WeLCoMe To My Blog

Monday, May 13

SeLaMaT HaRi IBu

Hai semua... lama betul tak update news story kat blog ni, maklumlah sejak akhir2 nie sibuk sikit dengan pelbagai urusan kerja dan urusan keluarga...... Lagi pon baru habis demam dengan gelombang PRU13 yang telah berakhir 5/5/2013 yang lalu. Erm.. ok stop dulu pasal PRU13 just now nak maklum tentang hari ibulah iaitu "Mother Day" yang telah jatuh pada 12/05/2013 Ahad... Semalam lah saya bersama keluarga menyambutnya bersama makcik2 tersayang dan cousin2.. Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Menyambut " HARI IBU" buat Mama dan Ibu Mertuaku. Tak lupa juga buat makcik2 kesayanganku Uda, Anjang, Cik am dan Ucu serta cousin2 dan rakan2 yang bergelar Ibu, Mama, Umi dan Emak... hihihi....

Dalam keriuhan meraikan hari ibu semalam terpahat dalam kenangan ucapan hari ibu juga buat arwah mama ku Mazanah Tain.Al-Fatihah... Moga mama tenang dan sentiasa diberkati di sisimu Ya Allah... Tempatkan dan lindungilah mama ku dikalangan orang2 yang beriman dan diredhai olehmu. Amin......




Awal pagi lagi kami anak2 buah telah buat persiapan bagi menyambut hari ibu bersama makcik2 kesayangan kami. Menu simple jer Mee Kari. Semuanya persiapan last minit. Alhamdulillah majlis sederhana ini meriah sangat2 dengan kehadiran cousin2 yang amat sporting. terima kasih semua yang hadir... Aku gembira dan bahgia dilahirkan dalam keluarga yang amat kaya dengan kasih sayang nie... Alhamdulillah... Moga keakraban kami ini sentiasa kekal ke akhir hayat... Jom layan gelagat2 kami ... LaYanzZZz.......






No comments:

Post a Comment