Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang... Pejam celik dah hampir seminggu kita berhari raya. Hari ini barulah aku memulakan tugas di pejabat setelah cuti panjang sebelum menjelang hari raya. Maaflah lama sangat saya menyepi sebab sibuk dengan urusan keluarga dan urusan kerja. Di kesempatan nie saya nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Ahli keluarga, Sanak Saudara dan rakan-rakan yang mengenali diri ini. Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap di sepanjang kita saling mengenali. Semoga Aidilfitri kali ini menjadi hari yang paling indah dan bermakna buat kita semua.. Salam Sayang buat semua... Akan saya kongsikan kenangan sepanjang ramadhan dan aidilfitri buat anda semua.
Tuesday, August 13
Wednesday, June 12
Jafna Wedding Mei 2013
Pertengahan bulan 5 yang lalu cousin lelakiku anak kepada Pak Ngahku melangsungkan perkahwinan di Banting. Kami sekeluarga turut sama menghadirkan diri di Majlis tersebut. Ayahandaku dari Pahang juga turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan nie. Majlis sederhana ini di hadiri oleh sanak-saudara dan orang kampung serta kenalan dan rakan2 pengantin. Cousinku ini bertugas di Kuala Kangsar dan jodohnya juga adalah orang sana. Tak sangka jugakan dapat jodoh orang sana... Semuanya dah ketentuan... Apepon alhamdulillah majlis berlangsung meriah. Sempat jugaklah kami bergambar kenangan bersama pengantin.
Ucapan dariku sekeluarga Semoga Jafna dan pasangan sentiasa diberkati, Dipermurahkan rezki dan jodoh berpanjangan ke Akhir hayat. Tak lupa juga berbahgia selalu. Sedikit gambar kenangan yang dapat saya rakamkan buat tatapan... Jom Layannzzz.......
Menu Orang Sakit
Seminggu di rumah memang boringlah sesangat... tapi ader juga baiknya boleh jugak aku berehat dan mengemas aper yang patut. Mengantuk pon bukan lena nak tidur... Dalam pada tue dapat juga mengemas kain baju yang ader tak berlipat dalam bakul heheee... Sambil2 mengemas sibuklah pulak nak masak. Maklumlah dah sakit tadi menu tertentu ajelah yang boleh dimasak. Yang pastinya hari2 mesti ader sup. Yelah anak2 dan En.Suami nie suka makan Sup. Jadi menu orang sakit nie saya masak Sup Tahu bersama sawi dan Ayam masak halia. Tue jer yang sedap dimakan ketika sakit2 nie.. hikhik... Senang pon nak memasaknyer... Berselera En.Suami nak puteri2ku makan...Alhamdulillah... rezeki diberikan kesihatan yang baik untuk menyediakan masakan nie meski pon dilanda musibah. Oklah kawan2... Jom layan menu nie yer kalau tekak tak berselera nak makan. Gerenti berselera nanti... heeee.........Peritnya Cuci Luka
Musibah yang melanda taklah sehari tue jer kami menanggungnya... Mestilah dapat rawatan harian pula untuk mencuci luka. Petang selepas kejadian accident motorsikal tue cousinku mengambil kami untuk pulang ke kampung. Malam tue sakitnyalah badan ketika nak tidur. Barulah rasa sengal2 badan akibat hentakan sewaktu jatuh motor. Ke esokannya kami pon mendapat rawatan pula di klinik sekitar kawasan banting. Pedihnyalah bila luka dicuci... Rasa macam nak menjerit jer. Luka pon kembang mungkin kerana balutan yang seharian bila dibuka ia lembab. Balutan perlu untuk elak dijangkiti kuman. Apepon, Cuci di klinik memang peritlah sesangat.
Isnin pagi kami dikehendaki ke klinik semula untuk cuci luka.. Terpaksalah meminta bantuan adik abang untuk membawa kami ke klinik. Walaupon klinik dekat dengan rumah tetapi En.Suami tak bolah bawak kereta pon sebab tangan kirinya bengkak. Macam mana nak masuk gear keretakan!!... Apepon kami mendapat rawatan semula di klinik sewaktu kami membuat rawatan awal selepas kejadian. Doktor mendapati tanganku bernanah sedikit jadi perlu pulaklah dikoyakkan kulit yang bernanah tersebut. Adoi.. aii.... memang perit giler.. Aku dan En.Suami diberikan Cuti Sakit selama seminggu.. Yelah dengan keadaan luka yang masih belum pulih, terpaksalah kami berehat dirumah. kebetulan puteriku juga masih bersekolah. En.Suami adalah seminggu di rumah. Sakit2 pon kene jugaklah masak kan!! Yelah dah tanggung jawab. Makan pon kenelah pantang pulak.. heheheeee... macam2 lah pulak.![]() |
| Inilah Helmet yang calar teruk |
![]() |
| Bekalan ubat luka |
Tuesday, June 11
Musibah Dihari Jumaat
April lalu pada 19hb. aku telah memohon cuti setengah hari berikutan anakku asmira ade appoiment doktor gigi jam 3.00 ptg. En.suami pon datanglah ambil aku di off jam 1.00 petang. Perjalanan balik cuaca memang sudah mendung. Risau jugak kalau tiba2 hujan melanda. seperti yang dijangka sesampai kami di susur keluar tol batu tiga dari lorong motosikal ke lorong kereta hujan pon tiba2 turun dengan lebat. Dihadapan kami ader sebuah motosikal dinaiki seorang pemuda.
