Inilah ragam dipagi Raye... Paling utama bermaafan dan bersalaman di
pagi raya. Aidilfitri kali nie aku sambut di rumah mak mertua. Meriah
pagi raya dengan kehadiran adik beradik hubby... penuhlah cucu satu
rumah. hehehe.. Selepas bersalaman raya kami bergambar kenangan dengan
mak dan abah... Alhamdulillah pagi raya kami ceria dan happy... Nasi
impit, rendang dan kuah kacang tentunya jadi menu utama di pagi
Syawal.... Puteri2ku turut juga meraikannya bersama sepupunya...
Kami beraya dirumah sanak saudara terdekat... petang aku kembali ke kampung halamanku pula di banting.... Disana juga ahli keluargaku telah menanti kehadiran kami dan beraya pula dirumah keluarga terdekat... begitulah rutin tahunan familyku...
Pada tahun nie aku tidak pulang ke pahang kerana pada 2 minggu syawal nanti ayahanda akan pulang bersama keluarga bagi meraikan majlis perkahwinan ucuku... Jumpalah kami nanti pada hari bahgia tersebut yang mana ia juga merupakan hari Ulangtahun perkahwinanku yg ke-6...
FAMILYKU.... |
No comments:
Post a Comment