Pasti ramai ibubapa mengalami masalah apabila berdepan dengan karenah anak2.. aku pon turut mengalami masalah yang sama apabila anak2 tidak amik perhatian apa yang cuba disampaikan. Anak kita adalah cermin diri kita……..
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering
dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan
mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah
ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di
samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan
baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya
perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam
sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai
komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai
pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar
bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah
sebenarnya yang dimahukan oleh anak.
Maka jadilah anak
tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan
sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak
difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.
Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana
tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tips yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.
1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian
dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah
tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh
itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut
kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan
perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah
dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat
penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari
nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan
terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama
tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang
dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung
dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat
sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah
puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih
mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak
perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang
sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana
sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan
tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way
to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh
expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia
berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan
kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah
dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun
tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality
Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak
ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya,
bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau
bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan
suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang
sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia
mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga
dia letih.
Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit
kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti
menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia
mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama
sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah
(gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin
kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan
padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari
ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai
perbuatan tersebut.
5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan
sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan
perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati
kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah
memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak
dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali
tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat
demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak
tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan
selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya
‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’.
Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut
‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif
seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil
imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan
berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat
Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk
memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah
apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.
Semoga
tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya.
Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan.
Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba
dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Anak-anak hidup
dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan,
disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan
mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada
tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan
anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Buat pengetahuan bersama...
Wednesday, March 6
Friday, February 22
Imej Baru Pakai Shawl
Hurm... dengar pasal berhijab jer dah tentu-tentulah tahu pasal pakai
tudungkan... Jumaat lepas adalah sesi berhijab ini diadakan di Off
HQ,YS. Mula-mula tue malas juga nak pergi tapi bila fikir balik tengok
ajelah dulu kot2 berminat pulak nanti... Taklimat nie pon sekadar untuk
makluman dan berkongsi tips bertudung dari kak Anizon. Famous juga
rupanya dia nie siap ada keluaran buku lagi cara menggayakan tudung part
1.. nanti ada part 2 pulak... kene dapatkan nie... Apepon seronok juga
bila dah dengar talk. Cara pkai pon senang. Siap jadi model lagi...
bukan apa kitakan mesti nak tahu warna apa yang sesuai dengan warna
kulit kitakan.... Secara tak langsung saya taulah warna yang sesuai
dengan kulit saya.
Dengan itu, saya pon dapatlah sedikit perkongsian ilmu.. Macam2 jenis style lah jugak yang die ajar. Seronok bila dah taukan!!.. Kalau tak fikir banyak kali nak pakai shawl nie. Nak berpin-pin lagi.. Jenis bahan shawl nie pon mudah jew nak pakai... Memang senang dan mudah... Tak banyaklah habis masa depan cermin nak belek2 tudung..hihihi.... Bila dah tau tue hujung minggu teruslah pratikkan pakai shawl nie. ha inilah hasilnya.... Tada... Ok kita jumpa next episod tataaa... hehehe
Friday, February 15
Cuti Panjang CNY - Part 2
Haa.. kalau bab aksi tue memang macam2 ragamlah ader.... Riuh dengan gelak tawa sekali... kami main 2 frame jew... Cukuplah tue kalau tak nanti sakit tangan dibuatnyer.... Gembirakan bila ader keluarga yang happy go lucky macam nie... Bersyukur sangat2... Moga2 Ukhwah kami berterusan begini... Amin....
Selesai bermain boling kami pon pulang.. Singgah dululah makan2... Order sate lagi hihihi... Masing2 tak abis borak lagi... Sesampai dirumah dah pukul 12.00 malam... ha amik kau malam baru ingat nak balik... hehehe... Last day, Selasa ayahanda pon dah nak pulang ke Kuantan..... Sempat jugaklah aku with ucu masakkan nasi serta lauk untuk baba bawak bekalan dalam perjalanan nanti... Alhamdulillah..... Siap2 kemas semuanya bertolaklah ayahandaku pulang. Jam 7.00 malam barulah baba tiba dirumahnya.. Jalan sesak katanya di Higway dekat Senawang.. Yelah semua nak pulang semula bekerjakan... Apepon memang cuti hujung minggu yang padat sesangat dengan aktiviti... Apa pula program minggu depan... Nantikan yer.. ok Tataaa........
