Lama betul tak berkesempatan jenguk blog nie. Lama jugalah x update story mory terkinikan. maklumlah sejak dh berbadan dua nie kesihatan agak terbatas dan urusan family juga banyak. Hari nielah baru berkesempatan nak melayari blog nie. Ok nak story dr mana pon tak tahu.. sepanjang mengandung nie banyak jugaklah dugaan-dugaan buat diriku & family. Antaranya Dua2 my Princes Februari lalu kene warded sebab demam panas teruk. rupanya ader jangkitan kuman paru2 dan kuman dalam darah. 2 minggu jugaklah tidur hospital with hubby. Berkampung sekeluarga kat KPJ SMC Shah Alam. Dengan kandungan pon dah 7 bulan memang betul2 dugaankan. yelah mana selesa tidur hospital nie. Letih & lesu dibuatnyer. Terima kasih tak terhingga atas support semua ahli keluarga dan rakan yang banyak memberi dorongan semangat buatku sekeluarga.
Apepon alhamdulillah dugaan demi dugaan dapat ditempuhi dengan tenang. Kandunganku kini pon dah cecah 38 minggu. Bak kata orang tengah menunggu hari ajelah menanti saat kelahiran anak ketigaku ini.Kalau due date 9 April 2014 nie. Tapi tak tahulah bile baby ni nak kuarkan... Dari hasil scan awal kandungan lalu maybe baby Boy. Kalau boy alhamdulillah sebab dah ade 2 org princess. Ader jugaklah geng bola papanyer dalam family kami.Tiada lain yang kuharapkan, semoga segalanya dipermudahkan nanti mudah2an. amin....
Nantikanlah update dari saya selepas bersalin nanti insyallah.... ok semua jumpa lagi..... Tataaa..........
No comments:
Post a Comment