WeLCoMe To My Blog

Friday, December 28

AZaM BaRu 2013

Wah pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2013. apa azam baru korang.. Semua orang mesti ada azam masing2kan. Begitu jugak aku, hehehe... azam yang tersenarai memang banyak. Nak berjaya dalam bisnes lah (masih kecil2an) sebab nak ubah kehidupan menjadi lebih selesa, teringin nak beli umah sendiri, sebagai mama yang bekerjaya pula mestilah nak ubah penampilan diri untuk lebih ceria dan menjadi idola si manja.... kalau nak ikutkan macam2 lagi tapi adakah semuanya akan tercapai. Oleh itu aku kenelah usaha lebih bagi merealisasikan azam tue. Korang nak tau tak dalam banyak2 azam tue yang paling utama apa? tentulah azam aku yang paling utama menambah zuriat meramaikan lagi umat muhammad amin...... wah banyak betul azam akukan bagi tahun depan. paling tidak pon aku harap sebahagian azam aku tue akan tercapai amin.....

Ha.. bila bercakap tentang bab zuriat nie, aku kini dah mempunyai 2 orang puteri mestilah teringinkan putera pulak. Maklumlah usia makin meningkat faktor umur mengandung lebih umur nie bak kata orang berisiko tinggi dan badan pon cepat letih dan lesu... Anak keduaku kini pon tahun depan berusia 4 tahun. Namun sehingga setakat nie rezki belum menyebelahi kami lagi untuk menimang lagi cahaya mata... Mudah2an adalah rezki kami nanti. Rumah pon dah ternanti2 bau baby.. rindu rasanya nak cium bau baby.wangikan....  Mudah2an azam buat diriku bersama hubby untuk menimang cahayamata akan tercapai amin... Setiap Rezki itu adalah dari Allah swt. yang menentukan. kita hanya mampu berdoa dan berusaha mencapai setiap azam yang diimpikan... Ok kengkawan. Hope azam korang tahun depan pon akan tercapai juga.. Saya undur diri dulu...

Daftar Online Bagi Pelajar Darjah 1

Teman-teman kerja memberitahu sekarang ni nak mendaftar masuk sekolah darjah 1 dah kena buat online. Kami sebagai ibu bapa yang tak ada contact di sekolah rendah berdekatan, kenalah ambil tahu berkenaan bila mereka mula buka pendaftaran, rasa seronok lah. Senang kan daftar online. Walaupun Tasnim baru nak masuk (6 tahun) tahun depan, tapi kena daftar cepat-cepat bagi sesi tahun 2014 sekarang untuk dapatkan tempat di sekolah berdekatan dengan rumah kami. Kalau tak nanti kena lah daftar masuk ke sekolah lain pulak. Asalnya nak daftarkan Pra sekolah dulu tapi sudah tiada kekosongan. Nampaknya tahun hadapan tasnim still akan bersekolah di tadika yang samalah...

Nak memilih sekolah untuk anak, memang hari2 kami bincangkan. Sekolah rendah di mana, sekolah menengah nanti nak masuk SBP ke sekolah biasa… Tapi khabarnya JPA dan tetapkan bagi sekolah harian, untuk dapatkan scholarship JPA perlu sekurang-kurangnya 9A+ dan kegiatan ko-kurikulum. Apa gilaaaa… siapa je yg dapat 9A+, isk3x. Pastu kalau dapat 9A+ tapi tak ada kegiatan ko-ku pun tak layak jugak. Jadi, apakah sekolah berasrama penuh menjadi pilihan kami? Ataupun sekolah swasta? Kalau dah sekolah harian biasa dah macam tu punya susah nak dapatkan scholarship, JPA lagi tu.. sekolah yang tak tersenarai macamana? Kena skor gila2 dalam SPM ditambah kegiatan ko-ku seperti jadi kapten pasukan bola sepak ker… Masalahnyer Puteriku perempuan pulak tue hehehe... 
Berbalik kepada pendaftaran tahun 1 online, maka saya pun carilah di mana letaknya web Jabatan Pendidikan Selangor dan seangkatan dengannyer untuk mendaftarkan tasnim nie. Alhamdulillah walaupon pertama kali nak belajar mendaftar dapat jugaklah aku mendaftar. Siap telefon jiran umah tanyer anak die sekolah dimana. Jadi sekolah pilihan Seksyen 19 atau Seksyen 20 Shah Alam kerana yang paling hampir dengan rumah kami. Kami pilih seksyen 20 akhirnya kerana anak jiranku juga bersekolah disitu. Bukan aper dapat jugalah mereka tengok2kan tasnim nanti dan paling utama semasa pergi dan balik dari sekolah mereka akan menaiki van yang sama kesekolah jadi taklah aku risau sangat nanti betul tak!!... Dah jauh betul aku fikir nie... yelah untuk memudahkan dan berasa selamat mudah2an... 

