WeLCoMe To My Blog

Tuesday, October 30

LaNGKaWi - Day 2

Permulaan hari kedua.. Destinasi pilihan hari ini ke Cable Car... Apepon banyak juga tempat lain yg hendak dituju... Jom Layan second day kami... Awal pagi lagi aku bersama uda buat breakfast.. Maggi goreng, sambal sardin, Cucur bilis terus masak nasi putih.. Sedaplah breakfast pagi nie merangkap makan tengahari sekali... 


Van yg kami sewa
 Rumah penginapan kami pon selesa ada 3 bilik berhawa dingin, siap ader tempat memasak lagi. Itu sebablah sakan memasak.hehehe... Nak membasuh pon boleh ader mesin basuh jugak. Complete lah semua ada. Disebabkan kami ramai kenelah sewa van. mudahlah kami nak keluar jalan2 nanti. Pak Supir kami disini adikku sham. Die jer yang faham selok belok jalan disini.. Senang sikitkan.. ahaks....

 Selepas selesai bersarapan pagi kami semua pon bersiap untuk menjelajahi peninggalan
mahsuri ini... hehehe. Destinasi pertama hari ini adalah Taman Agro-Teknologi.
 Harga tiket murah jer RM5.00 untuk dewasa dan RM 3.00 untuk kanak2 dengan syarat semasa
membeli tiket kene tunjukan mykad ler. Bagi rakyat tempatan jer. Sekiranya rakyat asing
kenelah bayar RM20.00 seorang. Kat sini best kita boleh menikmati buah2an yang di tanam disini.
dapat makan buah free lah... cuma kali nie kami datang baru lepas habis musim buah. Kalau nak datang sebaiknya dalam bulan 3 - 6 sebab waktu nie banyak ckit buah2an yang kita boleh nikmati...


Ditaman nie kami dibawa bersiar2 menaiki kenderaan khas membawa kami bersiar2 dalam kawasan agro nie... Banyak betul pokok buah2an yang ditanam. Kami pon menikmati buah2an yang ditanam disini.. Memang sedap dan manis. Selesai makan buah kami bergambar pulak dengan belimbing gergasi.. Macam betul jer kan.. Grafik jer.. hehehe... Memang seronok. Puteri2ku pon seronok sama....








 Seterusnya kami ke Langkawi Bird Paradise.. Kat sini macam ala2 zoo lah.. kita dapat mendekati burung2 dan haiwan lain yang ada disini. Macam2 haiwan yang ada. Berbaloilah kalau bawak budak2.
Kita juga boleh bagi haiwan disini makan.Harga tiket RM15.00 dewasa dan RM10.00 kanak2 berumur 4tahun keatas. Puteriku miera taklah kene bayar coz baru berusia 3 tahun...


Nampak Tua burung nie.. hehehe

 

Selepas puas jalan2 di kawasan sekitar kami pon meneruskan perjalanan untuk ke Cable Car.. Kami singgah dulu di pelabuhan bot. dan bergambar dulu disini dengan keindahan permandangan laut dan 
gunung2nya yang sungguh cantik. Kami pon terus ke Kawasan Cable Car tapi sayangnya ditutup sementara kerana services dijalankan. Ruginyalah dah tak dapat naik cable car.. sedeynya.......






Petang tue kami terus pula ke Pekan Kuah untuk shopping di Idaman Suri lagi seterusnya shopping coklat di Hj.Ismail Group... Kalau ke Langkawi nie tak sahkan kalau tak beli coklat. Shopping coklat jer beratus... hehehe adikku turut pula sakan beli beg termasuklah udaku... Maklumlah murah ckit dari pasaran di tempat sendiri kan... Selepas selesai membeli belah kami pon pulang ke Home stay penginapan di Kg.Tok Senik... Mulalah masing2 mengemas barang2 sebab esok akan menginap di Pantai Chenang pula... See the next day yeah.....

No comments:

Post a Comment