WeLCoMe To My Blog

Friday, December 28

AZaM BaRu 2013

Wah pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2013. apa azam baru korang.. Semua orang mesti ada azam masing2kan. Begitu jugak aku, hehehe... azam yang tersenarai memang banyak. Nak berjaya dalam bisnes lah (masih kecil2an) sebab nak ubah kehidupan menjadi lebih selesa, teringin nak beli umah sendiri, sebagai mama yang bekerjaya pula mestilah nak ubah penampilan diri untuk lebih ceria dan menjadi idola si manja.... kalau nak ikutkan macam2 lagi tapi adakah semuanya akan tercapai. Oleh itu aku kenelah usaha lebih bagi merealisasikan azam tue. Korang nak tau tak dalam banyak2 azam tue yang paling utama apa? tentulah azam aku yang paling utama menambah zuriat meramaikan lagi umat muhammad amin...... wah banyak betul azam akukan bagi tahun depan. paling tidak pon aku harap sebahagian azam aku tue akan tercapai amin.....

Ha.. bila bercakap tentang bab zuriat nie, aku kini dah mempunyai 2 orang puteri mestilah teringinkan putera pulak. Maklumlah usia makin meningkat faktor umur mengandung lebih umur nie bak kata orang berisiko tinggi dan badan pon cepat letih dan lesu... Anak keduaku kini pon tahun depan berusia 4 tahun. Namun sehingga setakat nie rezki belum menyebelahi kami lagi untuk menimang lagi cahaya mata... Mudah2an adalah rezki kami nanti. Rumah pon dah ternanti2 bau baby.. rindu rasanya nak cium bau baby.wangikan....  Mudah2an azam buat diriku bersama hubby untuk menimang cahayamata akan tercapai amin... Setiap Rezki itu adalah dari Allah swt. yang menentukan. kita hanya mampu berdoa dan berusaha mencapai setiap azam yang diimpikan... Ok kengkawan. Hope azam korang tahun depan pon akan tercapai juga.. Saya undur diri dulu...

No comments:

Post a Comment