WeLCoMe To My Blog

Tuesday, April 25

Zaman Kecilku....

Lama tak update Blog saya nie, agak buzy sejak kebelakangan nie. Nie pon saya habiskan draf zaman kanak2 saya. Bila terkenang kembali zaman kanak2 memang seronok sangat2kan... Masing2 ader kenangan zaman kanak2... termasuk aku... Zaman kanak2 ku tak lah sehebat mana maklumlah kami dari keluarga yang sederhana jer.. Namun begitu alhamdulillah aku dan adikku bahgia disamping nenek dan ahli keluargaku yg lain.. Aku kehilangan ibu tersayang pada 29hb Ogos 1984.. waktu tue usiaku baru 2 tahun lebih dan adikku pula berusia 9 hari.. Allah lebih menyayanginya... Semenjak itu nenek dan makcik2kulah yang membesarkan aku sementara baba pula kerja di perantauan berseorangan... Seterusnya baba memohon pertukaran bekerja di semenanjung. Dapatlah bekerja di Port Dikson. Tak lama lepas tue baba ditukarkan ke Kuantan pula... Merantaulah die ke pahang pula... manakala kami di Kampung bersama family disana... Syukur padamu ya Allah kerana kami dikurniakan keluarga yang amat penyayang & prihatin. Walaupon Ayahanda berkahwin lagi, dan mempunyai 3 lagi cahayamata namun kasih sayang kami tetap sama dan tidak pernah berubah.. Saya sayang "family" saya. Merekalah kebanggaan & kekuatan saya.

 Semasa baby di Sibu, Sarawak

Alhamdulillah... sehingga kini segala kenangan masih bersemi di kalbu... Terima kasih tak terhingga buat Atok ku dan makcik2 ku yang membesarkan kami dua beradik... Terima kasih juga buat baba kami...


Nie gambar kenanganku semasa zaman Tadika KEMAS.... semua kengkawan pon turut bergambar... Cemel tak...??? hehehe



No comments:

Post a Comment