WeLCoMe To My Blog

Tuesday, March 19

Antara Tanah, Air, Api dan Angin


TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

P/S: SIFAT-SIFAT yang dinyatakan ini bukannya RAMALAN NASIB. Tapi ianya diakui sebagai FAKTA SAINS yang membuktikan, perihal manusia. Tolong jangan sempitkan fikiran anda. Terima kasih! Silakan SHARE. :)

Monday, March 18

Trip Family To Medan, InDoNeSia

Pening2 mau pusing kepala nie... banyaknyer lagi barang-barang yang belum di kemas. Baju anak2 yang lebihnya. Maklumlah nak holiday sempena cuti sekolah nie... Kali nie tibalah trip bawak anak2 ku holiday ke Medan, Indonesia. Penerbanganku pada hari Rabu nie 20 Mac 2013 dan akan pulang semula ke Malaysia pada 24 Mac 2013. Trip kali nie bersama Familyku, ucu ku bersama suaminya, Uda dan anaknyer aznee (angah) dan sahabat office ku Fazura. Januari lalu fazura dah pernah follow aku ke Bukit Tinggi,Padang. Kali nie destinasi Medan pula menjadi pilihan kami.. hehehe.... Trip nie pon secara kebetulan jer sebab Air Asia ada buka promosi tambang murah jadi dapatlah kami sekeluarga holiday ke medan. Lagipon familyku ader kenalan disana kami akan menziarah sekalilah Family kak mai disana.

Selama 5 hari kami akan di sana... Mudah2an segalanya dipermudahkan.... Ok Kawan2, doakan perjalanan kami disana selamat ok. Balik nanti saya story percutian disana... TATAAAA>>>>>

Friday, March 15

Sehari di Majlis Kahwin

Maaflah rakan2 lama pulak menyepi, sibuk sikit banyak urusan. Apepon pada Ahad 10/03/2013 yang lalu kami sekeluarga menghadiri majlis Perkahwinan anak tunggal kepada Cik zizah dan Abg Sani di kampung halamanku... Anak tunggal perempuan mereka sorang jew.. mesra dengan panggilan pipi dikalangan rakan2 kampung.. Meriah sungguh majlisnya.Serba kuning temanya. Dah macam perkahwinan kerabat raja pulak. Apepon tahniah ye pipi semoga menjadi isteri yg solehah disamping suami amin...

Biasalah kami nie kalau ke majlis pengantin mestilah nak bergambar2 jugak bersama cousin2 aku nie. Tambah2 lagi puteriku yang dah pandai melaram. macam2 pose die buat hehehe... Nak bergambar dengan pengantin rupanya dah keluar bergambar outdoor. apepon sepetang dimajlis itu memang meriah. Ramai tetamu yang hadir meraikan mempelai. ader jugak seorang budak lelaki berkaraoke lagu inul daratista yang mencuit hati kami. Siap dengan ragamnya bergelek sekali. memang sempoi sangat2... geli hati dibuatnya. selesai majlis kami pon pulang...



Thursday, March 7

My Cousin Accident

Petang Jumaat lepas 01/03/2013 dapat call dari makcik aku uda bagi tahu safaat accident. Tekejut dibuatnya. Yelah aku nie kalau bab2 accident  memang cukup risau... Dapat tahu pulak sepupuku yang paling bongsu dalam keluarga.. Teruslah jadi x keruan. Kebetulan hari jumaat tue kami semua tengah on way balik kampung di banting. Teruslah singgah di Hospital Banting. Keadaan faat alhamdulillah dah sedar dari pengsan cuma dikhuatiri ada pendarahan di otak akibat hentakan kuat kepala semasa kemalangan berlaku. Mulut berjahit luar dalam.. Gigi pon ada beberapa yang patah paling ngeri sebahagian gusi dihadapan mulut pecah sampai nampak lelangit mulutnya.. Kesian die... Malam kejadian jugak dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan X-ray di kepala. Hasil X-ray hidung sahaja yang patah. keadaan yang lain ok. Bukan boleh buat operate pon kene tunggu bengkak susut dulu baru boleh buat operate.

Untuk pengetahuan, kemalangan nie  antara motor ngan kereta jer... Kereta yang langgar budak safaat nie. langgar belakang pulak tue. Yang bawak kereta tue pompuan separuh umur dah dalam awal 50-an katanya... Nak jadikan cerita abang si safaat nie pergilah jenguk umah makcik tue nk tahu siapekan.. bukan jauh sangat pon di kg.jiran sebelah jer Chodoi... Bukan main merayu lagi mancik nie mintak maaf lepas tue siap cakap kalau ader aper2 bagi tahu yer. I'ts oklah... Kami pon simpatilah jugak sebab fikirkan "MAKCIK" tadi... Aku pon tak kenal makcik yang mana satu sebab katanya orang luar datang menyewa jer kat sini. Yelah aku pon jarang balik permatang pasir nie jadi tak berapa kenallah dengan orang2 luar yang datang ke kampungkan...

Nak dijadikan cerita... Keesokannya si makcik nie tadi boleh telefon kat makcik aku main ugut2... Nak tahu aper yang die ugut..??? Die bolah cakap " Kak macam nie ajelah akak bayar ajelah gantirugi betulkan kereta dan tayar kereta saya. Bayar sikit2 pon takpe. Lagipon anak akak takde lesen. Kalau akak buat report lagi macam2 akak nak kene bayor... Lepas tue die siap boleh tanya berapa YB Hasiman (Dun Morib) bagi akak?/.. makcik saya pon kata Nie dalam sampul nie RM100.00 jer. Aik bukan 200.00 ker... Kalau macam tue kira selesailah yer... (Kebetulan tidak jauh dari tempat kejadian YB Hasiman tengah ada majlis menyampaikan sumbangan pada penduduk kampung.. atas simpati bagilah sikit sumbangan atas kemalangan tue) sebab tuelah YB bagi duit... Apa beso betol pangkat makcik nie macam die pulak bagi share sumbangan duit tue pulak... Yang sakit hatinya sebab tayar kereta die meletoplah terbabas langgar anak orangkan... nie die bolah cakap macam tue pulak. Dahlah nak kata bayar duit ubat pon tak.. datang jenguk kat hospital nie lagi lah tak.. Boleh pulak ayat menyakitkan hati lagi. Dah kene hasutlah tue... Padahal muka pucat lesi katanya lepas kejadian tue...

Ha.. nak jadikan cerita lagi sekarang nie makcik ku anjang dah buat report atas accident itu... Memang cousin aku nie takde lesen, kene denda lesen pon takpe. Nanti makcik oii ko tahulah langit tue tinggi ke rendah yer... Lagi banyak ko pulak nak kene bayar ganti rugi sebab setiap inci yang berjahit kat muka tue dan kehilangan gigi serta gusi sepupu aku nie lagi banyak yang ko nak bayar sebab cacat kekal tau!! Dunia2 orang macam nie pon ada ker... Takde hati perut lansung.. Elok2 simpati lagi marah jadinya... Tunggu yer makcik aper akan jadi seterusnya...

Kami ahli keluarga berharap faat bertambah sihat dan takde aper2 perkara buruk kemudian yang akan berlaku.. Hope so... Yelah hentakan kepala kan risau kalau ader pendarahan atau darah beku yang kita tak nampak dengan mata kasar. Apepon moga cepat sembuh....








Wednesday, March 6

[ TIPS ] - MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Pasti ramai ibubapa mengalami masalah apabila berdepan dengan karenah anak2.. aku pon turut mengalami masalah yang sama apabila anak2 tidak amik perhatian apa yang cuba disampaikan. Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Buat pengetahuan bersama...