Januari lalu bermulalah alam persekolahan buat puteri sulungku.... Tahun nie usianya akan mencecah 5 tahun..... Sungguh seronok die untuk memulakan alam persekolahan... Sebelum sekolah bermula aku with hubby pon seronok jugalah bersama puteriku untuk membeli peralatan alat tulis untuk ke sekolah nanti...
nak bagi semangat die untuk ke sekolah... hehehehe.... Sekolah pon tak jauh dari rumah, dekat kawasan rumah juga... mudah aku nak hantar nanti...
Alam sekolah pon bermula... hari pertama sekolah aku turut mengambil cuti tahun dari majikanku selama dua hari. Mak yang lebih excited kan.. Anak apatah lagi. Awal pagi aku dh kejutkan puteriku bangun pagi.. alhamdulillah senang pulak nak kejut die bangun pagi sebab malam nyer dah disuruh tido awal... Tak meragam pulak tasnim nie.. bagus anak mama nie....
Pada pagi permulaan sekolah pihak tadika ada mengadakan bacaan yasin dan sedikit pengenalan berkenaan Tadika KEMAS... Taklimat diberikan oleh pegawai dari Kemas Selangor.. selepas majlis sedikit jamuan juga disediakan....
Ibu bapa turut serta pada majlis ini termasuklah aku.... Habis majlis kami pon pulang....
Ke esokkan harinya hari kedua persekolahan... Tasnim senang dikejutkan. Aku pon masak air panas untuk mandikan puteriku ini... maklumlah budak2 awal pagi air sejuk, kenalah jaga kesihatannya & segala ragamnyer...hehehe... Aku menghantarnya kesekolah seperti biasa... tapi kali nie bermulah episod berdikari anak sulungku ini...


Tasnim dalam kelas....
Tasnim dengan Mama....





Tasnim with rakan2 kelas.....