WeLCoMe To My Blog

Monday, October 15

Ucu Wedding 1 September 2012

Inilah hari bahgia buat Ucu kami... Tarikh baginya menamatkan zaman bujangnya... Alhamdulillah Majlis serba sederhana tapi cukup meriah buat kami sekeluarga... Majlis ini telah di adakan di teratak kami Kg.Permatang Pasir, Banting. Terima kasih tak terhingga kepada rakan2, ahli keluarga dan orang kampung yang hadir bagi meraikan kedua mempelai ini...

Saya dan keluarga amat gembira yang mana ucu kami bertemu jua jodoh akhirnya.. Moga kebahgiaan mengiringinya.... Bertungkus lumuslah ahli keluarga membuat persiapan dan menyambut tetamu yang hadir pada majlis gilang gemilang itu.. Kenalan rapat juga turut menghadirkan diri... Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.





Seperti biasa kami tidak ketinggalan bergambar kenangan bersama semua ahli keluarga disamping kedua mempelai. tiada pelamin pon.. permintaan dari pengantin.. Tempat makan beradablah jadi lokasi kami bergambar kenangan.. hehehe... walaupon tanpa pelamin haruslah riuh jugak bergambarkan... macam2 gelagat kami bergambar....




Habis majlis mulalah masa mengemas kawasan keliling khemah, kemas meja,sapu sampah dan mulalah aksi selepas majlis mcm biase main simbah2 airlah... dalam masa yang sama kami semua kene calik arang sekali hehehe.. tk dpt lari dah... Apepon majlis ini berjalan dengan lancarnya... Semoga ucu kami kekal bahgia ke akhir hayat...



No comments:

Post a Comment