WeLCoMe To My Blog

Tuesday, November 26

BeSDaY ANjaNGku..

26 Oktober lalu adalah hari jadi anjangku. Kami sekeluarga telah bercadang untuk membuat hari jadi anjang. Asalnyer nak beli kek jew tapi tetiba pulak uda timbul idea nak masak nasi minyak. Maka kami pon masaklah nasi minyak yang berlaukkan Daging masak kurma bersama pencuk(jelatah) karot dan kobis. Hurm.. tentulah sedapkan. Anjang pon kami dah telefon awal nak datang kerumahnyer tapi die tak tahulah pulak berkenaan hajat kami semua nak buat makan-makan sempena besday anjang tue.

Awal pagi lagi uda dah sibuk didapur untuk masak dan aku pon tak terkecuali sama membantunyer masak di dapur. Alhamdulillah selesai semuanya berkemas-kemaslah kami semua untuk kerumah anjang. Aku bersama angah keluar awal dulu sebab untuk singah membeli kek di pekan banting. Sesampai dirumah anjang biasalah mengeluarkan hidangan lauk-pauk. Kek standby dalam kereta dulu. Cuaca pon agak mendung dan tak panas terik jadi taklah kek tue kepanasan dalam keretakan.... hikhik..

Anjang terkejut juga banyak benar makanan siap bawak keropok ikan utk diigoreng gara-gara nak cepat tak sempat digoreng. Maka goreng ajelah kat umah anjang. Tengah nak mula menikmati hidangan kami semua pon mengeluarkan kek Hari Jadi buat anjang sambil menyanyikan lagu hari jadi buat anjang. Biasalah puteri2 ku lah yang paling riuh biler bab2 nyanyi lagu besday ni. macam besday mereka pulak. Riuh rendahlah kami petang tue. Apepon kami semua mengucapkan Semoga anjang panjang umur murah rezki dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Kami tau anjang seorang yang kuat semangat untuk menempuh segala apa jua dugaan.. Semoga tahun depan kita masih lagi dapat bersama2 meraikan hari lahir anjang. Kami semua sayang anjang...  Segala pesanan anjang In Syaa Allah kami akan cuba tunaikan yang termampu.. Amin.....




Wednesday, November 13

MuSiM KeNDuRi KaWiN

Dah nak menjelang cuti sekolah nie ramailah yang buat majlis kenduri kawin. Sana sini sibuk jemputankan. ader yang cukur jambullah, berkhatanlah. Macam2lah... aku pon tak terkecuali mendapat undangan dari rakan2, kenalan, keluarga dan orang kampung. Nak sebut namanya pon ramai sangat. Apepon saya sekeluarga mengucapkan Selamat pengantin baru buat semuanya. Semoga berbahgia ke akhir hayat.. Amin... moga doa kami mengiringi anda semua..

Bila dah majlis pengantin nie ramailah ahli keluarga yang hadir. Macam2 ragam kami semua di Majlis kahwin nie. Jomlah layankan yer... hehehe... Tak tau aper lagi nak diceritakan. yang nyatanyer kami semua seronok dapat berkumpul beramai2 bersama ahli keluarga tersayang...


 





First Checkup

Maaflah kawan2 jarang benar saya update kisah2 terkini sejak kebelakangan nie.. almaklumlah dh berbadan dua nie kesihatan pon agak kurang memuaskan. hehehe... apepon sy cuba berkongsi kisah suka duka bersama kawan2 semua.. Alhamdulillah masih lagi dapat melaksanakan tugas dan menjadi ibu kepada puteri2 saya dan isteri buat suamiku...

Kali pertama checkup agak berdebar juga. Yelah setelah hampir 5 tahun baru merasai semula nikmat ibu mengandung. Risau pon ader. moga kesihatan sihat hendaknya. Awal pagi lagi september lalu aku bersama en.suami telah keluar ke hospital untuk checkup. cadangnyer untuk ke Hospital SALAM di shah alam tapi agak rumit kerana doktor yang dicadangkan oleh kawanku penuh dan kami disuruh datang pada hari lain untuk membuat appoiment. Leceh jugak takkan nak amik cuti hari lain pulakkan. hurm..macam2 pulak. Kaunter pertanyaan pon macam tak mesra alam jer. Akhirnyer aku buat keputusan ke KPJ SMC Shah Alam jer berjumpa dengan doktor yeen yang pernah dulu memeriksa kandungan semasa mengandungkan Tasnim & Asmira...

Sesampai jer di SMC terus dapat nombor dan menunggu giliran walaupon kami tak buat temujanji awal. kan senang macam nie. yelah kitakan bukan senang nak cuti2 sangatkan.Alhamdulillah checkup mengesahkan yg aku dah hamil 2 bulan setengah. Alhamdulillah syukur padamu ya Allah.... Gembira sungguh rasanyerkan. Mudah2an semuanya dipermudahkan.. Amin.. dan jangkaan due date adalah pada 10 April 2014... Doakan ye kawan2 agar kesihatan saya dan baby baik sepanjang tempoh kehamilan nie. ok see u o'll at next story... tataaa.......