Monday, December 24
Thursday, December 20
Lynda MeNaNTi KeLaHiRaN
Tak sabarnyer... berdebar2 rasanya... setelah sekian lama menanti dan menunggu tibalah masanya adikku sham untuk menjadi seorang ayah. Dia dah mendirikan rumah tangga hampir 3 tahun. tapi belum lagi dikurniakan cahaya mata. Awal januari 2012yang lalu kami menerima berita gembira bahawa adik iparku Lynda mengandung. Seluruh keluarga rasa gembira. tetapi selang seminggu pabila mendapat tahu berita itu die keguguran pula. Selang sebulan selepas itu, kami mendapat berita bahawa Linda mengandung lagi... Alhamdulillah dikurniakan lagi rezeki buatnya... Kegembiraan kembali terpancar di wajah adikku sham.. Tak terhingga gembiranya mendapat khabar berita itu... Kini kandungan telah pon mencecah 9 bulan dan hanya tinggal menanti hari jer untuk melahirkan. Kalau ikut due bersalin pada 28/12/12 nie. Tak pastilah kalau bersalin awal pulakkan... hehehe. Entah2 nanti sama pulak dengan besday mak long nie. Yelah besdayku ahad nie 23 Disember... Erm Apepon mudah2an semuanya berjalan lancar dan selamat. Aku pon tak sabar menanti kelahiran anak buahku ini.... amin.... Selamat berjuang lynda untuk menjadi seorang "MAMA"......
Wednesday, December 19
Mandi-Manda @t Condo Nilam Puri
Selasa lepas adalah besday Sultan Selangor. Jadi Warga selangor dapatlah cuti umum pada 11/12/2012 yang lalu. Satu hari jew malas pulak nak balik kampung. Aku with family wat program g umah my cousin kat Puchong. Yang pasti kami nak bermandi-mandalah. Puteri2ku nie kalau bab berenang memang sukalah sangat. Lepas bersarapan pagi barulah kami bertolak ke teratak kak piza. Cuaca pula makin mendung petang tue. Tetiba hujanlah pulak. Masing dah tarik bantal pulak menanti hujan reda. Bila dah hujan laparlah pulak kan...My cousin kak chik pon goreng nugget & chicken wing yang kami beli. Nak bawak bekal bermandi mandalah kononnya... kat umah kak chik nie jer kami dah rembat makan dulu sikit... Kak chik juga turut buat sandwich telur sekali. Tak lama lepas tue hujan pon reda... Barulah bersiap2 kami untuk berenang2... Puteriku mira sibuk dah tanyer "Mama biler nak mandi nie..?" yelah die dah boring sesangatlah tue tak tau nak main aper kan...
Lebih kurang jam 4.00 petang baru kami bertolak kesana. dekat ajer pon. Sesampai jer disana teruslah puteri2ku mandi kolam. Kolam nie pon tak risau sangat sebab ader kawasan untuk kanak2 dan dewasa... Selesalah jugak tempatnyer. Kak Ana pon turut serta bersama kami join cuci2 mata sekali tengok kami mandi manda... Lama jugaklah melayan puteri2ku mandi. Dah lama berendam laparlah pulak.kami pon naik mamam2 dulu. Menu biasa2 jer yelah program last minit. Kak piza buat bee hoon, goreng nugget & ayam, dan sandwich telur.. layan jugaklah.. kan,kan,kan.... masing2 lapar.. dah makan berendam balik.. Alhamdulillah selesai program arie nie, ader rezki kita mandi manda disini lagi heeeeeeee......
Lebih kurang jam 4.00 petang baru kami bertolak kesana. dekat ajer pon. Sesampai jer disana teruslah puteri2ku mandi kolam. Kolam nie pon tak risau sangat sebab ader kawasan untuk kanak2 dan dewasa... Selesalah jugak tempatnyer. Kak Ana pon turut serta bersama kami join cuci2 mata sekali tengok kami mandi manda... Lama jugaklah melayan puteri2ku mandi. Dah lama berendam laparlah pulak.kami pon naik mamam2 dulu. Menu biasa2 jer yelah program last minit. Kak piza buat bee hoon, goreng nugget & ayam, dan sandwich telur.. layan jugaklah.. kan,kan,kan.... masing2 lapar.. dah makan berendam balik.. Alhamdulillah selesai program arie nie, ader rezki kita mandi manda disini lagi heeeeeeee......
