WeLCoMe To My Blog

Thursday, November 29

TeRaTaK AyaHaNDa DaY-3 & 4

Hari kedua disana kami ke Taman Tema Gambang Water Park pula.Perjalanan dari umah baba dalam 1 jam perjalanan kesana. Pukul 11.00 pagi kami tiba disana. Ingatkn hari bekerja tak ramai orang rupanya ramai giler orang kt sana... Beratur panjanglah untuk membeli tiket. Harga pon murah jer untuk dewasa RM 23.90 dan kanak rm16.90...
Seharian kami disini melayan puteri2ku bersantai mandi manda. Perkhidmatan disini pon ok jugak. Boleh dikira canggih jugak. Tidak menggunakan wang tunai pon. semuanya menggunakan nilai wang topap pada gelang. Sewa pelampung, loker dan makanan semuanya menggunakan gelang. Pelampung pon ader macam2 jenis. Berbeza untuk setiap permainan gelongsor. Kunci loker pon canggih hehehe.... Kat sini pon banyak jenis permainan yang ader. Kami turut juga bersama menaiki pelampung family Slide beramai2. Cuak jugak terutama sekali puteriku tasnim, nasib baik mira aku peluk kuat-kuat hehehe.. Ingatkan nak naik lagi tapi kesian pulak ngan puteri2ku. extream jugak. aku yang dewasa nie pon kecut perut hikhik.... Selain gelongsor aku turut juga melayan puteriku bermain ombak di sudut coco beach. Kuat betul ombaknya. My hubby sampai 6 kali pelampung terbalik. Asmira sampai takut nk main ombak. Katanya "Mama adik takut ombak rindu".. hehehe dah macam tajuk filemlah pulakkan.... kelakarlah adik nie. Selesai bermandi manda kami pon pulang... Baba dah menunggu kepulangan kami. Menu Ayam percik made by mama. Memang masing2 dah kelaparankan... hikhik...Apepon kami enjoy bermandi manda hari ini..... 

Keesokan harinya kami bersiap-siap untuk pulang. Sebelum pulang kami sempat lagi membeli keropok lekor dan keropok kering untuk ole2 bawa pulang. Selepas makan tengahari kami pon bertolak pulang. Jam 6.00ptg kami selamat tiba di kampung. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Mudah2an ader rezki kami datang lagi amin........


No comments:

Post a Comment