WeLCoMe To My Blog

Tuesday, October 30

LaNGKaWi - Day 1

Di Balai Pelepasan LCCT
Pada awal bulan yang lalu 08hb. -11hb. Oktober 2012, aku telah membawa anak2 bercuti ke Langkawi, Kedah. Alhamdulillah tercapai juga hasrat membawa anak2 bercuti kesana... Kebetulan pula Airasia menawarkan tiket murah jadi dapatlah aku membawa family bercuti.. Sebelum pergi bukan main seronok lagi anak2 ku bila kata nak naik kapal terbangkan... Maklumlah dah lama tak bawa mereka naik kapal terbang, kalau tak silap last pada tahun 2010 yang lalu ke Padang, Indonesia. Masa tue pon mereka kecil lagi. Tak ingat sangat ketika itu...

Pak Supir ke LCCT
Trip kali nie meriah juga kerana turut serta adikku sham bersama isteri, ucu ku juga bersama suami dan tak ketinggalan udaku with aznee(angah) dan zana (along). Penerbangan kami tengahari. Sebelum itu adikku fly awal kesana bagi pengurusan kenderaan dan penginapan disana. Alhamdulillah penerbangan kami baik dan selamat tiba di Bumi Langkawi. Inilah kali ketiga aku menjejakkan kaki di bumi Langkawi setelah 3 tahun yang lalu percutian kami di sini penuh tragis dimana Nenda tersayang pergi buat selamanya di bumi Langkawi ini. Kami teruskan perjalanan pertama ke Destinasi pertama kedai makanlah..hehehe perut lapar nie... Lepas makan tengahari kami terus ke rumah penginapan dulu untuk menghantar beg pakaian...

Pasangan Pengantin


Anak Mama dalam Flight
Selepas berehat seketika kami keluar semula untuk ke Dataran Lang. Disilah mercu tanda Langkawi dimana terdapat replika Burung Helang yang sangat Besar. Tak sah kalau tak bergambar2 disinikan... Kami sekeluarga pon bergambar sakanlah disini. turut sama telatah puteri2ku yang turut sama berposing... sempat makan aiskrim kon lagi.. Layan ajelah.... Tetiba jer kami semua jadi sebak bila mengingati kembali saat percutian yang lalu dimana nenek ku turut serta dalam percutian selama 4 hari dan meninggal dunia pada malam hari terakhir kami untuk pulang. Lama jugak kami berjalan disekitar Dataran Helang. Kami pon pulang ke Home Stay di Kg.Tok Senik Padang Mat Sirat.Berehatlah seketika sebelum keluar semula untuk shoping hehehe.......

Sebelum Berlepas sempat lagi bergambar






Puteri Kesayangan Mama
Pada malamnya kami keluar pula untuk menghabiskan pitih.. Apalagi kami ke "Idaman Suri" lah untuk bershopping.. Udaku lah yang paling seronok shopping maklumlah nak beli pinggan mangkuk. Sakan membeli belah sampai kedai pon nak tutup. Rupanya idaman suri cepat tutup pukul 8 malam dah tutup. Alahai cepat betul belum puas cuci mata... Lepas tue kami pergi makan malam beramai2... Itulah Firstday kami disana.. terus pulang ke rumah penginapan. Saya kongsikan sedikit gambar2 kenangan di hari pertama kami disana... Jom2....
 

 















No comments:

Post a Comment