April lalu pada 19hb. aku telah memohon cuti setengah hari berikutan anakku asmira ade appoiment doktor gigi jam 3.00 ptg. En.suami pon datanglah ambil aku di off jam 1.00 petang. Perjalanan balik cuaca memang sudah mendung. Risau jugak kalau tiba2 hujan melanda. seperti yang dijangka sesampai kami di susur keluar tol batu tiga dari lorong motosikal ke lorong kereta hujan pon tiba2 turun dengan lebat. Dihadapan kami ader sebuah motosikal dinaiki seorang pemuda.
Motosikal terbabit tiba-tiba memperlahankan motornyer... en.suami pon slow lah maklumlah jalan agak berbukit sedikit.Tiba-tiba motor tue brek kecemasan pulak aper lagi abg pon mengelak lalu kami berdua pon jatuh terseret ke tepi jalan sehingga ke longkang kecil tepi divider tue... aduh... sakitnya sampai terhantuk2 kepala kat tepi longkang kecil tue. Hujan waktu tue makin lebat nampak abg bangun dan cuba menongkat motor dan kemudian membantu aku yang masih lagi terbaring. Hurm.. alhamdulillah takde aper yang patah. risau jugak aku. Kedua2 lutut ku luka dan lengan kiriku turut luka akibat terseret. En.suami pula luka juga kedua lutut, bahu kiri, lengan dan tapak tangan kiri.
Yang geramnya, motor yang kami elak tue cabut lari macam tue jer bukan nak menolong pon. Nasib baik ader hamba allah dua kereta berhenti dalam hujan lebat tue membantu kami. Abang sorang lagi tue siap payungkan lagi. Terima kasihlah kerana membantu kami. tak sempat kenal pon. Apepon jasa adik berdua yang menghantar kami ke klinik untuk mendapat rawatan akan kami kenang selamanya.....Aku mendapat rawatan di klinik yang berhampiran dengan rumahku. Hari tersebut aku memakai jubah jadi akibat koyak dan nak cuci luka di lenganku baju tersebut terpaksalah digunting. Besar juga lukanya... Selesai cuci luka aku sempatlah rakam gambar ni sebab En.suamiku sedang menerima rawatan pula. Selesai semuanya Aku meminta jasa baik jiranku abang hamzah untuk mengambil kami di klinik..... Manakala motorsikal ku pula di tepi highway en.suami meminta rakan PBT nya mengambil motor tersebut untuk dihantar ke bengkel.
Alhamdulillah syukur nikmat kami berdua selamat. Risau jugak bila terkenang kembali kejadian yang menimpa. Aku redha dengan dugaanmu ya Allah... Sesungguhnya ader hikmah disebalik segala ujian darimu....