WeLCoMe To My Blog

Thursday, January 31

My First Holiday 2013-Sumatera Barat


Sorrylah kawan2... Lama jugak tak jenguk and update status terkini. Saya nie baru jew Ahad lepas 24/01/2013 tiba dari percutian ke Padang, Indonesia... Alhamdulillah perjalanan kami kesana baik sekali. Kami pergi tak ramai sangat pon cuma berlapan jer. Percutian 4 hari 3 malam yang cukup memenatkan tetapi fun sangat2.... Kali nie aku dapat bawa trip kawan2 off join the holiday. Awal pagi lagi aku dah siapkan puteriku ke sekolah. Barulah aku pulang ke kampung untuk ambil cousinku. Nasib baik ader sahabatnyer tolong hantar kami ke LCCT Sepang. Lega rasanya. Jam 2.00ptg berlepaslah kami ke Padang,Sumatera Barat. Kami dapat penerbangan petang atau Sore hehehe... Penerbangan kami sekejap jer cuma ambil masa satu jam. Sejam kemudian tibalah kami di Airport Minangkabau Padang, Indonesia... Sesampai disana kami telah pon ditunggu oleh Putra teman saya disana dari Hotel Orchid. Alhamdulillah sejak 2007 itulah hotel tempat penginapanku. Aku dah biasa dengan situasi hotel tue dan sudah ramai kenalan disitu. Mereka pon ramah2 orangnyer. Selesa aku berurusan dengan Roni's Tour. Lagipon hotel kami nie dekat dengan tempat Shoping di Jam Gadang tue. Jalan kaki jew.. Mudahkan... Tapi kali nie roni tidak dapat menemani perjalanan kami sebab masih berlibur di Belanda.hehehe.... Orang bujanglah katakan....
Perjalanan pertama kami tentunyalah tempat makan sebab masing-masing kelaparan. Mana tidaknya awal lagi dah keluar rumahkan. Nak dijadikan cerita tetiba perjalanan kami ke Bukit Tinggi jem teruk kerana ada kemalangan yang berlaku. Nak sampai ke rumah makan pon lambatlah jadinya. Pedih dah perut. Ada pula yang tak tahan nak terkucil hehehe.. kalau disana panggilnya "mau pipis"... memasing gelak sakan bila nak berkata-kata... Yelah bahasa disana udah beda. Kalau kitanak terangkan pon ada perkataan yang mereka kurang faham. Aku pon kene bercakap sedikitlah bahasa yang mudah difahami...kan...
Fuhh.. lega bila dah sampai kt rumah makan...  Masing2 mcm phirana makan sedaplah katakan dpt mkn nasi padang. Beras baru lg.. Nak pulak pekena ikan salai yummy.... Selesai makan kami pon terus ke hotel untuk check in...Destinasi Hotel Orchid lah... Malam tue bawak jenjalan sekitar jam gadang jew.. 

Keesokan harinya barulah seharian kami mulakan destinasi perjalanan... Macam2 tempat kami bersiar2.. Destinasi pertama Lobang Jepang dan Ngarai Sianok,kat sini adalah tinggalan sejarah sewaktu zaman jepun dulu. Seterusnya kami ke Danau Maninjau tengok permandangan danau, View kat sini memang cantik sangat2... Kami juga singgah di Pandai Sikek tempat tenunan, dan Toko Selindung Bulan milik Pak Hendra dan Ibu Musni.. Sudah bertambah mesra dengan mereka nie sebab saban tahun pasti ketemu.... dan Destinasi terakhir Singgah di Kilang Kopi KINIKO... Dapatlah minum kopi dan santai bersama Pisang Salai yang memang sedap. berbeza juga dengan pisang salai bandung tau!!.....Pulang ke Hotel terus capek... Malam tue kami layan Nasi Goreng Pak Ajo dan Martabak Mesir (martabak ler.. cuma takde kari jew sebab makan ngan kuah kicap cili api). Kami jalan2 juga di sekitar jam gadang untuk menikmati permandangan malam. Balik hotel apa lagi tidolah.......









ISTILAH PERASAAN


Perasaan Manusia nie ada bermacam2 perasaan adakalanya maragh, geram dan boleh menjadi seotang yang sangat penyayang.... Namun perasaan yang mengembirakan kitalah yang akan membuat kita rasa sangat bahagia.... Antara 4 perasaan dibawah :-

SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.

MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.

SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.

CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.

Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa suka, minat dan sayang.

Matlamatnya cuma satu....kaulah segalanya.... Cewah bermadah pula..


Alhamdulillah bagi diri saya semua empat2 perasaan tue pernah saya lalui dan alami... Anda bagaimana pula..???











Monday, January 14

BesDay di PeNuTuP TaHuN 2012

Lama sungguh kami tak berjumpa dan berkumpul beramai2 bersama ahli keluarga. Pada hari Ahad 30 Disember 2012 yang lalu.lepas terlepas jugalah hajat kami berkumpul dan memeriahkan majlis doa selamat serta meraikan ahli keluarga yang menyambut besday pd bulan 12.... Wah meriah sungguh hari tue. semua ader. Terdapat juga family yang tak dapat hadir kerana urusan2 yang tidak dapat dielakkan... termasuklah adikku sham kerana linda ketika itu ditahan di wad kerana sarat mengandung dan bila2 masa jer akan melahirkan cahayamata sulung mereka....


Majlis tengahari tue alhamdulillah berjalan lancar... Selepas bacaan doa selamat aktiviti potong kek pula beramai2... seronok sangat rasanya. Tapi tuelah ayahandaku pula jauhkan, tak dapat meraikan bersama... Menu kami hari tue macam-macam ada. Pulut kuning, asam pedas ikan parang, sup sayur campur, pecal, tahu sumbat, aneka nugget dan fries untuk kanak2 dan lain-lain lagi... erm kekenyanganlah jawabnyer... hihihih... keluarga terdekat jer ramai yang hadir. Selesai makan2 masa semua nak pulang kami bergambar kenangan beramai2. siap pakai topeng muka lagi. kelakar pulak rasanyakan. Apepon penghujung tahun yang ceria buat kami. Mudah2an silaturahim kami sekeluarga bertambah kuat dan erat amin.......




Wednesday, January 9

Topi KaiT FoR My PRinCeSs

Minggu lepas aku telah order topi kait for my princess. Aku request warna pink dan putih. Buatku pula warna hitam dan merah... Member yg buat kait-mengait nie adalah kenalan rakanku di Facebook. Alhamdulillah semalam topi kait tue sampai dihantar oleh Fatimah Hashim. Cantik sangat. Harga pon bagi aku ok jer... Biler balik umah teruslah aku melaramkam puteriku siap bergambar bagai... hehehe... Haa.. korang tengoklah yer ragam puteriku nie... Mama die pon nak tumpang sekaki jugak... Jom Layanzzz...




Thursday, January 3

GaMBaRaN HaRi KiaMaT


- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

SALAM UKHWAH FILLAH..Sebarkan Cinta Sebarkan Doa.... untuk renungan bersama... amin...

Wednesday, January 2

ANaK BuaH BaRu - HaDiaH TaHuN BaRu

Wah inilah post pertama aku bagi tahun baru 2013 nie... Memang berita gembira juga buat seluruh ahli keluargaku. Alhamdulillah pada 31/12/2012 yang lalu aku mendapat berita gembira dimana adik iparku Lynda telah selamat melahirkan seorang baby perempuan seberat 3.1 kg di Hospital Banting. Dapatlah aku anak buah dan ahli baru dalam keluarga kami. Nampaknyer cucu ayahandaku kini sudah 3 orang semuanya girl belaka hehehe.. Dah kira sebagai anugerah tahun baru nielah kan...

Alhamdulillah juga Ibu dan baby keduanya sihat. Adikku kini dah bergelar seorang bapa kepada puterinya. Kehadiran puteri nie amat bermakna dalam hidup kedua2 mereka... Yelah hampir 3 tahun menunggu akhirnya tiba juga saat yang menggembirakan ini. Aku juga turut gembira. Yelah Mak Long dah dapat anak buahlah katakan. Petang selepas kelahiran tue jer kami sekeluarga telah pergi melawat anak buahku itu. Comel sungguh hidung mancung sesangat. Memang tak tumpah betul iras dengan adikku. Yelah anak bapakkan... Semoga kehadiran orang baru dalam hidup mereka bertambah serilah family kami. Mudah2an...ada rezki bertambah lagilah zuriat buat mereka amin... Semoga tabah dalam mendidik anak2 untuk menjadi insan yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya dan terbaik didunia dan akhirat... Amin...

#Buat peringatan diriku juga... Peace...........hehehe