Pejam celik dah seminggu arwah pakcik saudaraku pakcik Wali ku pergi ke rahmatullah... Baru berkesempatan aku menulis di blog nie.. sedih rasanyer... Pemergiannya amat dirasai oleh semua ahli keluarga... Arwah pon meningal di hari yang baik iaitu malam jumaat pada minggu lepas 07/06/2012.... Beliau seorang yang amat ramah dengan semua ahli keluarga. Sikapnya itu membuatkan semua ahli keluarga amat menyayanginya... Pemergiannya memang tidak disangka... hanya tiba-tiba apabila mendapat tahu menghidap kanser tulang dan kanser paru2 sebulan sebelum itu ....
Punca mendapat tahu penyakit kanser ini pon apabila beliau susah bercakap suara serak tetiba... ingatkan sakit tekak biasa jer... kesihatan lain semua ok... biler seminggu beliau masih sakit tekak barulah membuat pemeriksaan lanjut.. Alangkah terkejutnya apabila diberitahu menghidap penyakit kanser tulang dan kanser paru2 tahap 3, tambahan pula kanser ini dikatakan jenis aktif... Aku bersama keluarga sempat jugaklah melawatnya semasa ditempatkan di Hospital PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya)... Masih riuh berborak2 dengannyer bersama ahli keluarga... Aku sempat jugak menziarah arwah buat kali terakhir diterataknya di selayang... Nampak tenang jer di wajah arwah. Wajahnya senyum jer... Takziah buat keluarga arwah...
Apepon Allah lebih menyayanginya... dirinya... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... Amin.......
No comments:
Post a Comment