WeLCoMe To My Blog

Monday, May 12

BeRPaNTanG

Hi semua ... selepas bersalin mestilah semua mommy2 menjalani proses berpantng 44 harikan.. Dah lama tak bersalin kali ni giliranku lagi menjalani proses berpantang nie. Pejam celik pejam celik alhamdulillah baru dua hari lepas tamatlah 44 hari tempoh berpantang tue.. Apepon makanan yang nak diambil masih lagi perlu berjaga2 sebab jika terlebih makan benda yang berangin kembung pula baby firas nanti. Cuma kali nie aku tak dapat menikmati sangat makanan berpantang yang menggunakan lada hitam, halia dan kunyit kerana makanan tersebut dikatakan panas sebab puteraku diserang sakit kuning yang amat tinggi... bab kene sakit kuning ni nanti saya story kat ruangan post yang lain k. banyaknyer lah dugaan kali nie...

Hari-hari menu yang selalu dimasak adalah Ikan kerisi goreng, Bayam rebus atau tempe & tahu goreng. Ayam pula buat sup atau goreng jew. itu ajelah lauk yang lalu tekak ni makankan. kalau ikutkan pantang sebelum nie masak halialah favorite utama. Takpelah yang penting puteraku kembali sembuh dan sihat. Nak banyakkan susu saya ambil susu Lacta Anmum untuk ibu menyusu. Ade juga beli produk tambahan lain seperti ESP Shaklee susu memang pekat dan banyak tapi firas pula sembelit. kesian die... kenelah ambil berselang hari pula...hehehe.

Kini sebulan telah berlalu, puteraku juga dah berusia sebulan. Alhamdulillah segala dugaan telah kami lalui. Moga akan dipermudahkan lagi dimasa akan datang. mudah2an.....

No comments:

Post a Comment