WeLCoMe To My Blog

Tuesday, May 28

PoLoNia MeDaN - DaY 1 & 2

Awal pagi tanggal 20/03/2013 bermulalah episod percutian ke Polonia Medan buat kami sekeluarga. Awal pagi lagi kami dah bersiap2 packing barang2 keperluan semasa disana. Trip kali nie aku bawa puteri2ku sekali. Tepat jam 11.30 bagi bertolaklah kami 2 kereta ke LCCT airport. Nasib baik adik sepupuku bersama kawannyer ader untuk menghantar kami. Yelah kalau nak parking kat airport tue dahlah mahal dan kalau nak murah pulak jauhnyer lah nak menapak ke LCCT. Hurm... sesampai jer di LCCT teruslah kami check in untuk dapatkan boarding pass. Lepas tue masukkan beg ke Kargo pulak. Sekarang nie Air Asia punya kargo kalau terlebih mahal giler 1KG RM50.00 beb.. Kus semangat... takutlah jugak. untuk langkah berhati2 kenelah beli kargo tue ikut kg kiter yer... apepon kargo aku terlebih jugak 1 kg hurm bayor ajelah RM50.00 nak buat mcm manekan.

Tepat jam 2.00 kami pon berlepas ke Medan. Penerbangan dalam 1 jam jer. Kejap jer dah sampai. sampai di airport polonia kak mai dan kak yong telah menanti kami. Seronoknyalah bila lama sudah tak bertemukan. Kami pon terus ke teratak kak mai di perkampungan bengkel Dodol perbaungan. 1 jam jugaklah dari airport. Katanya kalau naik kapal di pelabuhan Tanjung Balai lagi lama 3 jam baru sampai ke rumahnya. Sesampai sahaja dirumahnya kami menjamu selera makan tengahari. Kak mai dah siap menu goreng ayam, sayur dan sambal kicap Bangau manis pedas. Selesai makan kami pon bersantai2 petang. kemudian berjalan ke rumah kak yong. Rupanya kak yong siap upah orang kacau dodol tue. Sedap sangat dodolnyer sebab dibuat dengan tepung pulut sendiri... Aku melihatkan rumah kak mai teringaat pula rumah lama atokku dulu2.. Yang bestnyer mandi air perigi tue. Jernih sangat2... sejuk.. nak mandi pon ikut giliran sebab mata air kecil jer katanyer.. seronoklah puteri2ku mandi perigi. Kelakar pon ader sebab tak pandai timba air perigi tue. heeee....... malam tue jugak kak mai bawak aku pergi ke rumah pak Nano untuk booking kenderaan untuk ke Danau Toba. Alhamdulillah dapatlah dua kenderaan untuk kesana esok. Malam itu sibuklah kami mengemas2 barang yang hendak dibawa maklumlah akan bermalam disana nanti.

Keesokan harinya awal pagi lagi kak Mai telah masak untuk bawa bekalan ke Parapat. Tepat jam 8 pagi Pak Nano dan Pak Sutres dah sedia menunggu kami. bermulalah perjalanan kami ke Danau Toba, Parapat.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami pon sampai dan terus mencari kamar berhampiran danau. Akhirnya kami pon dapat bilik 4 bilik kesemuanya kami booking. Murah jer Rp150 sahaja bersamaan dalam RM 50.00 lah.Udara yang nyaman dan sejuk.Kami pon mulalah buka bekalan yang dibawa tadi baru nak makan tengahari. heheheee.... Lepas berehat seketika dan solat zohor kami pon jalan kaki ke pelabuhan berdekatan untuk menaiki bot ke Pulau Samosir, Tomok. Petang tue kebanyakan bot dah bertolak jadi kami terpaksa booking satu bot untuk kami sahaja lebih kurang 12 orang. semuanya RP500 kira duit malaysia sekitar RM175.00 boleh sangatlahkan.. share sama2... seronoklah puteri2ku bila naik bot. Sampai disana mulalah masing2 start bershopping. Sakanlah beli t-shirt, keychain dan fridge magnet Danau Toba, Samosir... Lama jugalah kami di situ siap santai2 makan aiskrim lagi..Tiba-tiba hujan gerimis dan ribut apa lagi masing2 berlarilah ke bot untuk untuk pulang...



Bertolak lah kami semula ke pelabuhan dan tempat penginapan kami. Cuaca petang tue mendung ajelah sebab baru lepas hujan. Kami pon lepak2 ajelah di kawasan penginapan. Pada malamnya pula kami pergi makan di kedai berhampiran chalet. Menu yang ader cuma Nasi Campur, Soto, Nasi goreng dan Maggie goreng. Masing2 pon arderlah mengikut menu pilihan. Mahal jugak makan di kedai makan tue lebih kurang RP350 ++.. kalau kat malaysia makan harga RM100 tue macam2 dapatkan dengan sotong, udang, ayam semua boleh dapat. Nie maggie, soto dan nasi goreng jer pon bukannyer ader air jus pon. hurm sabo ajelah jalan tempat orangkan... bila istilah pelancong mestilah tekan harga punyer.. Selesai makan kami pulang ke chalet dan berborak2lah kisah2 lama bersama kak mai.. Seronok sangat.. Malam menjelma kami pon tidur. berakhirlah hari kedua kami di Medan.. Jom layan Hari berikutnya yer di Polonia Medan - Day 3 dan 4....









No comments:

Post a Comment