Rupanya apabila sudah mendaftar terus nama daftar masuk ke dalam sistem. jika nak semak keputusan sekolah juga perlu melihat dalam sistem jugak hanya masukkan No.Mykid anak jer untuk melihat samaada lulus atau tak permohonan kami nie.... Sebelum kesekolah untuk mendaftar kene printkan dulu butir2 pendaftaran dan salinan surat beranak puteriku, ic ibubapa, bil letrik/air bagi pengesahan alamat. Kali pertama kami pergi kesekolah ditolak kerana dokumen tak lengkap. Yelah dlm senarai yang aku print tak nyatakan pon kene ada sampul surat alamat sendiri beserta setem 60 sen. dan satu lagi salinan kad perakuan nikah tidak diterima.die nak salinan sijil nikah asal jer.Adeh dahlah surat nikah aku tue ader kampung banting. tangguhkan dululah pendaftaran. Balik kampung terus ingat nak ambil sijil tue. Kali kedua suamiku pergi berkobar2lah bawak semua dokumen memang semua dh lengkap tetiba tak diterima lagi sebab terlupa bawak surat beranak asal sebab nak kene cop sekolah kat belakang surat beranak tue. Erm.. tertangguh lagi. Sabo ajelah...

Akhirnya kali ketiga pergi pada 26/12/2012 lalu barulah selesai semuanya. Dugaan jugakkan nak daftar tahun satu pon banyak dugaan... Sekarang nie tinggal nak tunggu keputusan jer sama ada puteriku diterima atau tidak. mudah2an nanti keputusannyer diterimalah yer.. kalau dah penuh kene mendaftar disekolah lain pulak macam aku nak tanyer PRA untuk 6 tahun arie tue. biler lewat daftar kouta dah penuh.. Ok kawan2 sama2lah kita nantikan keputusannya nanti.. Hope korang nanti pon dah buat persediaan awal bagi pendaftaran anak ke darjah satu. jgn jadi macam saya 3 kali pergi baru lepas sebab ada yang tak lengkap hehehe.. Ok sambung lagi bila dapat keputusan nanti k. Babai.....





One DaY @t AQuARia KLCC

Selasa lalu 25/12/2012 merupakan Hari Krismas jadi cuti umumlah satu hari jew tengah minggu plak tue, nak balik kampung baru lagi balik ahad lalu... Sebelum nie Mr.Hubby ada ajak nak pergi Aquaria KLCC. Jadi kami pon membuat keputusan last minit untuk pergi ke sana. Kali nie trip best sikit sebab kami naik train Putra dari Station Taman Jaya terus ke KLCC. Yelah permintaan puteri2ku.. "Mama bile kakak nak naik ketapi mama? tanye tasnim".. selalu sangat die tanyer. Tercapai juga hajat nak bawa mereka naik train nie... Awal pagi lagi mereka dah bangun biasalah budak2 seronok giler bile kata nak naik train. Sempat jugaklah aku buat breakfast pagi tue jemput udang(cekodok hehehe) bersama air Milo. Kami bersarapan bersama sebelum bertolak pergi. Hubby singgah sebentar kerumah emaknya untuk hantar kerepek kebetulan adik iparku izat turut ada secara kebetulan die with wifenyer yati nak follow serta... Nampaknyer meriahlah perjalanan kami arie nie. Seronoklah puteriku pak tamnyer nak ikut sama.

