Hari ini hari ketiga kami di medan... Hari ini kami akan pulang semula ke perkampungan Dodol Perbaungan. Tapi sebelum itu kami nak pergi ke Berastagi dan seterusnya ke Kolam air panas belerang Gunung Berapi... Sebelum bertolak kami sempat bergambar berlatar belakangkan Danau Toba yang mempunyai hikayat yang tersendiri. Perjalanan pulang kami untuk ke berastagi dan mandi belerang rupanya perlu melalui jalan rentas. Sebelum itu kami bersarapan dulu di kedai makan berhampiran. Menu kami pagi tue Lontong dan Soto. Memang sedap Soto nyer disediakan pula bersama nasi. Selesai bersarapan kami pon meneruskan perjalanan. Jauh sungguh rupanya perjalanan kesana dengan keadaan jalan berturap yang agak rosak berlubang2... Hiihihi.. Macam naik kuda dibuatnya. Bila tengok tempat orang bersyukur lagi tempat sendiri. Terfikir sejenak kehidupan mereka yang sedikit berbeza dengan kita di Malaysia.
Destinasi kami terus ke berastagi. Berastagi nie rupanya tempat melancong untuk melihat permandangan gunung berapi. Gunung aper saya tak pasti lupalah. Dikatakan gunung tue masih lagi aktif. Memang nampak wap2 dan asap keluar dari gunung tersebut. Tapi permandangan kami terhad sebab cuaca hujan pulak. Aderlah mamat yang onda2 jual Strawberi aku pon belilah. Rupanya dicampurkan yang elok dan yang busuk. memang penipu. bila kami dah bising2 terus die lari... adoi sabo ajelahkan... Apa salah jual yang elok mahal ckit pon aku tak kisah nie boleh layan macam tue pulak. Kat puncak tengok view gunung tue ader juga kereta kuda bagi yang berminat nak naiklah. Tapi akibat cuaca yang kurang ok tak jadilah kami naik. Bau jangan cakaplah busuk sangat bau kencing kuda bila cuaca hujan. kami pon turun semula ke pekan berastagi.
Disini beraneka jenis sayuran dan buah-buahan dijual. Maklumlah tempat sejuk. Kami pon shopping lagilah disini. Cuaca yang sejuk dapat pula makan jagung rebus yang manis pergh.... layan sangatlah kan.... Aku pon beli selipar yang tertulis beras tagi. comel sangat sebab color die warna-warni.. hurm biasalah untuk puteri2ku aderlah jugak... tak lupa juga keychain, t-shirt dan fridge magnet tertulis beras tagi menjadi koleksi ku... Hurm nak jugaklah kenangan di berastagi ni.... Uda turut membeli sedikit sayuran untuk bawak balik ke rumah kak mai nanti.Perjalanan kami teruskan. Kini ke kaki gunung berapi untuk mandi air belerang. Memang panas airnya. Kami pon lulur jugaklah belerang kat badan. putih melepak muka jadinya. Cuma infrastruktur kat sini kurang ok lah pulak. tandasnya banyak yang rosak untuk persalinan baju. Apepon aku redah jew....
Selesai bermandi manda kami pon berangkat pulang. sebelum pulang kami singgah makan di warung makan. Malam nie aku layan keow teow goreng jer. boleh tahanlah rasanya... Yang lain2 dengan menu masing. Tak lupa tentulah air cappuchino. Selepas itu kami pon bertolak pulang ke rumah kak mai. Masing2 kepenatan... Apelagi tidolah... keletihan yang amat sangat.....
Ke esokannya destinasi kami akan ke pekan Medan untuk shopping... Kami bertolak jam 8.30 pagi. Kami melawat Istana Maimoon yang dikatakan kaya dengan sejarah. Kecil jer istananya dan petugas disini kurang mesra alam lah pulak. Sombong betul, sepatutnya dah tau pelancong layanlah bebaik dengan senyuman nie tidak. Takpelah apepon layankan jew.. Selepas itu kami terus ke Pasar ikan. Nama jer pasar ikan tapi bukanlah jual ikan hehehe... Jual beraneka jenis baranglah. Aku hanya beli tudung sulam buat cenderahati makcik2 dan ipar2 ku. Tak lupa juga buat diri sendirilah... Kat sini banyak jual kain jenis lace... Untuk bakal2 pengantin sesuai sangatlah.. Yang tak selesanya orang yang ikut2 jual tepi jalan nie. rimas dibuatnya... Apepon nasib baik ader kak mai mereka tak berani sikit ader orang tempatan. Takdelah diganggu sangat...... Takut jugaklah berbanding di Padang..
Selepas berjalan2 disekitar situ kami pergi pula ke kedai "Bika Ambon Zulaikha". Aku tau pon lepas search internet tentang Medan. Disini famous dengan pelbagai jenis kek. Meriah sungguh keknya. Apelagi sakan beli keklah pulak untuk dibawa pulang. Besar dan tebal kek lapisnya. Banyak jugaklah aku beli. Untuk buah tangan keluarga dan rakan. Ader juga jus Makisar dan Terung Belanda memang sedap.... Ader pula permintaan sahabatku fazura nak cari Tora Bika Cappuchino untuk bawak pulang. Dalam tengok2 kasut aku turut pula membeli kasut. hehehe.... Tak lupa juga cari kicap bangau yang sedap tue. berpaket2 kami bawak beli balik.
Selesai semuanya kami pon bertolak pulang ke Perbaungan. 1 jam perjalanan dari pekan Medan. Teringin pula bawa anak2 naik "becak". Beca motorlah... disini dipanggil becak. kami pon turun di pekan perbaungan dan masing2 booking naik becak nie... kami amik sampai 4 bijik becak. Seronok betul dahlah cuaca malam berderet jer jalan. puteri2ku lagilah seronok katanya. Sampai2 dirumah kak mai, kak yong suruh pula ke rumahnya sebab anaknya ema sudah masak untuk makan malam... Alhamdulillah rezki jangan ditolakkan... Meriah makan malam tue. Rupanya suami kak yong siap beli tembikai lagi. memang sedap dan manis. khabarnya kampung mereka dah 2 bulan tak hujan. patutlah panas. Tembikai kuning yang sangat manis. Suami kak yong rupanya siap beli satu guni kononnya nak suruh kami bawak pulang. Alahai kalau naik kereta memang saya amik bang. Nie naik pesawat susahlah nak bawak pulang... Apepon terima kasih tak terhingga atas layanan mesra mereka. Selasai makan kami pon pulang semula ke rumah kak mai.
Kesokannya hari kelima kami di Medan tibalah masa kami untuk pulang... Sedih rasanya... Kami dihantar lagi oleh Pak Nano dan Pak Sutres. Selesai check-in dan bayar duit tax sebanyak Rp75 ribu kami pon beratur untuk masuk ke Balai berlepas. Bila nak masuk jer kek bika ambon ku kene tahan. Tak boleh bawak bila packing besar sangat. Dahlah kene bukak balik masuk beg kecil2 sabor ajelah... bila dah sampai kat check kastam pulak kene tahan lagi ingatkan kenapa rupanya air pati jus makisarku kene tahan.. aduh dugaan lagi. Sabar ajelah... Selesai check in baru dapat masuk balai berlepas. sempat lagi beli keychain dan fridge magnet medan pulak. kali nie banyak sungguh koleksi. Danau Toba, Berastagi dan Medan... hehehe... bertambah lagi koleksi ku... Alhamdulillah kami selamat berlepas pulang ke tanah air tercinta cewah........ Percutian yang amat menyeronokan........
No comments:
Post a Comment