WeLCoMe To My Blog

Wednesday, June 12

Peritnya Cuci Luka

Musibah yang melanda taklah sehari tue jer kami menanggungnya... Mestilah dapat rawatan harian pula untuk mencuci luka. Petang selepas kejadian accident motorsikal tue cousinku mengambil kami untuk pulang ke kampung. Malam tue sakitnyalah badan ketika nak tidur. Barulah rasa sengal2 badan akibat hentakan sewaktu jatuh motor. Ke esokannya kami pon mendapat rawatan pula di klinik sekitar kawasan banting. Pedihnyalah bila luka dicuci... Rasa macam nak menjerit jer. Luka pon kembang mungkin kerana balutan yang seharian bila dibuka ia lembab. Balutan perlu untuk elak dijangkiti kuman. Apepon, Cuci di klinik memang peritlah sesangat.

Isnin pagi kami dikehendaki ke klinik semula untuk cuci luka.. Terpaksalah meminta bantuan adik abang untuk membawa kami ke klinik. Walaupon klinik dekat dengan rumah tetapi En.Suami tak bolah bawak kereta pon sebab tangan kirinya bengkak. Macam mana nak masuk gear keretakan!!... Apepon kami mendapat rawatan semula di klinik sewaktu kami membuat rawatan awal selepas kejadian. Doktor mendapati tanganku bernanah sedikit jadi perlu pulaklah dikoyakkan kulit yang bernanah tersebut. Adoi.. aii.... memang perit giler.. Aku dan En.Suami diberikan Cuti Sakit selama seminggu.. Yelah dengan keadaan luka yang masih belum pulih, terpaksalah kami berehat dirumah. kebetulan puteriku juga masih bersekolah. En.Suami adalah seminggu di rumah. Sakit2 pon kene jugaklah masak kan!! Yelah dah tanggung jawab. Makan pon kenelah pantang pulak.. heheheeee... macam2 lah pulak.

Inilah Helmet yang calar teruk
Bekalan ubat luka
Doktor bekalkan kami ubat luka untuk di cuci di rumah sebab kami perlu ke klinik berselang2 hari... Nampaknya kene belajarlah pulak cuci sendiri. Cuci yang pastinya sakit dan pedih, bila nk mandi lagilah pedih... Dugaan betul!! Apepon selepas seminggu luka makin pulih. Selepas cuti sakit seminggu perlulah pula memikirkan untuk ke tempat kerja. Apepon kenelah gagahkan juga aku menunggang motosikal sebab En.Suami tak boleh bawak motor. Jadi kami berasingan untuk pergi ke tempat kerja. Yelah kalau En.suami nak hantar aku naik kereta pula jalan dah lah sesak kesian pula die nak masuk2 gear kereta dengan tangan yang baru nak pulih. Apepon Syukur kerana kami berdua telah kembali sihat seperti biasa. Apepon kejadian tue membuatkan aku jadi fobia nak naik motor berdua bersama En.Suami. heheheeee.... Sehingga kini aku masih lagi menunggang sendirian.... Takpelah lagi pon mudah kami berdua hendak pergi dan pulang dari kerja kerana jalan kami berbeza destinasi....



No comments:

Post a Comment