 Kami parking berhampiran tempat kerjaku. senang jer free ckit.hehehe... bertolaklah kami ke KLCC menaiki train dari hentian Taman Jaya. Tambang train murah jer RM 2.10 sehala. Kanak2 bawah 10 tahun tak dikenakan apa2 bayaran pon. senangkan. waktu pergi tue agak lengang sedikit maklumlah mungkin awal pagi lagi. lepas tue barulah ramai orang menaiki train. Sekarang dah senang sampai di KLCC terus jer dah masuk ke bangunan KLCC lebih mudah dan dekat. Kalau tak mesti leceh nak cari parking dan bayar parking lagikan. Kami pon teruslah ronda2 cuci2 mata lepas tue terus pergi membeli tiket nak masuk Aquaria.Ramai juga orang dah beratur panjang. Apepon biasalah cuti umumkan ramailah yang berjalan. Harga Tiket dewasa RM38.00 dan kanak2 RM28.00 bagi yang ada Mykad jew.Kalau warga asing RM50.00 tau. Seronok puteri2ku biler start masuk kesana. tengok habitat2 lain dan paling best ikan besar2. Ada jerung, pari, penyu dan lain2. Besar jugak kawasan dalam tue siap ada santa claus diving lagi bagi ikan2 makan... Puteriku pon melambai2 santa... ruang jalan pon sesak jugak. ramai yang bawa anak2 jalan disini. Adik iparku sampai dua kali masuk ruangan ikan tue pusing2..hehehe. Ha kat ruang luar tue adelah wat kiosk kreatif bagi yang nak buat tgn lilin, nama kat beras dan lukis gambar. Puteriku turutlah nak lukis gambar kartun muka mereka berdua.Leka tengok abg2 tue lukis gambar. Pandai diaorang lukis.Lepas tue beli cenderahati pulak. fresh magnet jer. aku beli 2 unit satu untukku dan satu lagi buat udaku.. suka die kumpul magnet nie. dah penuh peti ais umah die tue... Dah penat berjalan laparlah pulak.
Kami singgah kat Pizza Hut jer. Skunk pon masih ader promosi utk kid meal kan. Menu puteriku Carbonaralah.. nyum..nyum.. Selesai makan kami pon bertolak pulang... Kali nie kami dapat duduk depan sekali. Puteriku siap dok bersila lagi kat atas dek depan.siap lambai2 lagi biler nampak train lain berselisih. seronoknya mereka... sampai jer di hentian kami pon pulang kerumah ibu mertuaku. Malam menjelma baru kami pelang ke rumah. yelah esok nak kerja balik kan.. hehehe apepon puas rasanya bile dah tunaikan hajat puteriku nak naik train.. Nanti mama bawak naik train lagi k. kita ke destinasi lain pulak...






Monday, December 24

Petua Islam Untuk Mengatasi Kelupaan

1. Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit lupa.

2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.

3. Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.

4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).

5. Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.

6. Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa.

7. Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.

8. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk otak.

9. Terlampau banyak meminum minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.

10. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang tinggi.

11. Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.

12. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.

13. Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran

Thursday, December 20

Lynda MeNaNTi KeLaHiRaN

Tak sabarnyer... berdebar2 rasanya... setelah sekian lama menanti dan menunggu tibalah masanya adikku sham untuk menjadi seorang ayah. Dia dah mendirikan rumah tangga hampir 3 tahun. tapi belum lagi dikurniakan cahaya mata. Awal januari 2012yang lalu kami menerima berita gembira bahawa adik iparku Lynda mengandung. Seluruh keluarga rasa gembira. tetapi selang seminggu pabila mendapat tahu berita itu die keguguran pula. Selang sebulan selepas itu, kami mendapat berita bahawa Linda mengandung lagi... Alhamdulillah dikurniakan lagi rezeki buatnya... Kegembiraan kembali terpancar di wajah adikku sham.. Tak terhingga gembiranya mendapat khabar berita itu... Kini kandungan telah pon mencecah 9 bulan dan hanya tinggal menanti hari jer untuk melahirkan. Kalau ikut due bersalin pada 28/12/12 nie. Tak pastilah kalau bersalin awal pulakkan... hehehe. Entah2 nanti sama pulak dengan besday mak long nie. Yelah besdayku ahad nie 23 Disember... Erm Apepon mudah2an semuanya berjalan lancar dan selamat. Aku pon tak sabar menanti kelahiran anak buahku ini.... amin.... Selamat berjuang lynda untuk menjadi seorang "MAMA"......
 