Familyku bersama adik2 ku.......
Wednesday, February 13
Cuti Panjang CNY - Part 1
Wah Cuti Panjang 4 hari sempena Chiness New Year nie, Xong Chi Fa
Chai buat rakan2 beragama Buddha... Actually, Program minggu nie tak
pasti lagi sebab tak rancang aper2 pon. cuma yang pasti Ayahandaku
pulang ke Kampung Halaman bersama semua ahli keluarga... Jumaat malam 08
Februari 2013 ayahanda dah tiba dari kuantan ke rumah uda. Berbunga2
hati menanti semuanya tiba. Baba selamat sampai jam 10.00 mlm..
Keesokannya kami semua pulang ke rumah di Permatang Pasir Jugra.
Sepanjang cuti nie banyak sungguh program kami. Kami dapat berita anak
my cousin yan masuk wad di Hospital Putrajaya. Kesian baby Miqael...
Selepas dah jenguk baby Miki kami pon meluangkan masa berjalan di
Jambatan Putrajaya dan sekitar Masjid Putrajaya... Cantik sungguh
permandangan disini. Lama benar aku tak datang kesini. Bertahunlah
jugak.. Banyak yang dah berubah... hihihi....
Selepas bergambar2 di jambatan kami ke Masjid Putrajaya pula... Selesai semuanya kami pon pulang.ebelum pulang kami singgah di Dengkil pula bagi menikmati hidangan malam.. Order goreng2 jew... Alhamdulillah kenyang.. hihihi. Keesokannya kami kacau dodol pula beramai2... Waktu petang aku membawa adik2ku pula menikmati permandangan dari Rumah Api Bukit Jugra di kampung... Tak lupa juga ke Jeti melihat bot2 nelayan.. Seronok mereka. Maklumlah lama benar tak pulang ke kampungkan!! hihihi... Apepon memang meriah....
One Day di Muar & Melaka
Sabtu yang lalu 02 Februari 2013 kami diundang ke Majlis perkahwinan Wany
adik kepada kakak angkat kesayanganku Kak Amoilah...hehehe. Majlis ini
telah diadakan di kampung mereka di Muar,Johor. Alhamdulillah tiba juga
kami sekeluarga di sana. Sebelum nie memang dah janji kesana sewaktu kak
amoi sendiri wedding tapi ketika itu hajat tidak kesampaian kerana
ayahandaku pula dilanda musibbah dimasukkan ke CCU Jantung. Tue yang
tak Lama benar tak jumpa kak amoi nie... Dapat jugalah kami meraikan
dua mempelai dan bergambar kenangan disana...Kami sampai agak lewat sikit maklumlah sesat di pekan muar hihihi... Jalannya banyak sehala dan ader pula jalan yang ditutup atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... Apepon kami sampai juga di Parit Yusof, Muar johor.....
Kami disambut oleh kak amoi sekeluarga, selesai menjamu selera kami kedestinasi berikutnya Pagoh. Umah saper lagi Ucu Noi Home. Kebetulan Atok pon turut tak sihat baru baik demam katanya seminggu tak bangun. Kesian atok. Kami pon ziarahlah atok disana. Biasalah bila dah sampai ucu noi pon mulalah buat kudapan minum petang.. Maghrib menjelma kami meneruskan pula perjalanan ke Melaka pula untuk ke Majlis Cukur Jambul dan Akikah Baby MiQael. Jam 8 malam kami tiba di Merlimau, Melaka. Majlis cukur jambul diraikan dengan meriah bersama sanak-saudara. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Selesai majlis jam 10.30 malam kami pon bertolak pulang ke Banting. Kami tiba ke rumah jam 1.00 pagi. Masing2 keletihan seharian dalam kereta hehehe.. Apepon kami enjoy!!....
