WeLCoMe To My Blog

Monday, April 2

Sehari di Kota Singa


Kota Singa itulah nama gelaran bagi Singapura... Teringin benar hati ini ke Singapura... Akhirnya dapat jugaklah aku berpeluang untuk ke sana... Mei 2011 yang lalu dapatlah aku membawa anak2 kesana mengikuti rombongan Cik Kiah..hehehe. Pengalaman baru buat anak2 naik bas persiaran... Selalu berjalan2 pon naik kereta jew... seronok benar puteri2ku ini... Malam jam 8.00 malam bermulalah perjalanan ke Kota Singa...
 Semalaman.. biasalah masa untuk tido... puteri2ku pon turut tido sama. Seawal subuh sampailah kami ke sempadan Malaysia Singapura... Kami pon dikehendaki turun bas untuk check in ke singapura.. jauh sungguh perjalanan... Besar kawasan imegresen disana.. beberapa langkah kami pon dah masuk kekawasan Singapura... Singapura kami datang....hehehe... Bas kami sudah berada menanti... saat untuk masuk check in ambil masa yang panjang. Ramai sungguh pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura... terutama pekerja Kilang... berbaris2 dan berbas2 menunggu.sesak sungguh mereka berebut2 mengejar masa utk masuk bertugas..... macam2 gelagat ader... erm...destinasi pertama kami adalah masjid berhampiran untuk solat subuh... selesai solat kami kene carilah pulak tempat untuk bersarapan pagikan...hehehe lapar nie...
Destinasi kami adalah di Medan Selera berhadapan Joo Chiat Compleks... Nasi Lemak jer harga 2 dolar... pergh menu yang sama boleh didapati di Malaysia dengan harga RM1.50 jer... hehehe dah mahal kenelah abiskan... yelah nilai duit sanakan tinggi adatlahkan.. apepon selesailah sarapan pagi... kenyang dh perut... Destinasi berikutnya kami ke Masjid Sultan Singapura.. Di belakang masjid tue ada deretan kedai untuk membeli cenderahati ala2 Central Market (CM) di malaysialah.. Macam2 jenis cenderahati ader... T-shirt, fridge
magnet, Keychain, perhiasan dan macam2 lagilah.... Aku pon turut belilah sedikit cenderahati utk dibawa pulang... buat kenangan nanti... selepas cuci2 mata disitu kami terus ke Makam Habib Noh... yang cukup terkenal di Singapura... Makam yang dikatakan wajib untuk dikunjungi... selepas berjalan2 di kawasan sekitar makam barulah kami ke Bukit Sentosa... Masa untuk bawa puteri2ku bergembira... Bas yang kami naiki rupanya ada disediakan tempat parking khas.. disitu nanti ada bas khas lain membawa kami ke sekitar Pulau Sentosa...
Di kawasan parking bas kami makan tengahari..ada bawak bekallah katakan ... seronok berebut2 makan di bawah pokok hehehe..kelakar pulak... Selesai makan kami pon pergilah menaiki bas. Di Pulau sentosa ada disediakan bas untuk ke setiap destinasi... Ramai sungguh pelancong di situ..bas yang bawa kami nie free jer..tak bayar pon. nak masuk vanue baru dikanakan bayaran...Setiap bas ada warna tersendiri untuk ke setiap kawasan.. Kalau silap naik meraban mencari tempat bas semula nanti hehehe...
Kami ke Butterfly Park... melihat kawasan sekitar...ada burung Nuri, pelbagai spesis rama2....tiket yang kami beli kebetulan ada pakej 3 in 1. jadi dapatlah masuk 2 tempat.. nak main yang lain tak cukup masa.. pengunjung di situ pon berasak2... lepas melihat taman rama2 kami ke Dolphin lagoon. Ada pertunjukan dolphin dan anjing laut... seronok puteri2ku tengok ikan lumba2 membuat aksi... tempat duduk pertunjukan penuh dibuatnya sampai ada yang tak dapat masuk lagi... nasib baik satu family dapat tempat duduk...hehehe...
Selepas pertunjukan berakhir aku bersama family melihat ikan2 di Aquaria.. banyak jugak ikan2 yang ada cuma aku rasa cantik lagi KLCC Aquaria.. lagi besar... di Pulau Sentosa kecil jer aquaria nyer...
Aku membelilah sedikit cenderahati dari Pulau Sentosa. Beli payung anak2 jer... ada gambar fish..cantik..hehehe....
Selepas puas jalan2 sekitar kami pon kembali ke bas persiaran kami... perjalanan diteruskan untuk kembali ke Malaysia... Hotel pilihan adalah di Hotel city di Johor Bharu.. Nak jimat koslah katakan hehehe....
malam tue tapau KFC jer untuk anak2... Keesokan paginyer tiba masa untuk pulang. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Air Hitam.. apa lagi borong sakanlah kan...hehehe.. Nak shoping di Singapura mahal.. shopping Malaysia akhirnya... hehehe... Apopon satu pengalaman yang manis untuk dikenang bersama familyku.... Sedikit gambar2 kenangan buat tatapan...



Miera & Tasnim



         miera keletihan....









Bergambar kenangan di Bukit Sentosa.....




 


No comments:

Post a Comment