WeLCoMe To My Blog

Tuesday, March 27

Puncak Gunung Jerai

Trip gunung kali nie adalah Gunung Jerai... terletak di Negeri Kedahlah..... Aku bersama rakan2 berkumpul di Terminal KL Sentral jam 8.00 mlm... Biasalah mengikut team Tuan Zainal atau panggilan kami kepadanya Kapten Zainal...heehhe. Dah berumur orangnyer lingkungan 60-an, tapi masih aktif membawa trip gunung... dh macam bapak kami plak... sebut sajer kemana beliau pasti akan membawa kami ke destinasi pilihan... kos pon mestilah budgetkan... Murah dan senang... Kali nie pengalamanku menaiki keretapi ke utara.. pergh... lama sungguh dlm keretapi tue...

Kami amik seat ekonomi kos jer... jimat hehehe... tapi tuelah train ke seremban dulu & patah balik baru ke utara... ramai rakan2 yang pergi antara yang paling rapat adalah makcikku Ucu, sepupuku Ayu & hafiz serta adikku sham.. sepanjang mlm dok berborak2 jerlah & tido..Zzzzz....... Tido....
Seawal jam 6.00 pagi rasanya maka sampailah kami di hentian Keretapi Gurun... Kami pon di Bawa ke kaki Gunung di Taman Rekreasi Titi Hayun di Yan,Kedah... Sempatlah bergambar kenangan dengan rakan2 trip ini sebelum mendaki...
Permulaan pendakian memang penat, mana taknyer kene menaiki Tangga Kenari Seribu Tahun sebanyak 1,342 anak tangga... banyak giler tangganyer... barulah kami jumpa jalan bertanah untuk pendakian seterusnya... Dalam perjalanan seperti biasalah penat memang penat, tapi keseronokan mendaki membuatkan segala penat tue hilang hehehe.... Tengahari kami pon sampailah di Puncak Gunung Jerai.. Sungguh Indah permandangan di Puncak dengan cuaca yang sejuk dan nyaman...

Kapten Zainal yang sampai awal dah menyediakan air teh panas beserta bubur kacang sekali... nyum..nyum.. memang sedap. Kapten zainal nie memang begitu kemana2 pon suka masak untuk kami sekali..yelah mcm bapakkan...hehehe. Cuaca petang tue sejuk sangat kebetulan gerimis seketika.. Petang tue kami pon bergambar2 di kawasan puncak gunung. Kebetulan hari tue hari jadi sepupuku lantas kami pon meminta rakan untuk membeli kek hari jadi... Rupanya gunung jerai nie mempunyai laluan berkereta untuk ke puncak gunung... Buatlah besday simple for my cousin... Kek dan kacang2 jer... walaupun simple tapi memang seronok... semalam jer kami tido di puncak gunung.

Ke esokkan harinya kami pon menuruni gunung dengan manaiki van yang disewa.. keretapi kami akan bertolak petang, oleh itu adalah masa kami untuk berjalan2 seketika di kawasan sekitar negeri kedah... Kami telah pergi melihat peninggalan sejarah Candi Borobudur yang amat unik.. Waktu tue musim kemarau melanda kedah jadi air terjun dikawasan tue kering sehinggakan kawasan yang sepatutnya mempunyai air yang deras kami boleh berdiri di tengah2 kawasan air terjun tersebut... kemarau yang tidak terduga...

Petang pon menjelang tiba, kami pon kembali ke Landasan Keretapi Gurun untuk pulang ke Kuala Lumpur... Dalam perjalanan pulang teringin pula untuk makan di dalam keretapi.. perut taklah lapar sangat pon.tapi sajer untuk berborak2.. nak tido pon awal lagikan... kami pon pergilah ke kafeteria di dalam keretapi... kelakar rasanya makan di dalam keretapi dengan keadaan bergoyang2..hehehe tapi itulah yang dikatakan pengalaman. Kalau tak kita tak merasainya... malam pon berlalu, subuh kami sampailah ke Kuala Lumpur.. Perpisahan buat trip kali nie... Saya kongsikan gambar2 kenangan di sana untuk tatapan anda... Kalau anda belum mendaki Gunung Jerai pastikan ia menjadi salah satu koleksi gunung anda... pasti menjadi satu pemgalaman manis untuk dikenang...


