Wednesday, December 19

Mandi-Manda @t Condo Nilam Puri

Selasa lepas adalah besday Sultan Selangor. Jadi Warga selangor dapatlah cuti umum pada 11/12/2012 yang lalu. Satu hari jew malas pulak nak balik kampung. Aku with family wat program g umah my cousin kat Puchong. Yang pasti kami nak bermandi-mandalah. Puteri2ku nie kalau bab berenang memang sukalah sangat. Lepas bersarapan pagi barulah kami bertolak ke teratak kak piza. Cuaca pula makin mendung petang tue. Tetiba hujanlah pulak. Masing dah tarik bantal pulak menanti hujan reda. Bila dah hujan laparlah pulak kan...My cousin kak chik pon goreng nugget & chicken wing yang kami beli. Nak bawak bekal bermandi mandalah kononnya... kat umah  kak chik nie jer kami dah rembat makan dulu sikit...  Kak chik juga turut buat sandwich telur sekali. Tak lama lepas tue hujan pon reda... Barulah bersiap2 kami untuk berenang2... Puteriku mira sibuk dah tanyer "Mama biler nak mandi nie..?" yelah die dah boring sesangatlah tue tak tau nak main aper kan...

Lebih kurang jam 4.00 petang baru kami bertolak kesana. dekat ajer pon. Sesampai jer disana teruslah puteri2ku mandi kolam. Kolam nie pon tak risau sangat sebab ader kawasan untuk kanak2 dan dewasa... Selesalah jugak tempatnyer. Kak Ana pon turut serta bersama kami join cuci2 mata sekali tengok kami mandi manda... Lama jugaklah melayan puteri2ku mandi. Dah lama berendam laparlah pulak.kami pon naik mamam2 dulu. Menu biasa2 jer yelah program last minit. Kak piza buat bee hoon, goreng nugget & ayam, dan sandwich telur.. layan jugaklah.. kan,kan,kan.... masing2 lapar.. dah makan berendam balik.. Alhamdulillah selesai program arie nie, ader rezki kita mandi manda disini lagi heeeeeeee......

Thursday, December 13

D'KaYaNGaN SteaMBot Shah Alam

10 Disember 2012 lalu aku with family serta adikku bercadang untuk pergi layan steambot kat  D'kayangan Steambot Shah Alam. Lama dah tak layan steambot nie.. Kami pergi tak ramai dalam 8 orang jer termasuk puteri2ku... Sesampai disana jam 8.00 malam. Sampai jer disana acara makan2 dah bermula. Macam2 lah yang kami ambil untuk direbus dengan sup dan tomyam... sedap... Suamiku paling suka dengam tiram hijau. Banyak betul die makan malam tue. Ada pepahat, kepah, Lala dan kerang besar2 pulak tue. Udang dan sotong pon ader. Istimewanya disini ada kambing bakar fuuhhh.. memang sedap with sos barbeque nyer... Air juga ada macam-macam. bagi yang nak makan ABC siap ader mesin disediakan sekali. tinggal mesin jer ais untuk buat ABC. bahan lain pon turut ader.... rajin tak rajin ajelah. Kalau pasal bebola ikan, ketam, udang tue lagilah ader macam-macam jenis. Puteriku suka makan ckicken ham. Tasnim pandai jugak tue guna chopstik. Mama die nie pon tak reti nak guna..hehehe... 
Nak dijadikan kisah dapur kami guna tue rupanyer ader tapak yang patah terjatuhlah pulak periuknyer... nasib baik tak panas lagi. Risau jew kalau kene kat ibu mengandung tue... Terus tukar dapurlah oleh pihak pengurusan restoran.. kalau jadi perkara yang tak elok tue jawabnyer kene S***N nanti hehehe... Alhamdulillah takde perkara buruk terjadi... kenelah diaorang kemaskan meja dan mop lantai dulu. Kan dah banyak kejer.... Erm... sambunglah makan semula. Lama jugaklah layan makan sambil borak2... Hampir 3 jam kami kat situ. Pencuci mulut favorite puteriku tentulah aiskrim. Macam2 perisa ader. Masing2 kekenyanganlah. heeeee. selesai semua kami pon membuat bayaran. masa tengok web hanya RM 21.90 jer. Tapi masa nak bayar RM 26.90 pulak. Dah naik harga rupanyer. Kami tak kisahlah kalau memang dah naik harga cuma kenelah update web yer bagi memudahkan pelanggan merujuk. Nanti ramai yang tanyer pulak harga tak sama seperti yang dipaparkan kat web... Apepon alhamdulillah semuanya berjalan lancar... Ader rezki kami datang lagi.


