Kisah ramadhan lalu masih ader yg belom story lagi... saya cuba mengingati aper yg boleh diingat hikhik...
Sepanjang ramadhan kali nie banyak sungguh aktiviti keluarga yang dijalankan, setiap minggu sibuk dengan kuih rayalah. Aku semestinyalah sibuk dengan pembelian kerepek untuk jualan aidilfitri. Kali nie aku ader share partner pulak tue geng off yang satu kepala gitu hehehe... tapi nie bukanlah hajatku yang paling utama untuk ramadhan kali nie. Tue semua sampingan jer. Yang paling utama hajatku pada tahun nie ingin mengunjungi Pusara Ibuku sebelum Aidilfitri menjelma. Yelah selalunya setiap tahun raya kedua atau ketiga baru aku dapat menziarah pusara ibuku dan menjenguk sekali kakak kepada ibuku iaitu Mak Longku di Langat. Kali nie niatku nak ziarah awal sebelum raya tiba...
Alhamdulillah hajatku ini tercapai jua. Aku sekeluarga bersama uda dan Ucuku bersama2 dapat menziarahi Pusara Bondaku yang tersayang. Thanks buat En.Suami juga yang sudi membawaku bersama anak2 untuk ziarah pusara nenek mereka. Tercapai jua hajatku ini yang memang aku nantikan sepanjang tahun nie.
Pesanan buat rakan-rakan Ziarahlah pusara Kedua ibu bapa kita dan sentiasalah mendoakan mereka. Terlalu banyak hari paling baik menziarah dan salah satunya adalah seminggu lagi sebelum ketibaan Syawal menjelma kerana mereka menanti kehadiran kita untuk menziarahi mereka. Buat peringatan saya juga. Semoga Roh mamaku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Amin......

No comments:
Post a Comment