagi menjalani proses berpantang nie. Pejam celik pejam celik alhamdulillah baru dua hari lepas tamatlah 44 hari tempoh berpantang tue.. Apepon makanan yang nak diambil masih lagi perlu berjaga2 sebab jika terlebih makan benda yang berangin kembung pula baby firas nanti. Cuma kali nie aku tak dapat menikmati sangat makanan berpantang yang menggunakan lada hitam, halia dan kunyit kerana makanan tersebut dikatakan panas sebab puteraku diserang sakit kuning yang amat tinggi... bab kene sakit kuning ni nanti saya story kat ruangan post yang lain k. banyaknyer lah dugaan kali nie...

Hari-hari menu yang selalu dimasak adalah Ikan kerisi goreng, Bayam rebus atau tempe & tahu goreng. Ayam pula buat sup atau goreng jew. itu ajelah lauk yang lalu tekak ni makankan. kalau ikutkan pantang sebelum nie masak halialah favorite utama. Takpelah yang penting puteraku kembali sembuh dan sihat. Nak banyakkan susu saya ambil susu Lacta Anmum untuk ibu menyusu. Ade juga beli produk tambahan lain seperti ESP Shaklee susu memang pekat dan banyak tapi firas pula sembelit. kesian die... kenelah ambil berselang hari pula...hehehe.

Kini sebulan telah berlalu, puteraku juga dah berusia sebulan. Alhamdulillah segala dugaan telah kami lalui. Moga akan dipermudahkan lagi dimasa akan datang. mudah2an.....

LaHiRnYa SeoRaNg PuTeRa

Alhamdulillah tanggal 27 Mac 2014 yang lalu saya telah selamat melahirkan seorang putera pada jam 5:12 pagi seberat 3.3 kg. Lahirlah seorang putera dlm hidup kami melengkapkan lagi dan mengeratkan lagi kasih sayang kami sekeluarga. Kebetulan waktu itu cuti sekolah penggal pertama seminggu jadi puteri2 kami berada di teratak uda ku di banting. Malam sebelum kelahiran kami sempat lagi bershopping bersama cousinku along di Mydin USJ, Kami pulang jam 11.00 mlm.

Kami ke hospital PPUM jam 1.00 pg setelah air ketubanku pecah. Sesampai di hospital terus kami ke Wad Bersalin. Hati berdebar juga sebab 5 tahun menanti baru kini merasa kembali nikmat bersalin seorang ibu. Apepon alhamdulillah saya selamat melahirkan anak kami secara normal. Pada Jam 2.00 petang en.suami datang lagi membawa anjang dan udaku serta kedua2 puteri kami setelah selesai menguruskan Uri anak kami di kampung (banting). Kebetulan petang tue doktor membuat pemeriksaan dan saya serta bayi dalam keadaan yang cukup sihat untuk pulang. Kami pon pulang ke Banting rumah udaku, Berita kegembiraan ini turut dikongsikan bersama ayahandaku di kuantan. Inilah cucu sulung lelaki baba ku...

Terima kasih Ya Allah atas kurniaan seorang cahayamata lagi dlm keluarga kami. Mudah2 puteraku ini yang diberi nama Muhammad Izz Firas akan menjadi seorang anak yang soleh dan beriman kejalanmu serta taat kepada kedua ibubapanya amin.........