WeLCoMe To My Blog

Wednesday, July 4

Solat

(( Petua Mengatasi Tabiat Suka Melambatkan Waktu Solat Fardhu ))

♥ Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
♥ Set jam waktu solat aka. alarm clock pada handphone anda.
♥ Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
♥ Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
♥ Ingatlah bahawa setan tu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
♥ Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat lepas tu titibe mati pulak, rugi je...

(( Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu ))


 Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)-


 *InsyaAllah, sama-sama kita menjaga SOLAT kita. sebar-sebarkan utk kebaikan bersama..saling ingat-mnegingati antara satu sama lain..MOGA ALLAH REDHA ♥

~mencari keredhaan Illahi~

No comments:

Post a Comment