Wednesday, December 12

ToDaY DaTe 12.12.2012

 Wah bertuahnya dapat bernafas lagi pada tarikh nie.. Memanglah takde ape yang istimewa pon cuma tarikh arie nie cantik sangat angkanya. Nak pula bertemu masanya sekali 12:12 minit pagi pada tarikh nie dan 12:12 minit tengahari juga pada hari nie... Erm teringat pulak adik iparku memang tunggu hari jew nak bersalin. Taknak pulak baby tue kuar arie nie. Kalu ikut due date memanglah lagi 2 minggu. Macam cousinku tempoh hari bersali awal dua minggu. Tak terduga pon kebetulan balik raya haji terus bersalin. Dapatlah baby boy bernama Miqael.... Adik iparku nie gegurl katanya. tak sabar aku nak dapat anak buah setelah lama menunggukan.. Kalau gegurl nampaknya geng puteri2ku lah... Sama2lah tunggu kehadiran orang baru dalam keluarga. Mudah2an dipermudahkan segalanya. Amin.....

Friday, December 7

Ucu Suprise Besday

28 November 2012 adalah Hari Ulangtahun buat ucu kami. Kali pertama dalam hidupnya menyambut hari lahir bersama suami setelah bergelar isteri pada September lalu. Alhamdulillah dapatlah kami meraikannya bersama pada 1/12/2012 lalu... Kami semua just beli kek dan makanan buat semua. Hubby nak pizza lah pulak. Sate ader, Mee jawa pon turut ader. Sikit2 pon makanan meriah jugak hehehe... Kami memang dah rancang bersama wak yon untuk sambut besday ucu nie. kebetulan mereka ader undangan perkahwinan di Batu Laut malam tue jadi lebih mudahlah kejer kami untuk membuat persiapan. Aku with cousin2 sibuklh ke pekan banting.. Masing2 nak cepat maklumlah kebetulan malam tue akan ader pertandingan bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia bagi piala AFF suzuki.. Semua nak cepat jer.. sampai2 jer umah bola dah start 10 minit. Nasib baik sempat lagi tengok gol pertama Malaysia... apalagi menjeritlah masing2...hehehe.... Lambat pulak ucu nie sampai kami makan dululah yer. tinggal tunggu kek dipotong jew... Tak lama lepas tue ucu pon tiba. Masuk rumah jer kami pon nyayikan lagu "Hari Jadi"... Puteri2ku lah paling suka menyanyi... mama die pon bersemangat sama.ahaks....Barulah kami makan kek besday. Kek aiskrim lagi. Nyum2.... Kami anak2 buah ucu mendoakan yang terbaik buat ucu. Semoga ucu dipermurahkan rezki dan bahagia berkekalan ke akhir hayat. Amin...........