Permandangan Indah di Puncak Gunung Jerai



Meraikan hari jadi Hafiz...








Dikawasan Candi Borobudur....

Monday, March 26

Bowling Family 2011

Sukan Bowling memang amat menyeronokan... Aku bersama family mengambil keputusan untuk mengadakan sukan bowling keluarga pada pertengahan tahun lalu... Ini adalah kali pertama Kejohanan Bowling Keluarga akan diadakan.... Sebelum kejohanan masing2 ahli keluarga pon sibuklah berlatih tiap minggu bertempat di Pusat Bowling Banting...hehehe macam2 ragam ada... kelakar giler ape taknyer.. makcik2 ku yg biasa pegang senduk di dapur kini kene dok baling bola bowling plak...hehehehe

Aku selaku diberi mandat sebagai pengelola acara sibuklah menyediakan persiapan dari segi pengurusan hadiah, booking lane, pengurusan program dan juga pembahagian kumpulan... Sepupuku2 turut serta membantu... Tak sabar menanti kejohanan tue... Undian kumpulan pon diadakan.. sebanyak 7 kumpulan semuanya.. Masing2 mengatur Strategi.. Aku dapatlah satu kumpulan dengan Ucu... Maka bermulalah acara bowling keluarga. Ayahanda ku juga turut serta...

Semasa kejohanan macam2 ragamlah para pemain... Ada yg kelongkang jer... Ada yg cukup hebat cewah..... Aku kira kategori biasa2 ajelah.. taklah pandai sgt... hehehe.. Jam 11.00 pagi kejohanan bermula hingga cecah ke pukul 3.00 petang penamat acara. Penyampaian hadiah pon diberikan kepada para pemenang.. Kategori Perempuan Kak Lin mendapat Markah tertinggi manakala Kategori lelaki dimenangi oleh Hafiz... Kumpulan Juara kumpulan uda yang menang... Salah satu pengalaman bersama keluarga yang cukup indah... Ada rezki kita buat kejohanan lagi k...

Saya share gambar2 kenangan untuk dikongsi.... Jumpa lagi.....











































Inilah barisan Juara Kategori Lelaki




Bersama hubby n my Princess.......

Puncak Gunung Kinabalu

Kinabalu itulah nama Gunung Tertinggi di Asia Tenggara... lepas tamat sekolah minatku berubah pula ke aktiviti lasak.. salah satunya mendaki gunung.. tak banyak koleksi gunung pendakianku.. tapi memorinya cukup indah... Walaupun penat, tapi apabila sampai jer di puncak gunung ia memberikan satu kepuasan yang tak terhingga... Tibalah suatu ketika pendakian ke Kinabalu pada Jun 2003 aku mengikuti trip Tuan zainal atau sinonimnya Kapten zainal......
Kami semuanya hanya seramai 25 orang sahaja... tapi kenalan yang aku kenal hanya 10 orang sahaja terdiri dari makcikku UCU, adikku Sham, sepupuku Ayu dan member2 kenalanku Kak sue, Niza, Hani, Edy, Shahida & kak sal serta aku... kami diberi Tag leher sebagai id pendakian.

Jam 8.00 pagi pendakian dimulakan... berkumpul di Pondok Timpohon dan bermulalah pendakian...Memang letih mendaki gunung nie.. laluannya bertangga-tangga... tetapi istimewanya di setiap hentian pondok kita boleh ke tandas dan disediakan paip air utk minum.. sejuk tekak dpt air mineral semulajadi... sepanjang perjalanan biasalah adakalanya berdua, bertiga dan ada ketikanya berjalan seorang diri... ikut stamina masing2lah... nak tunggu org pon takut berehat lama-lama nanti letih pulak nk teruskan perjalanan...

