WeLCoMe To My Blog

Tuesday, June 5

My HoLiDaY At B@NDuNG - Day 3

Perjalanan hari ketiga bermula... Jam 8.00 pagi Pak Yanto sudah sedia menunggu kami.... Pagi tue cuaca alhamdulillah cerah... Destinasi kami pagi nie adalah ke Tangkuban Perahu.... Jauh juga perjalanan dari Kota Bandung ke Tangkuban perahu nie.... Perjalanan pon dah macam kita naik cameron highland...hehehe... berkabus jer... seronok sejuk.... Dalam perjalanan pergi kami singgah di Rumah Produksi Tahu Susu di Lembang... Nama kawasan nie Daerah Lembang, Bandung.... Kami pon melihatlah sendiri cara pengendalian tahu di buat.Semuanya cara manual lagi... Tahu disini dipelbagaikan pulak menunya... Ada Martabak tahu kalau kita dimalaysia kira macam popiah gorenglah berisikan tahu dan sayuran...
Tahu Crispy yang nie sedap,digoreng dengan tepung garing2... tahu ikan macam bebola tahu dalam mee kari tue tapi nie di goreng sebiji2 jugak... boleh kata semua sedaplah... Dapatlah minum air soya panas2... memang best... sesaper kalau datang ke tangkuban perahu haruslah singgah di sini tau... menu tahu memang sedap...hik..hik..hik... Selepas selesai menjamu selera di rumah tahu kami pon meneruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu... 
Bila memasuki kawasan bukit terasa sejuk cuacanya... kenderaan kami pon mula memasuki pintu Utama.. seorang dikenakan bayaran Rp50,000 bersamaan duit kita dalam RM17.50... nilai sekaranglah... Sampai jer ke puncak gunung banyak sungguh kereta. Penuh betul parking. Nasib baik Pak yanto dapatkan parking paling dekat di puncak.. dekatlah nak jalan2 disitu.. kalau tak pasti tinggi nak mendaki... kami pon bergambar kenangan di kawasan gunung berapi tue....
Kami ditemani oleh guide disitu.. namanya Pak Agus atau dikenali sebagai abah dikalangan orang disitu.. die menemani kami disepanjang kami disitu dan menerangkan asal usul wujudnya nama tangkupan perahu... Ada kisah disebalik kejadian ini rupanya... kami pon diberi taklimat penerangan seterusnya oleh rakan pak agus berhubung jumlah kawah gunung berapi yang terdapat disitu. Ada 13 kawah kesemuanya. Ada yang masih aktif dan sudah tidak aktif lagi... Bagi sesiapa yang berminat boleh pergi mandi lumpur atau berendam kaki disitu... Kawah ini sentiasa diambil sampel untuk rujukan kerana ada satu2 masa ia terpaksa ditutup kepada pengunjung kerana mengeluarkan gas yang merbahaya... bagi aktiviti lumpur kami tidak sertai kerana budget yang tidak mengizinkan...hehehe. Insyallah lain kali kami akan hadir lagi kesini untuk merasai mandi lumpur yang dikatakan berkhasiat menyembuhkan penyakit kulit.... Kami turut ke kedai2 jualan disekitar kawasan tangkuban perahu nie... Macam ader... ada pula jumpa kayu yang cantik bercorak2... mereka panggil kayu batik... aku ingatkan lukisan rupanya kayu tersebut original sudah bercorak....hehehe...unik jugak...
Kami juga turut melihat batu2 fosil gunung berapi... ader pelbagai jenis untuk hiasan rumah... dah siap menjadi batu cincin pon ader.boleh tahan jugak harganya..tapi rasanya kalau di Malaysia lagi mahalkan.... kami turut membeli strawberi disini..memang manis giler rasanya.. kalah strawberi cameron highland hehehe... manis sungguh tau...Kalau korang datang kesini mesti cuba.. tak rugi tau...Setelah puas bergambar kami pon pulang.... Hujan lebat sepanjang perjalanan... Singgah di Kg.Daun untuk makan tengahari tapi ramai giler org tunggu giliran.. Kat sini dikatakan best sebab viewnyer yang sangat cantik.. ada air terjun dan temanya ala2 kampung gitu..santai... kami cuma dapat bergambar jer... Akhirnya kami makan di restoran Cilaki jew....hehehe... Lepas makan kami pulang semula ke Hotel... Malam nie acara packing ajelah... Maklumlah dah shopping2 time kemas beg pulak... menanti hari esok utk pulang ke Malaysia... Tido ZZzzz..... (sambung ke day 4)








Ketinggian Gunung Tangkuban Perahu dari Paras Laut adalah  1830m....




 Cantik sungguh permandangan Kawah Gunung berapi nie...












 Berlatar belakangkan Air terjun... cantik sesangat...

Tak dapat makan di Kg.Daun... Ramai giler orang... Hujan pulak tue... Insyallah ader rezki sampai lagi...

No comments:

Post a Comment