Wednesday, December 5

FaMiLyDay YS Nov 2012

My Ofis Yayasan Selangor telah membuat Familyday Jabatan pada 03 November 2012 yang lalu di Tiara Beach Resort, Port Dickson... Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya. Jumaat petang lagi aku with family telah bertolak kesana selepas waktu pejabat. Perjalanan kami hujan. Hubby ku berhati2 memandu maklumlah bimbang jalan yang licin. Alhamdulillah kami selamat tiba. Pada petang tue jenuhlah AJK menyiapkan hadiah untuk function esoknya.... Pada sebelah malamnya saya bersama keluarga keluar ambil angin malam di Telok Kemang dan singgah makan di Kedai makan Thai... Tak lama selepas itu sahabat off midah pula tiba bersama putera amsyar... Selepas makan kami pulang ke apartment penginapan bersama2.. Malam tue kerja kami hanya potong reben bagi mewakili kumpulan masing2 untuk acara sukaneka. hehehe... Malam tue lekalah puteriku bermain bersama Amsyar... Keesokannya, sibuklah dengan urusan pendaftaran ahli keluarga. awal pagi lagi dah sibuk dengan persiapan pentas dan PA sistem. Ader pulak hamper yang koyak dah kene balut lain adeehh.... sabo ajelah..... Suasana pagi tue amat cerah dan baik. proses pendaftaran dan persiapan berjalan dengan lancarnya.... bermulalah acara sukaneka antara kumpulan. Aku tak join aper2 pon cuma jadi tukang sorak memberi semangat. maklumlah lutut masih sakit lagi jadi kenelah jaga hehehe.... Banyak juga acara dewasa dan kanak2...Puteriku taknak masuk sukan pon. Puteri2ku awal2 lagi dah bermandi-manda di kolam renang. seronok mereka bermain... papa dielah yang temankan. selesai sukaneka ader acara cabutan bertuahlah pulak. alhamdulillah rezki ku dapatlah baucar JUSCO RM100.00... dapatlah shopping utk family nanti. Puteriku juga turut dapat baucar percuma Legoland. Bila yer nak pergi kesitu pula. hehehe.... Program sarapan pagi dan makan tengahari selesai. Tibalah masa tukar kupon KFC pulak lebih kurang jam 3.00 petang pengagihan dijalankan oleh urusetia bertugas.. Selepas itu aku menemani pula puteriku bermandi-manda. Masing2 melayan anak2 mereka bermain. Fun giler dapat berendam. Selesai bermandi manda kami pulang semula ke bilik apartment. Puteriku sibuk dah nak makan KFC. Seharian sibuk mandi baru terasa laparlah tue....
Selesai segalanya mengemas dan mandi  kami pon bersiap2 utk pulang... Kami ingat nak singgah minum petang tapi cuaca petang tue hujan lebatlah sangat.. Suasana pon lengang jer ramai yang sudah pulang. Kami pon terus pulang. Puteri2ku yang keletihan terus tertido lena sepanjang perjalanan... Alhamdulillah selamat tiba ke rumah... Rupa2nya pada petang tue melambak2 makanan kerana ramai kakitangan yang telah pulang awal. Takpelah bukan rezki kami sebab ingatkan dah habiskan... hehehe. apepon familyday kali nie tetap menjadi satu kenangan di sudut hati cewah....


Thursday, November 29

TeRaTaK AyaHaNDa DaY-3 & 4

Hari kedua disana kami ke Taman Tema Gambang Water Park pula.Perjalanan dari umah baba dalam 1 jam perjalanan kesana. Pukul 11.00 pagi kami tiba disana. Ingatkn hari bekerja tak ramai orang rupanya ramai giler orang kt sana... Beratur panjanglah untuk membeli tiket. Harga pon murah jer untuk dewasa RM 23.90 dan kanak rm16.90...
Seharian kami disini melayan puteri2ku bersantai mandi manda. Perkhidmatan disini pon ok jugak. Boleh dikira canggih jugak. Tidak menggunakan wang tunai pon. semuanya menggunakan nilai wang topap pada gelang. Sewa pelampung, loker dan makanan semuanya menggunakan gelang. Pelampung pon ader macam2 jenis. Berbeza untuk setiap permainan gelongsor. Kunci loker pon canggih hehehe.... Kat sini pon banyak jenis permainan yang ader. Kami turut juga bersama menaiki pelampung family Slide beramai2. Cuak jugak terutama sekali puteriku tasnim, nasib baik mira aku peluk kuat-kuat hehehe.. Ingatkan nak naik lagi tapi kesian pulak ngan puteri2ku. extream jugak. aku yang dewasa nie pon kecut perut hikhik.... Selain gelongsor aku turut juga melayan puteriku bermain ombak di sudut coco beach. Kuat betul ombaknya. My hubby sampai 6 kali pelampung terbalik. Asmira sampai takut nk main ombak. Katanya "Mama adik takut ombak rindu".. hehehe dah macam tajuk filemlah pulakkan.... kelakarlah adik nie. Selesai bermandi manda kami pon pulang... Baba dah menunggu kepulangan kami. Menu Ayam percik made by mama. Memang masing2 dah kelaparankan... hikhik...Apepon kami enjoy bermandi manda hari ini..... 

