Petua Islam Untuk Mengatasi Kelupaan
1. Makan makanan atau buah-buahan masam, yang tinggi kandungan asidnya
seperti epal hijau (tuffah) secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit
lupa.
2. Memakan bawang besar, terutama yang mentah secara berlebihan juga boleh menyebabkan lupa.
3. Ketagihan candu, dadah, rokok, tembakau dan sebagainya boleh merosakkan kewaasan otak.
4. Makan terlalu kenyang menyebabkan malas dan menggelapkan akal (malas berfikir).
5. Makan organ dalaman binatang seperti hati, perut, jantung, limpa dan
lain-lain secara berlebihan akan menjadikan otak mudah lupa.
6. Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, semut, lipas dan tikus juga boleh menyebabkan lupa.
7. Kerap memakan makanan yang dimasak dan dijual di pasar yang sibuk dan kotor juga boleh mempengaruhi perkembangan otak.
8. Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa
seperti Monosodium Glutamate (MSG) dan bahan pengawet tidak baik untuk
otak.
9. Terlampau banyak meminum minuman bergas tidak baik untuk kesihatan.
10. Sering makan kepala ikan boleh menyebabkan lupa kerana kepala ikan
terutama otak dan bahagian pipinya (insang) mengandungi asid yang
tinggi.
11. Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang tidak baik untuk otak.
12. Memakan makanan basi atau hampir basi tidak baik untuk kesihatan.
13. Makan atau minum daripada sumber yang haram akan membutakan hati daripada menerima kebenaran
No comments:
Post a Comment