WeLCoMe To My Blog

Thursday, May 15

My Princess kene Warded

Nie kisah awal februari lalu apabila kedua2 puteriku kene warded 2 minggu di KPJ SMC Shah Alam. Dugaan buatku ketika kandungan sudah pon cecah 8 bulan kene jaga pula puteri2 selama 2 minggu di Hospital. Satu family tidur hospital termasuk hubby yang nak uruskan Asmira pula manakala aku uruskan Tasnim. Asalnya kedua2 puteriku ini demam sudah hampir sebulan On Off On Off jew. Ingatkan demam biasa jer, pas tue ok balik. Lama kelamaan puteriku diserang demam panas yang tiba2 tinggi jew.

Mula-mula tasnim demam dan asyik muntah2 jer. aku ke klinik dan refer ke SMC pula. Setelah keputusan darah keluar mendapati demam akibat jangkitan kuman dalam darah dan kuman di Paru-paru. Selang dua hari Asmira pula buat pemeriksaan dan simptom sama juga seperti kakak. Oleh itu kedua2 puteriku terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut. Hari2 perlu ambil antibiotik dan gas untuk paru-paru.

Kesian mereka nie.. Apepon sepanjang rawatan dilaksanakan mereka semakin sihat. Udaku dari kampung juga turut datang untuk menjaga tasnim kerana dia keluar awal berbanding Asmira. Tasnim juga dapat Cuti Sakit selama 2 minggu. Keluarga lain dan rakan2 turut menziarahi kami sewaktu di hospital. Aku pon kenelah ambil cuti 2 minggu bagi menguruskan anak2 di hospital. Selepas menjalani rawatan demam mereka pon pulih dan keadaan kesihatan pon bertambah baik. Alhamdulillah syukur padamu ya Allah... Kedua puteriku sembuh dan kembali menjalani aktiviti harian seperti biasa.




No comments:

Post a Comment