WeLCoMe To My Blog

Wednesday, October 16

Kegembiraan Aidilfitri Berganda

Lama betul rasanya tak jenguk blog nie.. maklumlah kesihatan tak mengizinkan. Kenapa yer?? nak tahu lanjut jom kita sambung story yang masih tak sempat saya habiskan nie. Masih kisah nak sambut aidilfitri lalu. banyak yang dah lupa pon. Apepon saya cuba mengingati semula mana yang ingat ler....

Dalam semuanya sibuk bergembira meraikan Aidilfitri... kami sekeluarga pon tak ketinggalan sama meraikannya... Namun kegembiraan aidilfitri kali nie bertambah ceria apabila mengetahui yang kini aku hamil. Ha.. inilah berita gembiranyer yang membuatkan kesihatanku kurang memuaskan. Alhamdulillah syukur atas nikmatmu Ya Allah atas rezki yang diberikan ini membuatkan kami sekeluarga gembira yang tak terhingga.. Lama sungguh menanti saat ini. Puteri bongsu ku kini pon dah berusia 4 tahun. Dah tiba masanya memikul tanggungjawab seorang kakak. Kedua2 puteriku turut gembira untuk menerima ahli baru dalam keluarga kami.

Aidilfitri kali ini kami sambut sederhana sahaja, kali nie giliran kampungku pula di Banting untuk hari raya pertama. Semuanya berjalan lancar. Cuti pon tak panjang, sampai hari keempat jew. Beraya pon sekitar kampung halaman banting jer. Malam raya aku dirumah Udaku shaja with family. Ucu ku yang selalu beraya bersama kini pertama kali beraya bersama suaminya di rumah mertua.. Yelah dah ada keluarga baru katakan. Babaku pula tak pulang beraya bersama. Familyku dan family uda jer pada malam raya nie. Ada takbir raya beramai2 dirumah uda. Alhamdulillah malam raya kami nikmati dengan penuh kessyukuran.

Keesokannya awal pagi puteri2ku telah bangun untuk mengayakan baju rayanyer. Budak2 biasalah nak pula bab bergaya puteriku memanglah suka. Pagi tue hanya kami sahaja dipagi raya. En.Suami selesai solat raya kami semua ke umah Mertua udaku. Selesai semua baru kami pulang ke Kampung di Permatang Pasir. Barulah semua makcik2ku dan cousin2 bertemu untuk bersalaman raya. Lewat sungguh kami semua bersalaman raya pada hari tue. Apepon alhamdulillah semua berjalan lancar. barulah kami semua beraya dirumah sanak saudara yang lain pula....







No comments:

Post a Comment