WeLCoMe To My Blog

Wednesday, November 13

First Checkup

Maaflah kawan2 jarang benar saya update kisah2 terkini sejak kebelakangan nie.. almaklumlah dh berbadan dua nie kesihatan pon agak kurang memuaskan. hehehe... apepon sy cuba berkongsi kisah suka duka bersama kawan2 semua.. Alhamdulillah masih lagi dapat melaksanakan tugas dan menjadi ibu kepada puteri2 saya dan isteri buat suamiku...

Kali pertama checkup agak berdebar juga. Yelah setelah hampir 5 tahun baru merasai semula nikmat ibu mengandung. Risau pon ader. moga kesihatan sihat hendaknya. Awal pagi lagi september lalu aku bersama en.suami telah keluar ke hospital untuk checkup. cadangnyer untuk ke Hospital SALAM di shah alam tapi agak rumit kerana doktor yang dicadangkan oleh kawanku penuh dan kami disuruh datang pada hari lain untuk membuat appoiment. Leceh jugak takkan nak amik cuti hari lain pulakkan. hurm..macam2 pulak. Kaunter pertanyaan pon macam tak mesra alam jer. Akhirnyer aku buat keputusan ke KPJ SMC Shah Alam jer berjumpa dengan doktor yeen yang pernah dulu memeriksa kandungan semasa mengandungkan Tasnim & Asmira...

Sesampai jer di SMC terus dapat nombor dan menunggu giliran walaupon kami tak buat temujanji awal. kan senang macam nie. yelah kitakan bukan senang nak cuti2 sangatkan.Alhamdulillah checkup mengesahkan yg aku dah hamil 2 bulan setengah. Alhamdulillah syukur padamu ya Allah.... Gembira sungguh rasanyerkan. Mudah2an semuanya dipermudahkan.. Amin.. dan jangkaan due date adalah pada 10 April 2014... Doakan ye kawan2 agar kesihatan saya dan baby baik sepanjang tempoh kehamilan nie. ok see u o'll at next story... tataaa.......



No comments:

Post a Comment