Thursday, December 13
D'KaYaNGaN SteaMBot Shah Alam
10 Disember 2012 lalu aku with family serta adikku bercadang untuk pergi layan steambot kat D'kayangan Steambot Shah Alam. Lama dah tak layan steambot nie.. Kami pergi tak ramai dalam 8 orang jer termasuk puteri2ku... Sesampai disana jam 8.00 malam. Sampai jer disana acara makan2 dah bermula. Macam2 lah yang kami ambil untuk direbus dengan sup dan tomyam... sedap... Suamiku paling suka dengam tiram hijau. Banyak betul die makan malam tue. Ada pepahat, kepah, Lala dan kerang besar2 pulak tue. Udang dan sotong pon ader. Istimewanya disini ada kambing bakar fuuhhh.. memang sedap with sos barbeque nyer... Air juga ada macam-macam. bagi yang nak makan ABC siap ader mesin disediakan sekali. tinggal mesin jer ais untuk buat ABC. bahan lain pon turut ader.... rajin tak rajin ajelah. Kalau pasal bebola ikan, ketam, udang tue lagilah ader macam-macam jenis. Puteriku suka makan ckicken ham. Tasnim pandai jugak tue guna chopstik. Mama die nie pon tak reti nak guna..hehehe...
Nak dijadikan kisah dapur kami guna tue rupanyer ader tapak yang patah terjatuhlah pulak periuknyer... nasib baik tak panas lagi. Risau jew kalau kene kat ibu mengandung tue... Terus tukar dapurlah oleh pihak pengurusan restoran.. kalau jadi perkara yang tak elok tue jawabnyer kene S***N nanti hehehe... Alhamdulillah takde perkara buruk terjadi... kenelah diaorang kemaskan meja dan mop lantai dulu. Kan dah banyak kejer.... Erm... sambunglah makan semula. Lama jugaklah layan makan sambil borak2... Hampir 3 jam kami kat situ. Pencuci mulut favorite puteriku tentulah aiskrim. Macam2 perisa ader. Masing2 kekenyanganlah. heeeee. selesai semua kami pon membuat bayaran. masa tengok web hanya RM 21.90 jer. Tapi masa nak bayar RM 26.90 pulak. Dah naik harga rupanyer. Kami tak kisahlah kalau memang dah naik harga cuma kenelah update web yer bagi memudahkan pelanggan merujuk. Nanti ramai yang tanyer pulak harga tak sama seperti yang dipaparkan kat web... Apepon alhamdulillah semuanya berjalan lancar... Ader rezki kami datang lagi.
Wednesday, December 12
ToDaY DaTe 12.12.2012
Wah bertuahnya dapat bernafas lagi pada tarikh nie.. Memanglah takde ape yang istimewa pon cuma tarikh arie nie cantik sangat angkanya. Nak pula bertemu masanya sekali 12:12 minit pagi pada tarikh nie dan 12:12 minit tengahari juga pada hari nie... Erm teringat pulak adik iparku memang tunggu hari jew nak bersalin. Taknak pulak baby tue kuar arie nie. Kalu ikut due date memanglah lagi 2 minggu. Macam cousinku tempoh hari bersali awal dua minggu. Tak terduga pon kebetulan balik raya haji terus bersalin. Dapatlah baby boy bernama Miqael.... Adik iparku nie gegurl katanya. tak sabar aku nak dapat anak buah setelah lama menunggukan.. Kalau gegurl nampaknya geng puteri2ku lah... Sama2lah tunggu kehadiran orang baru dalam keluarga. Mudah2an dipermudahkan segalanya. Amin.....
