Sukan Bowling memang amat menyeronokan... Aku bersama family mengambil keputusan untuk mengadakan sukan bowling keluarga pada pertengahan tahun lalu... Ini adalah kali pertama Kejohanan Bowling Keluarga akan diadakan.... Sebelum kejohanan masing2 ahli keluarga pon sibuklah berlatih tiap minggu bertempat di Pusat Bowling Banting...hehehe macam2 ragam ada... kelakar giler ape taknyer.. makcik2 ku yg biasa pegang senduk di dapur kini kene dok baling bola bowling plak...hehehehe
Aku selaku diberi mandat sebagai pengelola acara sibuklah menyediakan persiapan dari segi pengurusan hadiah, booking lane, pengurusan program dan juga pembahagian kumpulan... Sepupuku2 turut serta membantu... Tak sabar menanti kejohanan tue... Undian kumpulan pon diadakan.. sebanyak 7 kumpulan semuanya.. Masing2 mengatur Strategi.. Aku dapatlah satu kumpulan dengan Ucu... Maka bermulalah acara bowling keluarga. Ayahanda ku juga turut serta...
Semasa kejohanan macam2 ragamlah para pemain... Ada yg kelongkang jer... Ada yg cukup hebat cewah..... Aku kira kategori biasa2 ajelah.. taklah pandai sgt... hehehe.. Jam 11.00 pagi kejohanan bermula hingga cecah ke pukul 3.00 petang penamat acara. Penyampaian hadiah pon diberikan kepada para pemenang.. Kategori Perempuan Kak Lin mendapat Markah tertinggi manakala Kategori lelaki dimenangi oleh Hafiz... Kumpulan Juara kumpulan uda yang menang... Salah satu pengalaman bersama keluarga yang cukup indah... Ada rezki kita buat kejohanan lagi k...
Saya share gambar2 kenangan untuk dikongsi.... Jumpa lagi.....
Inilah barisan Juara Kategori Lelaki
Bersama hubby n my Princess.......
No comments:
Post a Comment