Teman-teman kerja memberitahu sekarang ni nak mendaftar masuk sekolah darjah 1
dah kena buat online. Kami sebagai ibu bapa yang tak ada contact di
sekolah rendah berdekatan, kenalah ambil tahu berkenaan bila mereka mula buka pendaftaran,
rasa seronok lah. Senang kan daftar online. Walaupun Tasnim baru nak
masuk (6 tahun) tahun depan, tapi kena daftar cepat-cepat bagi sesi tahun 2014 sekarang untuk
dapatkan tempat di sekolah berdekatan dengan rumah kami. Kalau tak nanti kena lah daftar masuk ke
sekolah lain pulak. Asalnya nak daftarkan Pra sekolah dulu tapi sudah tiada kekosongan. Nampaknya tahun hadapan tasnim still akan bersekolah di tadika yang samalah...
Nak memilih sekolah untuk anak, memang hari2 kami bincangkan.
Sekolah rendah di mana, sekolah menengah nanti nak masuk SBP ke sekolah
biasa… Tapi khabarnya JPA dan tetapkan bagi sekolah harian, untuk
dapatkan scholarship JPA perlu sekurang-kurangnya 9A+ dan kegiatan
ko-kurikulum. Apa gilaaaa… siapa je yg dapat 9A+, isk3x. Pastu kalau
dapat 9A+ tapi tak ada kegiatan ko-ku pun tak layak jugak. Jadi, apakah sekolah berasrama penuh menjadi pilihan kami? Ataupun
sekolah swasta? Kalau dah sekolah harian biasa dah macam tu punya susah
nak dapatkan scholarship, JPA lagi tu.. sekolah yang tak tersenarai
macamana? Kena skor gila2 dalam SPM ditambah kegiatan ko-ku seperti jadi
kapten pasukan bola sepak ker… Masalahnyer Puteriku perempuan pulak tue hehehe...
Berbalik kepada pendaftaran tahun 1 online, maka saya pun carilah di
mana letaknya web Jabatan Pendidikan Selangor dan seangkatan dengannyer untuk mendaftarkan tasnim nie. Alhamdulillah walaupon pertama kali nak belajar mendaftar dapat jugaklah aku mendaftar. Siap telefon jiran umah tanyer anak die sekolah dimana. Jadi sekolah pilihan Seksyen 19 atau Seksyen 20 Shah Alam kerana yang paling hampir dengan rumah kami. Kami pilih seksyen 20 akhirnya kerana anak jiranku juga bersekolah disitu. Bukan aper dapat jugalah mereka tengok2kan tasnim nanti dan paling utama semasa pergi dan balik dari sekolah mereka akan menaiki van yang sama kesekolah jadi taklah aku risau sangat nanti betul tak!!... Dah jauh betul aku fikir nie... yelah untuk memudahkan dan berasa selamat mudah2an...
Rupanya apabila sudah mendaftar terus nama daftar masuk ke dalam sistem. jika nak semak keputusan sekolah juga perlu melihat dalam sistem jugak hanya masukkan No.Mykid anak jer untuk melihat samaada lulus atau tak permohonan kami nie.... Sebelum kesekolah untuk mendaftar kene printkan dulu butir2 pendaftaran dan salinan surat beranak puteriku, ic ibubapa, bil letrik/air bagi pengesahan alamat. Kali pertama kami pergi kesekolah ditolak kerana dokumen tak lengkap. Yelah dlm senarai yang aku print tak nyatakan pon kene ada sampul surat alamat sendiri beserta setem 60 sen. dan satu lagi salinan kad perakuan nikah tidak diterima.die nak salinan sijil nikah asal jer.Adeh dahlah surat nikah aku tue ader kampung banting. tangguhkan dululah pendaftaran. Balik kampung terus ingat nak ambil sijil tue. Kali kedua suamiku pergi berkobar2lah bawak semua dokumen memang semua dh lengkap tetiba tak diterima lagi sebab terlupa bawak surat beranak asal sebab nak kene cop sekolah kat belakang surat beranak tue. Erm.. tertangguh lagi. Sabo ajelah...
Akhirnya kali ketiga pergi pada 26/12/2012 lalu barulah selesai semuanya. Dugaan jugakkan nak daftar tahun satu pon banyak dugaan... Sekarang nie tinggal nak tunggu keputusan jer sama ada puteriku diterima atau tidak. mudah2an nanti keputusannyer diterimalah yer.. kalau dah penuh kene mendaftar disekolah lain pulak macam aku nak tanyer PRA untuk 6 tahun arie tue. biler lewat daftar kouta dah penuh.. Ok kawan2 sama2lah kita nantikan keputusannya nanti.. Hope korang nanti pon dah buat persediaan awal bagi pendaftaran anak ke darjah satu. jgn jadi macam saya 3 kali pergi baru lepas sebab ada yang tak lengkap hehehe.. Ok sambung lagi bila dapat keputusan nanti k. Babai.....