Akhirnya sampailah di kawasan penginapan Laban Rata.. perjalanan diteruskan ke penginapanku di Gunting Lagadan. akibat keletihan terus tertido seketika... Apabila terjaga rasa sejuk sangat2.. rupanya hari hampir lewat petang pukul 5.00 ptg... terjaga dari lena biasalah lapar pulak perutku.. belilah nasi goreng di restoran berhampiran. Sepinggan harga RM10.00... banyak giler wo... boleh makan utk 2 orang...hehehe

selesai makan bergambar2 kenangan di sekeliling kawasan penginapan... cuaca makin sejuk... berapa lapis pakai baju..hehehe... Jam 8.00 mlm kapten dh suruh tido.. adoi..mata plak susah lelap sebab dh tertido ptg td.. apa lagi dok berborak2 seketika... dipaksa tdo jugak sebab nanti nk teruskan perjalanan waktu subuh... akhirnya terlelap jugaklah mata nie...

Jam 2.00 pagi kapten dh kejutkan kami untuk minum pagi bagi menambah tenaga didalam perjalanan... selepas makan/minum kami pon bertolak utk pendakian seterusnya... kami bertolak awal waktu tue... dalam perjalanan rasa tak larat sgt2 sebab kekurangan oksigen. baju pulak berlapis2 sejuk giler... jalan yang gelap disuluh dengan lampu suluhku yang bergantung di bahu.. angin bertiup sungguh kencang.. sampai kini dikawasan berbatu tiada lagi pokok2 renek kecil mahupun tanah...

Sepanjang perjalan nampaklah cahaya dari lampu suluh pendaki2 ibarat ular panjang yang menyala bercahaya hehehe... chek point terakhir adalah di pondok Sayat-sayat... pendaki akan diambil nombor tag. perjalanan diteruskan hinggalah sampai ke Puncak Kinabalu. Akhirnya sampai jua impianku untuk menawan Gunung Kinabalu...

gambar kenangan diambil bersama rakan2... menikmati permandangan yang indah waktu pagi dengan melihat matahari terbit.. sungguh cantik.. puas bergambar maka teruskanlah perjalanan utk ke kaki gunung semula... masa seterusnya dihabiskan ke pulau Sapi utk bermandi-manda.. memang seronok... saya kongsikan coretan ini untuk dikongsikan bersama.. kalau anda pon berminat mendaki gunung. jangan lepaskan peluang mendaki Kinabalu....




Saat di puncak Kinabalu...
Sham, Ayu,Ucu & aku






















Gunting Lagadan kawasan penginapan di tengah gunung...


































Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra

Kenangan zaman sekolah memang terindah..kalau boleh putar kembali masa memang ku pilih zaman remajaku.. SMKJ itulah singkatan nama sekolahku... sekolah menengah dari tahun 1994-1998... Naik basikal ke sekolah... kene hujan panas..walaupun letih tapi memang seronok... Aktiviti sukan tentulah HOKI jadi pilihan, pemain hoki daerah lah katakan... selain hoki merentas desa juga jadi pilihan... bestnya saat naik pentas di sekolah.. jadi tumpuan cewah...

Tingkatan satu hingga tiga di kelas Budiman... tingkatan 4 aku amik aliran sains tambahan.. maklumlah sekolahku ketika itu tiada lagi sains tulen hinggalah ke tingkatan 5... pelbagai kenangan bersama kawan2ku..... pahit, manis semuanya ada... semuanya kini tinggal memori.. apepon ia tetap menjadi kenangan yang segar di ingatanku... tak mungkin ku lupakan...

gambar kenangan untuk tatapan....




bersama rakan2 sekelas.... 5 Amanah....

























bersama eyza,liza & effa...









kenangan terindah....hehehe



Basikal Baru Tasnim

Puteri sulung mama nie sibuk nak basikal baru... sebelum nie adalah basikal kecil yang boleh ditolak tue pemberian adikku sham.... tapi die dah besarkan nak pulak basikal besar cikit... Sempena besday yg ketiga lalu berkesempatanlah aku n hubby belikan basikal buat puteriku... Seronok benar mereka berdua bermain.. alhamdulillah rezki anak2... cerianya mereka..... Basikal bawaklah balik rumah kayan tapi tak berkesempatanlah pulak die nak main basikal. bawak semulalah ke kampung di rumah uda. Hujung minggu ajelah tasnim dan mira main basikal. Janji mereka happy...







Tasnim & Miera seronok bermain