Friday, December 7
Ucu Suprise Besday

28 November 2012 adalah Hari Ulangtahun buat ucu kami. Kali pertama dalam hidupnya menyambut hari lahir bersama suami setelah bergelar isteri pada September lalu. Alhamdulillah dapatlah kami meraikannya bersama pada 1/12/2012 lalu... Kami semua just beli kek dan makanan buat semua. Hubby nak pizza lah pulak. Sate ader, Mee jawa pon turut ader. Sikit2 pon makanan meriah jugak hehehe... Kami memang dah rancang bersama wak yon untuk sambut besday ucu nie. kebetulan mereka ader undangan perkahwinan di Batu Laut malam tue jadi lebih mudahlah kejer kami untuk membuat persiapan. Aku with cousin2 sibuklh ke pekan banting.. Masing2 nak cepat maklumlah kebetulan malam tue akan ader pertandingan bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia bagi piala AFF suzuki.. Semua nak cepat jer.. sampai2 jer umah bola dah start 10 minit. Nasib baik sempat lagi tengok gol pertama Malaysia... apalagi menjeritlah masing2...hehehe.... Lambat pulak ucu nie sampai kami makan dululah yer. tinggal tunggu kek dipotong jew... Tak lama lepas tue ucu pon tiba. Masuk rumah jer kami pon nyayikan lagu "Hari Jadi"... Puteri2ku lah paling suka menyanyi... mama die pon bersemangat sama.ahaks....Barulah kami makan kek besday. Kek aiskrim lagi. Nyum2.... Kami anak2 buah ucu mendoakan yang terbaik buat ucu. Semoga ucu dipermurahkan rezki dan bahagia berkekalan ke akhir hayat. Amin...........Wednesday, December 5
FaMiLyDay YS Nov 2012
My Ofis Yayasan Selangor telah membuat Familyday Jabatan pada 03 November 2012 yang lalu di Tiara Beach Resort, Port Dickson... Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya. Jumaat petang lagi aku with family telah bertolak kesana selepas waktu pejabat. Perjalanan kami hujan. Hubby ku berhati2 memandu maklumlah bimbang jalan yang licin. Alhamdulillah kami selamat tiba. Pada petang tue jenuhlah AJK menyiapkan hadiah untuk function esoknya.... Pada sebelah malamnya saya bersama keluarga keluar ambil angin malam di Telok Kemang dan singgah makan di Kedai makan Thai... Tak lama selepas itu sahabat off midah pula tiba bersama putera amsyar... Selepas makan kami pulang ke apartment penginapan bersama2.. Malam tue kerja kami hanya potong reben bagi mewakili kumpulan masing2 untuk acara sukaneka. hehehe... Malam tue lekalah puteriku bermain bersama Amsyar... Keesokannya, sibuklah dengan urusan pendaftaran ahli keluarga. awal pagi lagi dah sibuk dengan persiapan pentas dan PA sistem. Ader pulak hamper yang koyak dah kene balut lain adeehh.... sabo ajelah..... Suasana pagi tue amat cerah dan baik. proses pendaftaran dan persiapan berjalan dengan lancarnya.... bermulalah acara sukaneka antara kumpulan. Aku tak join aper2 pon cuma jadi tukang sorak memberi semangat. maklumlah lutut masih sakit lagi jadi kenelah jaga hehehe.... Banyak juga acara dewasa dan kanak2...Puteriku taknak masuk sukan pon. Puteri2ku awal2 lagi dah bermandi-manda di kolam renang. seronok mereka bermain... papa dielah yang temankan. selesai sukaneka ader acara cabutan bertuahlah pulak. alhamdulillah rezki ku dapatlah baucar JUSCO RM100.00... dapatlah shopping utk family nanti. Puteriku juga turut dapat baucar percuma Legoland. Bila yer nak pergi kesitu pula. hehehe.... Program sarapan pagi dan makan tengahari selesai. Tibalah masa tukar kupon KFC pulak lebih kurang jam 3.00 petang pengagihan dijalankan oleh urusetia bertugas.. Selepas itu aku menemani pula puteriku bermandi-manda. Masing2 melayan anak2 mereka bermain. Fun giler dapat berendam. Selesai bermandi manda kami pulang semula ke bilik apartment. Puteriku sibuk dah nak makan KFC. Seharian sibuk mandi baru terasa laparlah tue....
Selesai segalanya mengemas dan mandi kami pon bersiap2 utk pulang... Kami ingat nak singgah minum petang tapi cuaca petang tue hujan lebatlah sangat.. Suasana pon lengang jer ramai yang sudah pulang. Kami pon terus pulang. Puteri2ku yang keletihan terus tertido lena sepanjang perjalanan... Alhamdulillah selamat tiba ke rumah... Rupa2nya pada petang tue melambak2 makanan kerana ramai kakitangan yang telah pulang awal. Takpelah bukan rezki kami sebab ingatkan dah habiskan... hehehe. apepon familyday kali nie tetap menjadi satu kenangan di sudut hati cewah....
Selesai segalanya mengemas dan mandi kami pon bersiap2 utk pulang... Kami ingat nak singgah minum petang tapi cuaca petang tue hujan lebatlah sangat.. Suasana pon lengang jer ramai yang sudah pulang. Kami pon terus pulang. Puteri2ku yang keletihan terus tertido lena sepanjang perjalanan... Alhamdulillah selamat tiba ke rumah... Rupa2nya pada petang tue melambak2 makanan kerana ramai kakitangan yang telah pulang awal. Takpelah bukan rezki kami sebab ingatkan dah habiskan... hehehe. apepon familyday kali nie tetap menjadi satu kenangan di sudut hati cewah....
Subscribe to:
Posts (Atom)










