WeLCoMe To My Blog

Monday, March 26

Puncak Gunung Kinabalu

Kinabalu itulah nama Gunung Tertinggi di Asia Tenggara... lepas tamat sekolah minatku berubah pula ke aktiviti lasak.. salah satunya mendaki gunung.. tak banyak koleksi gunung pendakianku.. tapi memorinya cukup indah... Walaupun penat, tapi apabila sampai jer di puncak gunung ia memberikan satu kepuasan yang tak terhingga... Tibalah suatu ketika pendakian ke Kinabalu pada Jun 2003 aku mengikuti trip Tuan zainal atau sinonimnya Kapten zainal......
Kami semuanya hanya seramai 25 orang sahaja... tapi kenalan yang aku kenal hanya 10 orang sahaja terdiri dari makcikku UCU, adikku Sham, sepupuku Ayu dan member2 kenalanku Kak sue, Niza, Hani, Edy, Shahida & kak sal serta aku... kami diberi Tag leher sebagai id pendakian.

Jam 8.00 pagi pendakian dimulakan... berkumpul di Pondok Timpohon dan bermulalah pendakian...Memang letih mendaki gunung nie.. laluannya bertangga-tangga... tetapi istimewanya di setiap hentian pondok kita boleh ke tandas dan disediakan paip air utk minum.. sejuk tekak dpt air mineral semulajadi... sepanjang perjalanan biasalah adakalanya berdua, bertiga dan ada ketikanya berjalan seorang diri... ikut stamina masing2lah... nak tunggu org pon takut berehat lama-lama nanti letih pulak nk teruskan perjalanan...

Akhirnya sampailah di kawasan penginapan Laban Rata.. perjalanan diteruskan ke penginapanku di Gunting Lagadan. akibat keletihan terus tertido seketika... Apabila terjaga rasa sejuk sangat2.. rupanya hari hampir lewat petang pukul 5.00 ptg... terjaga dari lena biasalah lapar pulak perutku.. belilah nasi goreng di restoran berhampiran. Sepinggan harga RM10.00... banyak giler wo... boleh makan utk 2 orang...hehehe

selesai makan bergambar2 kenangan di sekeliling kawasan penginapan... cuaca makin sejuk... berapa lapis pakai baju..hehehe... Jam 8.00 mlm kapten dh suruh tido.. adoi..mata plak susah lelap sebab dh tertido ptg td.. apa lagi dok berborak2 seketika... dipaksa tdo jugak sebab nanti nk teruskan perjalanan waktu subuh... akhirnya terlelap jugaklah mata nie...

Jam 2.00 pagi kapten dh kejutkan kami untuk minum pagi bagi menambah tenaga didalam perjalanan... selepas makan/minum kami pon bertolak utk pendakian seterusnya... kami bertolak awal waktu tue... dalam perjalanan rasa tak larat sgt2 sebab kekurangan oksigen. baju pulak berlapis2 sejuk giler... jalan yang gelap disuluh dengan lampu suluhku yang bergantung di bahu.. angin bertiup sungguh kencang.. sampai kini dikawasan berbatu tiada lagi pokok2 renek kecil mahupun tanah...

Sepanjang perjalan nampaklah cahaya dari lampu suluh pendaki2 ibarat ular panjang yang menyala bercahaya hehehe... chek point terakhir adalah di pondok Sayat-sayat... pendaki akan diambil nombor tag. perjalanan diteruskan hinggalah sampai ke Puncak Kinabalu. Akhirnya sampai jua impianku untuk menawan Gunung Kinabalu...

gambar kenangan diambil bersama rakan2... menikmati permandangan yang indah waktu pagi dengan melihat matahari terbit.. sungguh cantik.. puas bergambar maka teruskanlah perjalanan utk ke kaki gunung semula... masa seterusnya dihabiskan ke pulau Sapi utk bermandi-manda.. memang seronok... saya kongsikan coretan ini untuk dikongsikan bersama.. kalau anda pon berminat mendaki gunung. jangan lepaskan peluang mendaki Kinabalu....




Saat di puncak Kinabalu...
Sham, Ayu,Ucu & aku






















Gunting Lagadan kawasan penginapan di tengah gunung...


































No comments:

Post a Comment