WeLCoMe To My Blog

Tuesday, May 8

~FALASAFAH SI C0MEL~

~Makanan kesukaan kucing ialah ikan.Tapi kucing tak pernah pun pegi memancing atau menangkap sendiri ikan di laut.
Hal itu memang tak mungkin dapat dilakukannya.
~Untuk dapat menikmati ikan, apa kucing akan lakukan??
yaaa….kucing hanya perlu menggesel2kan dirinya kepada tuannya,dan cuba memanjakan dirinya kepada tuannya.
Maka dengan belas ihsan dan kasih sayang tuannya maka ia akan diberikan ikan sebagai santapannya.
Begitu jugalah dengan diri kita…

~untuk mendapat kehidupan yang baik, maka apakah yang perlu dilakukan?

Yaa….kita hendaklah mendekati Tuan kita iaitu….ALLAH yang maha agung.

Kenali,dekati dan ‘bermanjalah’ kepada-Nya.

Nescaya kelak…pasti dikau akan disayangi dan dirahmati olehNya.

Dikau pastinya akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka2.
Jangan ingat dengan usaha dan susah payahmu itu mampu mendatangkan rezeki…tanpa izin Tuanmu. hehehe sekadar renungan bersama......

No comments:

Post a Comment