Thursday, January 31
My First Holiday 2013-Sumatera Barat
Sorrylah kawan2... Lama jugak tak jenguk and update status terkini. Saya nie baru jew Ahad lepas 24/01/2013 tiba dari percutian ke Padang, Indonesia... Alhamdulillah perjalanan kami kesana baik sekali. Kami pergi tak ramai sangat pon cuma berlapan jer. Percutian 4 hari 3 malam yang cukup memenatkan tetapi fun sangat2.... Kali nie aku dapat bawa trip kawan2 off join the holiday. Awal pagi lagi aku dah siapkan puteriku ke sekolah. Barulah aku pulang ke kampung untuk ambil cousinku. Nasib baik ader sahabatnyer tolong hantar kami ke LCCT Sepang. Lega rasanya. Jam 2.00ptg berlepaslah kami ke Padang,Sumatera Barat. Kami dapat penerbangan petang atau Sore hehehe... Penerbangan kami sekejap jer cuma ambil masa satu jam. Sejam kemudian tibalah kami di Airport Minangkabau Padang, Indonesia... Sesampai disana kami telah pon ditunggu oleh Putra teman saya disana dari Hotel Orchid. Alhamdulillah sejak 2007 itulah hotel tempat penginapanku. Aku dah biasa dengan situasi hotel tue dan sudah ramai kenalan disitu. Mereka pon ramah2 orangnyer. Selesa aku berurusan dengan Roni's Tour. Lagipon hotel kami nie dekat dengan tempat Shoping di Jam Gadang tue. Jalan kaki jew.. Mudahkan... Tapi kali nie roni tidak dapat menemani perjalanan kami sebab masih berlibur di Belanda.hehehe.... Orang bujanglah katakan....
Perjalanan pertama kami tentunyalah tempat makan sebab masing-masing kelaparan. Mana tidaknya awal lagi dah keluar rumahkan. Nak dijadikan cerita tetiba perjalanan kami ke Bukit Tinggi jem teruk kerana ada kemalangan yang berlaku. Nak sampai ke rumah makan pon lambatlah jadinya. Pedih dah perut. Ada pula yang tak tahan nak terkucil hehehe.. kalau disana panggilnya "mau pipis"... memasing gelak sakan bila nak berkata-kata... Yelah bahasa disana udah beda. Kalau kitanak terangkan pon ada perkataan yang mereka kurang faham. Aku pon kene bercakap sedikitlah bahasa yang mudah difahami...kan...Fuhh.. lega bila dah sampai kt rumah makan... Masing2 mcm phirana makan sedaplah katakan dpt mkn nasi padang. Beras baru lg.. Nak pulak pekena ikan salai yummy.... Selesai makan kami pon terus ke hotel untuk check in...Destinasi Hotel Orchid lah... Malam tue bawak jenjalan sekitar jam gadang jew..
Keesokan harinya barulah seharian kami mulakan destinasi perjalanan... Macam2 tempat kami bersiar2.. Destinasi pertama Lobang Jepang dan Ngarai Sianok,kat sini adalah tinggalan sejarah sewaktu zaman jepun dulu. Seterusnya kami ke Danau Maninjau tengok permandangan danau, View kat sini memang cantik sangat2... Kami juga singgah di Pandai Sikek tempat tenunan, dan Toko Selindung Bulan milik Pak Hendra dan Ibu Musni.. Sudah bertambah mesra dengan mereka nie sebab saban tahun pasti ketemu.... dan Destinasi terakhir Singgah di Kilang Kopi KINIKO... Dapatlah minum kopi dan santai bersama Pisang Salai yang memang sedap. berbeza juga dengan pisang salai bandung tau!!.....Pulang ke Hotel terus capek... Malam tue kami layan Nasi Goreng Pak Ajo dan Martabak Mesir (martabak ler.. cuma takde kari jew sebab makan ngan kuah kicap cili api). Kami jalan2 juga di sekitar jam gadang untuk menikmati permandangan malam. Balik hotel apa lagi tidolah.......
ISTILAH PERASAAN
Perasaan Manusia nie ada bermacam2 perasaan adakalanya maragh, geram dan boleh menjadi seotang yang sangat penyayang.... Namun perasaan yang mengembirakan kitalah yang akan membuat kita rasa sangat bahagia.... Antara 4 perasaan dibawah :-
SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.
MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.
SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.
CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.
Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasa suka, minat dan sayang.
Matlamatnya cuma satu....kaulah segalanya.... Cewah bermadah pula..
Alhamdulillah bagi diri saya semua empat2 perasaan tue pernah saya lalui dan alami... Anda bagaimana pula..???
Subscribe to:
Posts (Atom)



















