WeLCoMe To My Blog

Monday, March 26

Puncak Gunung Kinabalu

Kinabalu itulah nama Gunung Tertinggi di Asia Tenggara... lepas tamat sekolah minatku berubah pula ke aktiviti lasak.. salah satunya mendaki gunung.. tak banyak koleksi gunung pendakianku.. tapi memorinya cukup indah... Walaupun penat, tapi apabila sampai jer di puncak gunung ia memberikan satu kepuasan yang tak terhingga... Tibalah suatu ketika pendakian ke Kinabalu pada Jun 2003 aku mengikuti trip Tuan zainal atau sinonimnya Kapten zainal......
Kami semuanya hanya seramai 25 orang sahaja... tapi kenalan yang aku kenal hanya 10 orang sahaja terdiri dari makcikku UCU, adikku Sham, sepupuku Ayu dan member2 kenalanku Kak sue, Niza, Hani, Edy, Shahida & kak sal serta aku... kami diberi Tag leher sebagai id pendakian.

Jam 8.00 pagi pendakian dimulakan... berkumpul di Pondok Timpohon dan bermulalah pendakian...Memang letih mendaki gunung nie.. laluannya bertangga-tangga... tetapi istimewanya di setiap hentian pondok kita boleh ke tandas dan disediakan paip air utk minum.. sejuk tekak dpt air mineral semulajadi... sepanjang perjalanan biasalah adakalanya berdua, bertiga dan ada ketikanya berjalan seorang diri... ikut stamina masing2lah... nak tunggu org pon takut berehat lama-lama nanti letih pulak nk teruskan perjalanan...

Akhirnya sampailah di kawasan penginapan Laban Rata.. perjalanan diteruskan ke penginapanku di Gunting Lagadan. akibat keletihan terus tertido seketika... Apabila terjaga rasa sejuk sangat2.. rupanya hari hampir lewat petang pukul 5.00 ptg... terjaga dari lena biasalah lapar pulak perutku.. belilah nasi goreng di restoran berhampiran. Sepinggan harga RM10.00... banyak giler wo... boleh makan utk 2 orang...hehehe

selesai makan bergambar2 kenangan di sekeliling kawasan penginapan... cuaca makin sejuk... berapa lapis pakai baju..hehehe... Jam 8.00 mlm kapten dh suruh tido.. adoi..mata plak susah lelap sebab dh tertido ptg td.. apa lagi dok berborak2 seketika... dipaksa tdo jugak sebab nanti nk teruskan perjalanan waktu subuh... akhirnya terlelap jugaklah mata nie...

Jam 2.00 pagi kapten dh kejutkan kami untuk minum pagi bagi menambah tenaga didalam perjalanan... selepas makan/minum kami pon bertolak utk pendakian seterusnya... kami bertolak awal waktu tue... dalam perjalanan rasa tak larat sgt2 sebab kekurangan oksigen. baju pulak berlapis2 sejuk giler... jalan yang gelap disuluh dengan lampu suluhku yang bergantung di bahu.. angin bertiup sungguh kencang.. sampai kini dikawasan berbatu tiada lagi pokok2 renek kecil mahupun tanah...

Sepanjang perjalan nampaklah cahaya dari lampu suluh pendaki2 ibarat ular panjang yang menyala bercahaya hehehe... chek point terakhir adalah di pondok Sayat-sayat... pendaki akan diambil nombor tag. perjalanan diteruskan hinggalah sampai ke Puncak Kinabalu. Akhirnya sampai jua impianku untuk menawan Gunung Kinabalu...

gambar kenangan diambil bersama rakan2... menikmati permandangan yang indah waktu pagi dengan melihat matahari terbit.. sungguh cantik.. puas bergambar maka teruskanlah perjalanan utk ke kaki gunung semula... masa seterusnya dihabiskan ke pulau Sapi utk bermandi-manda.. memang seronok... saya kongsikan coretan ini untuk dikongsikan bersama.. kalau anda pon berminat mendaki gunung. jangan lepaskan peluang mendaki Kinabalu....




Saat di puncak Kinabalu...
Sham, Ayu,Ucu & aku






















Gunting Lagadan kawasan penginapan di tengah gunung...


































Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra

Kenangan zaman sekolah memang terindah..kalau boleh putar kembali masa memang ku pilih zaman remajaku.. SMKJ itulah singkatan nama sekolahku... sekolah menengah dari tahun 1994-1998... Naik basikal ke sekolah... kene hujan panas..walaupun letih tapi memang seronok... Aktiviti sukan tentulah HOKI jadi pilihan, pemain hoki daerah lah katakan... selain hoki merentas desa juga jadi pilihan... bestnya saat naik pentas di sekolah.. jadi tumpuan cewah...

Tingkatan satu hingga tiga di kelas Budiman... tingkatan 4 aku amik aliran sains tambahan.. maklumlah sekolahku ketika itu tiada lagi sains tulen hinggalah ke tingkatan 5... pelbagai kenangan bersama kawan2ku..... pahit, manis semuanya ada... semuanya kini tinggal memori.. apepon ia tetap menjadi kenangan yang segar di ingatanku... tak mungkin ku lupakan...

gambar kenangan untuk tatapan....




bersama rakan2 sekelas.... 5 Amanah....

























bersama eyza,liza & effa...









kenangan terindah....hehehe



Basikal Baru Tasnim

Puteri sulung mama nie sibuk nak basikal baru... sebelum nie adalah basikal kecil yang boleh ditolak tue pemberian adikku sham.... tapi die dah besarkan nak pulak basikal besar cikit... Sempena besday yg ketiga lalu berkesempatanlah aku n hubby belikan basikal buat puteriku... Seronok benar mereka berdua bermain.. alhamdulillah rezki anak2... cerianya mereka..... Basikal bawaklah balik rumah kayan tapi tak berkesempatanlah pulak die nak main basikal. bawak semulalah ke kampung di rumah uda. Hujung minggu ajelah tasnim dan mira main basikal. Janji mereka happy...







Tasnim & Miera seronok bermain










Bukit Tinggi, Padang 2010

Hujung tahun 2010 dapatlah aku meluangkan masa bersama keluarga & anak untuk pergi melancong bersama.. Destinasi pilihan Padang, Indonesia... destinasi tujuan tentulah Bukit Tinggi yang mempunyai cuaca yang nyaman n sejuk ala2 cameron higland kalau di Malaysia.. Saban tahun aku memang kesana. Start tahun 2007,2008,2009 dan kini 2010 pon pergi lagi... Tapi selalu pergi with hubby jer ikut trip ataupon bawak tetamu bak kata org disana. Kali kali nie dapatlah bawak family pulak. Tak ketinggalan Uda n my cousin aznee n awie juga turut serta selain ucu yg menjadi pengikut tetap jika kesana..hehehe....

Trip kali nie cuma 4 hari 3malam jer... Saya kongsikan gambar-gambar bersama familyku buat tatapan semua... Dapat jugaklah bawak anak2 jalan kesana... Insyallah kalau ada rezki pasti akan bawak puteri2 mama kesana lagi...

Nak buat Pasport untuk my Princess































Seronok Puteri Mama dapat Fly





















Di rumah Kelahiran Buya HAMKA








Melihat Panorama Danau Meninjau dari bukit panorama di Kelok 44








Diruang legar Lobang Jepang..








Salah satu pintu dalam Terowong Lobang Jepang








Pintu gerbang di Lobang Jepang


Bergambar di Tugu Komunis di Lobang Jepang









Minum Kopi di KINIKO... sedap with Pisang Salai...











Makan Tengahari di Pondok Flora










Di Istana Pagar Ruyung.. Sudah siap tapi masih belum boleh masuk lagi...






































Ucu with Miera...


Monday, November 1

Princess Birthday....

Tibalah hari yang dinantikan..Ulangtahun kelahiran puteri mama... Majlis kecilan diadakan di kediaman Uda di Tmn.Sri Cheding.. Genaplah Usia Puteriku Tasnim 3 tahun & Asmira 1 tahun.... Tak lupa juga My Mr.Hubby yg turut meraikan besdaynyer... Happy Besday sayang.. Ramailah ahli keluarga yang hadir.terima kasih diucapkan...


Kek Birthday Puteri2 mama......





















Menu Utama Nasi Ayam..nyum..nyum...










Uncle sham and auntie linda....







Seronok kakak dapat hadiah...