Ahad lepas adalah hari sukan sekolah tadika anakku, awal pagi lagi die dah bangun dan bersiap.. Mama die nie turut samalah bersemangat nak lihat anak sukan... Pengalaman baru buat anakku bersukan. Alhamdulillah cuaca pagi tue amat baik, cuma keadaan basah sedikit akibat malam hujan... sejak kebelakangan nie hujan jer ari2 kan... Aku pon memberi kata2 semangat buat puteriku.. Seronoknya die nak ke sekolah... Aku pon membawa puteriku ke sekolah.
Awal pagi lagi telah ramai ibubapa yang hadir mendaftar termasuklah aku selaku ibu pelajar... keriangan kanak2 ini jelas terpancar kegembiraan pada hari ini....
Selesai pendaftaran ibubapa, kanak2 ini pon mula mengambil tempat di hadapan pentas mengikut rumah masing2... acara pagi itu dimulakan dengan ikrar, nyanyian negaraku dan senamrobik pagi... seterusnya kanak2 ini bergambar kenangan mengikut rumah masing2 di atas pentas... selesai acara selingan pagi kanak2 ini terus dibawa ke padang futsal tempat acara sukaneka akan dijalankan...
Acara sukan ini bermula jam 9.00 pagi... ada 4 acara sukan iaitu masukkan air ke dalam botol guna span, bawa bola ping pong dalam sudu, kepit bola dengan kaki sambil berjalan dan bawa belon yg berisi air dan masukkan ke dalam baldi. Sebelum acara bermula sepupuku along, angah dan azar pon sampai bagi memberi sokongan buat puteriku... semasa sukan tasnim nampak auntie2 die dtg terus jadi malu... bersukan pon dah sampai nk tutup2 muka... kelakar pulak... apepon semua kumpulan berjaya habiskan sukan. Aku bersama hubby juga turut masuk pertandingan acara bagi ibubapa... Alhamdulillah rezki kami kami menang tempat pertama dalam acara yang dipertandingkan..hehehe. seronoknya....
Selesai acara sukan tibalah masa anak2 ini menerima sijil perhargaan dan penyampaian hadiah sukaneka kepada semua pelajar. Seronok adik2 nie dapat hadiah sukan termasuklah puteriku... Aku with hubby pon tak terkecuali sama ambil hadiah.. tengahari dijamu pula dengan Nasi ayam buat pelajar dan ibubapa... Alhamdulillah selesai jer majlis dan bersurai hujan lebat pon turun.. Nasib baik dah selesai semua.. amin... Jom layan foto gelagat kanak2 tadika Kemas Damai, Sri Kayan.
No comments:
Post a Comment