WeLCoMe To My Blog

Friday, February 22

Imej Baru Pakai Shawl

Hurm... dengar pasal berhijab jer dah tentu-tentulah tahu pasal pakai tudungkan... Jumaat lepas adalah sesi berhijab ini diadakan di Off HQ,YS. Mula-mula tue malas juga nak pergi tapi bila fikir balik tengok ajelah dulu kot2 berminat pulak nanti... Taklimat nie pon sekadar untuk makluman dan berkongsi tips bertudung dari kak Anizon. Famous juga rupanya dia nie siap ada keluaran buku lagi cara menggayakan tudung part 1.. nanti ada part 2 pulak... kene dapatkan nie... Apepon seronok juga bila dah dengar talk. Cara pkai pon senang. Siap jadi model lagi... bukan apa kitakan mesti nak tahu warna apa yang sesuai dengan warna kulit kitakan.... Secara tak langsung saya taulah warna yang sesuai dengan kulit saya.

Dengan itu, saya pon dapatlah sedikit perkongsian ilmu.. Macam2 jenis style lah jugak yang die ajar. Seronok bila dah taukan!!.. Kalau tak fikir banyak kali nak pakai shawl nie. Nak berpin-pin lagi.. Jenis bahan shawl nie pon mudah jew nak pakai... Memang senang dan mudah... Tak banyaklah habis masa depan cermin nak belek2 tudung..hihihi.... Bila dah tau tue hujung minggu teruslah pratikkan pakai shawl nie. ha inilah hasilnya.... Tada... Ok kita jumpa next episod tataaa... hehehe





Friday, February 15

Cuti Panjang CNY - Part 2


Malam berikutnya pula kami sekeluarga keluar untuk main bowling bersama ahli keluarga pula... Nie semua perancangan terkejut jer.. Selalu kalau dirancang awal2 sangat tak jadi.. Bila perancangan tetiba nie memang meriahkan... Lama benar tak main bowling ramai2 nie. Aku pon dah telefon untuk boking lane yelah takut jugaklah penuh nanti maklumlah cuti umum panjangkan!!... Bila dah mula bermain macam-macam ragam ader... Bila semuanya ader bertambah meriahlah kan... Seronok sangat.. Makcik2 ku ini pon memang sporting giler2 punya... Pak anjang dan Pak usu pon turut serta join program malam tue. Ayahandaku tak main sebab sakit tangan katanya... Tapi cuba2 juga baling... hehehe. Yelah dah lama tak mainkan. Mestilah nak cuba jugak.... My princess pon seronok, nak main sama jugak... riuh rendahlah kami bermain...


Haa.. kalau bab aksi tue memang macam2 ragamlah ader.... Riuh dengan gelak tawa sekali... kami main 2 frame jew... Cukuplah tue kalau tak nanti sakit tangan dibuatnyer.... Gembirakan bila ader keluarga yang happy go lucky macam nie... Bersyukur sangat2... Moga2 Ukhwah kami berterusan begini... Amin....

Selesai bermain boling kami pon pulang.. Singgah dululah makan2... Order sate lagi hihihi... Masing2 tak abis borak lagi... Sesampai dirumah dah pukul 12.00 malam... ha amik kau malam baru ingat nak balik... hehehe... Last day, Selasa ayahanda pon dah nak pulang ke Kuantan..... Sempat jugaklah aku with ucu masakkan nasi serta lauk untuk baba bawak bekalan dalam perjalanan nanti... Alhamdulillah..... Siap2 kemas semuanya bertolaklah ayahandaku pulang. Jam 7.00 malam barulah baba tiba dirumahnya.. Jalan sesak katanya di Higway dekat Senawang.. Yelah semua nak pulang semula bekerjakan... Apepon memang cuti hujung minggu yang padat sesangat dengan aktiviti... Apa pula program minggu depan... Nantikan yer.. ok Tataaa........

Familyku bersama adik2 ku.......






Wednesday, February 13

Cuti Panjang CNY - Part 1

 Wah Cuti Panjang 4 hari sempena Chiness New Year nie, Xong Chi Fa Chai buat rakan2 beragama Buddha... Actually, Program minggu nie tak pasti lagi sebab tak rancang aper2 pon. cuma yang pasti Ayahandaku pulang ke Kampung Halaman bersama semua ahli keluarga... Jumaat malam 08 Februari 2013 ayahanda dah tiba dari kuantan ke rumah uda. Berbunga2 hati menanti semuanya tiba. Baba selamat sampai jam 10.00 mlm.. Keesokannya kami semua pulang ke rumah di Permatang Pasir Jugra. Sepanjang cuti nie banyak sungguh program kami. Kami dapat berita anak my cousin yan masuk wad di Hospital Putrajaya. Kesian baby Miqael... Selepas dah jenguk baby Miki kami pon meluangkan masa berjalan di Jambatan Putrajaya dan sekitar Masjid Putrajaya... Cantik sungguh permandangan disini. Lama benar aku tak datang kesini. Bertahunlah jugak.. Banyak yang dah berubah... hihihi....

Selepas bergambar2 di jambatan kami ke Masjid Putrajaya pula... Selesai semuanya kami pon pulang.ebelum pulang kami singgah di Dengkil pula bagi menikmati hidangan malam.. Order goreng2 jew... Alhamdulillah kenyang.. hihihi. Keesokannya kami kacau dodol pula beramai2... Waktu petang aku membawa adik2ku pula menikmati permandangan dari Rumah Api Bukit Jugra di kampung... Tak lupa juga ke Jeti melihat bot2 nelayan.. Seronok mereka. Maklumlah lama benar tak pulang ke kampungkan!! hihihi... Apepon memang meriah....



One Day di Muar & Melaka

Sabtu yang lalu 02 Februari 2013 kami diundang ke Majlis perkahwinan Wany adik kepada kakak angkat kesayanganku Kak Amoilah...hehehe. Majlis ini telah diadakan di kampung mereka di Muar,Johor. Alhamdulillah tiba juga kami sekeluarga di sana. Sebelum nie memang dah janji kesana sewaktu kak amoi sendiri wedding tapi ketika itu hajat tidak kesampaian kerana ayahandaku pula dilanda musibbah dimasukkan ke CCU Jantung. Tue yang tak  Lama benar tak jumpa kak amoi nie... Dapat jugalah kami meraikan dua mempelai dan bergambar kenangan disana...Kami sampai agak lewat sikit maklumlah sesat di pekan muar hihihi... Jalannya banyak sehala dan ader pula jalan yang ditutup atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... Apepon kami sampai juga di Parit Yusof, Muar johor.....


Kami disambut oleh kak amoi sekeluarga, selesai menjamu selera kami kedestinasi berikutnya Pagoh. Umah saper lagi Ucu Noi Home. Kebetulan Atok pon turut tak sihat baru baik demam katanya seminggu tak bangun. Kesian atok. Kami pon ziarahlah atok disana. Biasalah bila dah sampai ucu noi pon mulalah buat kudapan minum petang.. Maghrib menjelma kami meneruskan pula perjalanan ke Melaka pula untuk ke Majlis Cukur Jambul dan Akikah Baby MiQael. Jam 8 malam kami tiba di Merlimau, Melaka. Majlis cukur jambul diraikan dengan meriah bersama sanak-saudara. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Selesai majlis jam 10.30 malam kami pon bertolak pulang ke Banting. Kami tiba ke rumah jam 1.00 pagi. Masing2 keletihan seharian dalam kereta hehehe.. Apepon kami enjoy!!....