Keesokan harinya kami bersiap-siap untuk pulang. Sebelum pulang kami sempat lagi membeli keropok lekor dan keropok kering untuk ole2 bawa pulang. Selepas makan tengahari kami pon bertolak pulang. Jam 6.00ptg kami selamat tiba di kampung. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Mudah2an ader rezki kami datang lagi amin........


Tuesday, November 27

TeRaTaK AyaHaNDa - Day 1 & 2

Pada 12 -15 November 2012 yang lalu aku bersama family telah pergi berjalan cuti sekolah ke teratak ayahandaku di Kuantan, Pahang.. Ape lagi seronoklah puteri2 ku nak ke rumah atok ba nyer.... Jumaat selepas pulang dari kerja aku terus bersiap untuk ke banting mengambil sepupuku azrah. Alhamdulillah selamat sampai di kampung dan jam 8.30 malam kami memulakan perjalanan kami kesana... Dalam perjalanan cuaca hujan jadi hubbyku tak memandu laju kerana risau jalan yang basah dan lembab amat merbahayakan.. Aku pon hampir terlelap tapi gagahkan mata kesian hubby memandu sorang2kan... akhirnya jam 1.30pg selamat sampai ke teratak ayahandaku.. Baba dah tersenyum dimuka pintu menanti kehadiran kami. Seronoklah atok dapat jumpa cucunya.....
Keesokannya kami bersarapan bersama2.. Lunch pula mama membuat Laksa pahang untuk kami. Memang sedap.. selalunya makan laksam jer tapi arie nie makan laksa pahang.. Ada mee laksam dan kuah lemak. lepas tue ader belacan dan garam sekali. Memang nampak pelik tapi bila dah digaul semua sedap tau.. hehehe... jom putar2 memang mavelous huhuhu...
 


Pada petang tue, kami berjalan2 pula ke Pantai Telok Cempedak atau dikenali sebagai TC oleh orang tempatan. Ramai sungguh orang petang tue.. Maklumlah cuti umum Deepavali lah katakan... meriah sungguh. Aku pon turut sertalah melayan puteri2ku bermain di TC Balloon.. seronok puteri2ku nie. Meloncat2 dan main gelongsor sekali. Lepas tue berjalan pula di siar kaki. ada monyet liar yang jinak disitu. pelancong2 yang ada memberi kacang pada monyet. Risau jugak aku tengok minyet tue.. Yelah manalah tau jinak2 pon kalau tetiba die terkam tk sempat nak lari nanti kan....


Puteriku nak main buaian jugak... samelah auntie ain teman main samer... Leka juga kami disitu sambil turut cuci2 mata sebab ada expo ala2 uptown lah jugak. Macam2 ader. Pada sebelah malamnya pula kami keluar makan beramai2 di Kedai ikan Bakar Kak Long di Tanjong Lumpur.. Selesai makan2 kami lepak pula di Pantai Batu Burok. Pantai nie sekarang dah tak semeriah dulu. Tapi udara malam dengan air ombak menghempas pantai tetap sama hehehe.... Selepas lepak2 seketika kami pon pulang untuk tidur...ZZZZzzzzzzzz...... Selamat Malam...


Wednesday, November 21

Soalan yang pernah dijawab Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Sifat Sombong Merugikan

Apabila kita tidak  berilmu, kita harus mengamalkan sifat merendahkan diri untuk belajar. Kita tidak boleh menjadi orang sombong, kerana dengan kesombongan itu, kita akan menjadi orang bodoh. Sekalipun seseorang itu mempunyai ilmu yang mencapai tahap ijazah kedoktoran (PhD), jika dia sombong,  ijazah kedoktorannya itu tidak akan menjadikan  dia lebih bijaksana. Hal  ini  kerana,  orang sombong dengan ilmunya  tidak akan suka ditegur dan dibetulkan. Dia  merasakan dirinya sentiasa benar dalam semua perkara. Maka jika dia tersalah, dia akan kekal dalam kesalahan itu. Dia juga tidak suka menadah ilmu daripada orang yang dirasakannya lebih rendah tahap ilmunya. Maka ilmunya tidak akan meningkat dan berkembang, tetapi akan beku atau hanya menjurus pada satu-satu bidang yang dia pakar sahaja.

