WeLCoMe To My Blog

Monday, March 26

Basikal Baru Tasnim

Puteri sulung mama nie sibuk nak basikal baru... sebelum nie adalah basikal kecil yang boleh ditolak tue pemberian adikku sham.... tapi die dah besarkan nak pulak basikal besar cikit... Sempena besday yg ketiga lalu berkesempatanlah aku n hubby belikan basikal buat puteriku... Seronok benar mereka berdua bermain.. alhamdulillah rezki anak2... cerianya mereka..... Basikal bawaklah balik rumah kayan tapi tak berkesempatanlah pulak die nak main basikal. bawak semulalah ke kampung di rumah uda. Hujung minggu ajelah tasnim dan mira main basikal. Janji mereka happy...







Tasnim & Miera seronok bermain










Bukit Tinggi, Padang 2010

Hujung tahun 2010 dapatlah aku meluangkan masa bersama keluarga & anak untuk pergi melancong bersama.. Destinasi pilihan Padang, Indonesia... destinasi tujuan tentulah Bukit Tinggi yang mempunyai cuaca yang nyaman n sejuk ala2 cameron higland kalau di Malaysia.. Saban tahun aku memang kesana. Start tahun 2007,2008,2009 dan kini 2010 pon pergi lagi... Tapi selalu pergi with hubby jer ikut trip ataupon bawak tetamu bak kata org disana. Kali kali nie dapatlah bawak family pulak. Tak ketinggalan Uda n my cousin aznee n awie juga turut serta selain ucu yg menjadi pengikut tetap jika kesana..hehehe....

Trip kali nie cuma 4 hari 3malam jer... Saya kongsikan gambar-gambar bersama familyku buat tatapan semua... Dapat jugaklah bawak anak2 jalan kesana... Insyallah kalau ada rezki pasti akan bawak puteri2 mama kesana lagi...

Nak buat Pasport untuk my Princess































Seronok Puteri Mama dapat Fly





















Di rumah Kelahiran Buya HAMKA








Melihat Panorama Danau Meninjau dari bukit panorama di Kelok 44








Diruang legar Lobang Jepang..








Salah satu pintu dalam Terowong Lobang Jepang








Pintu gerbang di Lobang Jepang


Bergambar di Tugu Komunis di Lobang Jepang









Minum Kopi di KINIKO... sedap with Pisang Salai...











Makan Tengahari di Pondok Flora










Di Istana Pagar Ruyung.. Sudah siap tapi masih belum boleh masuk lagi...






































Ucu with Miera...


Monday, November 1

Princess Birthday....

Tibalah hari yang dinantikan..Ulangtahun kelahiran puteri mama... Majlis kecilan diadakan di kediaman Uda di Tmn.Sri Cheding.. Genaplah Usia Puteriku Tasnim 3 tahun & Asmira 1 tahun.... Tak lupa juga My Mr.Hubby yg turut meraikan besdaynyer... Happy Besday sayang.. Ramailah ahli keluarga yang hadir.terima kasih diucapkan...


Kek Birthday Puteri2 mama......





















Menu Utama Nasi Ayam..nyum..nyum...










Uncle sham and auntie linda....







Seronok kakak dapat hadiah...







Aidilfitri 2010

Lama sungguh tk jenguk laman blog nie, akhirnya dapat juga meluangkan masa berkongsi kenangan aidilfitri yang lalu.... Sepanjang tak menjenguk blog sibuk pulak melayan FB... Mencari kenalan2 sekolah,kerja dan kenalan yang lama tk bertemu... Aidilfitri lalu alhamdulillah semuanya berjalan lancar... Kedua2 puteriku juga seronok tambahan pula tasnim sudah pandai mengumpul duit raya. biasalah kita zaman kanak2 dulu pon seronok kumpul duit raya...bersalaman dengan sanak saudarakan.... Sedikit gambar bersama keluarga dikonsikan buat rakan2....





Kenangan pagi raya


























Inilah dua orang puteri kesayangan mama
Tasnim & Asmira



Family di Kuantan,Pahang














Dipusara Bonda tersayang.....

Tuesday, November 10

Hari raya 2009...


















Inilah Puteri mama....tak banyak yg dpt dikongsikan kerana raya pada kali ini amat suram tanpa atok tersayang setelah pemergiannya pada april lalu....










Tuesday, September 15

Bertambah Ahli Keluargaku....

Hari ini hari kedua aku mula bekerja sejak cuti bersalin 60hari..sekejap jer rasanyer dh mula bekerja.. Anak keduaku telah selamat dilahirkan pada 15h Julai 2009 jam 9.30 pg dengan berat 3.3 kg.... Aku dapat seorang lagi Puteri bernama Nur Syaza Asmira.. Alhamdulillah kurniaan allah bayi yg amat comel & sempurna sifat...






Saat baru dilahirkan...












Tasnim dah jadi kakaklah... Biasalah mula2 tue cemburu tapi lama2 makin sayang dengan adiknya. Dah pandai panggil nama adik Ieya katanye.Ha...saya kongsikan gambar tasnim & Asmira buat tatapan.





Asmira berusia sebulan









Dah berusia 2bulan makin semangat asmira nie....cayang mama...