My Ofis Yayasan Selangor telah membuat Familyday Jabatan pada 03 November 2012 yang lalu di Tiara Beach Resort, Port Dickson... Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya. Jumaat petang lagi aku with family telah bertolak kesana selepas waktu pejabat. Perjalanan kami hujan. Hubby ku berhati2 memandu maklumlah bimbang jalan yang licin. Alhamdulillah kami selamat tiba. Pada petang tue jenuhlah AJK menyiapkan hadiah untuk function esoknya.... Pada sebelah malamnya saya bersama keluarga keluar ambil angin malam di Telok Kemang dan singgah makan di Kedai makan Thai... Tak lama selepas itu sahabat off midah pula tiba bersama putera amsyar... Selepas makan kami pulang ke apartment penginapan bersama2.. Malam tue kerja kami hanya potong reben bagi mewakili kumpulan masing2 untuk acara sukaneka. hehehe... Malam tue lekalah puteriku bermain bersama Amsyar... Keesokannya, sibuklah dengan urusan pendaftaran ahli keluarga. awal pagi lagi dah sibuk dengan persiapan pentas dan PA sistem. Ader pulak hamper yang koyak dah kene balut lain adeehh.... sabo ajelah..... Suasana pagi tue amat cerah dan baik. proses pendaftaran dan persiapan berjalan dengan lancarnya.... bermulalah acara sukaneka antara kumpulan. Aku tak join aper2 pon cuma jadi tukang sorak memberi semangat. maklumlah lutut masih sakit lagi jadi kenelah jaga hehehe.... Banyak juga acara dewasa dan kanak2...Puteriku taknak masuk sukan pon. Puteri2ku awal2 lagi dah bermandi-manda di kolam renang. seronok mereka bermain... papa dielah yang temankan. selesai sukaneka ader acara cabutan bertuahlah pulak. alhamdulillah rezki ku dapatlah baucar JUSCO RM100.00... dapatlah shopping utk family nanti. Puteriku juga turut dapat baucar percuma Legoland. Bila yer nak pergi kesitu pula. hehehe.... Program sarapan pagi dan makan tengahari selesai. Tibalah masa tukar kupon KFC pulak lebih kurang jam 3.00 petang pengagihan dijalankan oleh urusetia bertugas.. Selepas itu aku menemani pula puteriku bermandi-manda. Masing2 melayan anak2 mereka bermain. Fun giler dapat berendam. Selesai bermandi manda kami pulang semula ke bilik apartment. Puteriku sibuk dah nak makan KFC. Seharian sibuk mandi baru terasa laparlah tue....
Selesai segalanya mengemas dan mandi kami pon bersiap2 utk pulang... Kami ingat nak singgah minum petang tapi cuaca petang tue hujan lebatlah sangat.. Suasana pon lengang jer ramai yang sudah pulang. Kami pon terus pulang. Puteri2ku yang keletihan terus tertido lena sepanjang perjalanan... Alhamdulillah selamat tiba ke rumah... Rupa2nya pada petang tue melambak2 makanan kerana ramai kakitangan yang telah pulang awal. Takpelah bukan rezki kami sebab ingatkan dah habiskan... hehehe. apepon familyday kali nie tetap menjadi satu kenangan di sudut hati cewah....

No comments:
Post a Comment