WeLCoMe To My Blog

Tuesday, November 26

BeSDaY ANjaNGku..

26 Oktober lalu adalah hari jadi anjangku. Kami sekeluarga telah bercadang untuk membuat hari jadi anjang. Asalnyer nak beli kek jew tapi tetiba pulak uda timbul idea nak masak nasi minyak. Maka kami pon masaklah nasi minyak yang berlaukkan Daging masak kurma bersama pencuk(jelatah) karot dan kobis. Hurm.. tentulah sedapkan. Anjang pon kami dah telefon awal nak datang kerumahnyer tapi die tak tahulah pulak berkenaan hajat kami semua nak buat makan-makan sempena besday anjang tue.

Awal pagi lagi uda dah sibuk didapur untuk masak dan aku pon tak terkecuali sama membantunyer masak di dapur. Alhamdulillah selesai semuanya berkemas-kemaslah kami semua untuk kerumah anjang. Aku bersama angah keluar awal dulu sebab untuk singah membeli kek di pekan banting. Sesampai dirumah anjang biasalah mengeluarkan hidangan lauk-pauk. Kek standby dalam kereta dulu. Cuaca pon agak mendung dan tak panas terik jadi taklah kek tue kepanasan dalam keretakan.... hikhik..

Anjang terkejut juga banyak benar makanan siap bawak keropok ikan utk diigoreng gara-gara nak cepat tak sempat digoreng. Maka goreng ajelah kat umah anjang. Tengah nak mula menikmati hidangan kami semua pon mengeluarkan kek Hari Jadi buat anjang sambil menyanyikan lagu hari jadi buat anjang. Biasalah puteri2 ku lah yang paling riuh biler bab2 nyanyi lagu besday ni. macam besday mereka pulak. Riuh rendahlah kami petang tue. Apepon kami semua mengucapkan Semoga anjang panjang umur murah rezki dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Kami tau anjang seorang yang kuat semangat untuk menempuh segala apa jua dugaan.. Semoga tahun depan kita masih lagi dapat bersama2 meraikan hari lahir anjang. Kami semua sayang anjang...  Segala pesanan anjang In Syaa Allah kami akan cuba tunaikan yang termampu.. Amin.....




No comments:

Post a Comment