Lain halnya dengan ahli ilmu yang tawaduk atau merendah diri. Seorang yang tawaduk akan sanggup menadah ilmu daripada siapa saja. Dia juga rela ditegur dan dikritik. Kepada orang yang merendah diri, Allah akan berikan padanya hati yang lapang, fikiran yang cerdas dan perasaan yang tenang untuk mendapat ilmu yang banyak.

Ilmu akan meninggikan darjat seseorang di sisi Allah dan manusia tetapi dengan syarat, orang itu merendah diri. Namun sekiranya dia  angkuh, tunggulah, ilmu itu yang akan menghenyaknya ke bawah. Ingatlah, rasa tidak berilmu adalah pakaian peribadi orang yang benar-benar berilmu

 Sumber : Nota Fikir untuk Zikir (Pahrol M Juoi)

Monday, November 12

Terlupa Rakaat dalam Sembahyang

Kadang-kadang ada ketika kita terlupa adakah kita sudah cukup rakaat atau tidak kan?? disini saya nak share kan sedikit info yang boleh dijadikan panduan bersama.. Hope membantu buat kawan2 semua...


Wednesday, November 7

SuKaN TaDiKa TaSNiM

 Ahad lepas adalah hari sukan sekolah tadika anakku, awal pagi lagi die dah bangun dan bersiap.. Mama die nie turut samalah bersemangat nak lihat anak sukan... Pengalaman baru buat anakku bersukan. Alhamdulillah cuaca pagi tue amat baik, cuma keadaan basah sedikit akibat malam hujan... sejak kebelakangan nie hujan jer ari2 kan... Aku pon memberi kata2 semangat buat puteriku.. Seronoknya die nak ke sekolah... Aku pon membawa puteriku ke sekolah.
Awal pagi lagi telah ramai ibubapa yang hadir mendaftar termasuklah aku selaku ibu pelajar... keriangan kanak2 ini jelas terpancar kegembiraan pada hari ini....

 

Selesai pendaftaran ibubapa, kanak2 ini pon mula mengambil tempat di hadapan pentas mengikut rumah masing2... acara pagi itu dimulakan dengan ikrar, nyanyian negaraku dan senamrobik pagi... seterusnya kanak2 ini bergambar kenangan mengikut rumah masing2 di atas pentas... selesai acara selingan pagi kanak2 ini terus dibawa ke padang futsal tempat acara sukaneka akan dijalankan...


 
Acara sukan ini bermula jam 9.00 pagi... ada 4 acara sukan iaitu masukkan air ke dalam botol guna span, bawa bola ping pong dalam sudu, kepit bola dengan kaki sambil berjalan dan bawa belon yg berisi air dan masukkan ke dalam baldi. Sebelum acara bermula sepupuku along, angah dan azar pon sampai bagi memberi sokongan buat puteriku... semasa sukan tasnim nampak auntie2 die dtg terus jadi malu... bersukan pon dah sampai nk tutup2 muka... kelakar pulak... apepon semua kumpulan berjaya habiskan sukan. Aku bersama hubby juga turut masuk pertandingan acara bagi ibubapa... Alhamdulillah rezki kami kami menang tempat pertama dalam acara yang dipertandingkan..hehehe. seronoknya.... 



Selesai acara sukan tibalah masa anak2 ini menerima sijil perhargaan dan penyampaian hadiah sukaneka kepada semua pelajar. Seronok adik2 nie dapat hadiah sukan termasuklah puteriku... Aku with hubby pon tak terkecuali sama ambil hadiah.. tengahari dijamu pula dengan Nasi ayam buat pelajar dan ibubapa... Alhamdulillah selesai jer majlis dan bersurai hujan lebat pon turun.. Nasib baik dah selesai semua.. amin... Jom layan foto gelagat kanak2 tadika Kemas Damai, Sri Kayan.