Motosikal terbabit tiba-tiba memperlahankan motornyer... en.suami pon slow lah maklumlah jalan agak berbukit sedikit.Tiba-tiba motor tue brek kecemasan pulak aper lagi abg pon mengelak lalu kami berdua pon jatuh terseret ke tepi jalan sehingga ke longkang kecil tepi divider tue... aduh... sakitnya sampai terhantuk2 kepala kat tepi longkang kecil tue. Hujan waktu tue makin lebat nampak abg bangun dan cuba menongkat motor dan kemudian membantu aku yang masih lagi terbaring. Hurm.. alhamdulillah takde aper yang patah. risau jugak aku. Kedua2 lutut ku luka dan lengan kiriku turut luka akibat terseret. En.suami pula luka juga kedua lutut, bahu kiri, lengan dan tapak tangan kiri.
Yang geramnya, motor yang kami elak tue cabut lari macam tue jer bukan nak menolong pon. Nasib baik ader hamba allah dua kereta berhenti dalam hujan lebat tue membantu kami. Abang sorang lagi tue siap payungkan lagi. Terima kasihlah kerana membantu kami. tak sempat kenal pon. Apepon jasa adik berdua yang menghantar kami ke klinik untuk mendapat rawatan akan kami kenang selamanya.....Aku mendapat rawatan di klinik yang berhampiran dengan rumahku. Hari tersebut aku memakai jubah jadi akibat koyak dan nak cuci luka di lenganku baju tersebut terpaksalah digunting. Besar juga lukanya... Selesai cuci luka aku sempatlah rakam gambar ni sebab En.suamiku sedang menerima rawatan pula. Selesai semuanya Aku meminta jasa baik jiranku abang hamzah untuk mengambil kami di klinik..... Manakala motorsikal ku pula di tepi highway en.suami meminta rakan PBT nya mengambil motor tersebut untuk dihantar ke bengkel.Alhamdulillah syukur nikmat kami berdua selamat. Risau jugak bila terkenang kembali kejadian yang menimpa. Aku redha dengan dugaanmu ya Allah... Sesungguhnya ader hikmah disebalik segala ujian darimu....
Tuesday, May 28
PoLoNia MeDaN - DaY 3,4 & 5
Hari ini hari ketiga kami di medan... Hari ini kami akan pulang semula ke perkampungan Dodol Perbaungan. Tapi sebelum itu kami nak pergi ke Berastagi dan seterusnya ke Kolam air panas belerang Gunung Berapi... Sebelum bertolak kami sempat bergambar berlatar belakangkan Danau Toba yang mempunyai hikayat yang tersendiri. Perjalanan pulang kami untuk ke berastagi dan mandi belerang rupanya perlu melalui jalan rentas. Sebelum itu kami bersarapan dulu di kedai makan berhampiran. Menu kami pagi tue Lontong dan Soto. Memang sedap Soto nyer disediakan pula bersama nasi. Selesai bersarapan kami pon meneruskan perjalanan. Jauh sungguh rupanya perjalanan kesana dengan keadaan jalan berturap yang agak rosak berlubang2... Hiihihi.. Macam naik kuda dibuatnya. Bila tengok tempat orang bersyukur lagi tempat sendiri. Terfikir sejenak kehidupan mereka yang sedikit berbeza dengan kita di Malaysia.
Destinasi kami terus ke berastagi. Berastagi nie rupanya tempat melancong untuk melihat permandangan gunung berapi. Gunung aper saya tak pasti lupalah. Dikatakan gunung tue masih lagi aktif. Memang nampak wap2 dan asap keluar dari gunung tersebut. Tapi permandangan kami terhad sebab cuaca hujan pulak. Aderlah mamat yang onda2 jual Strawberi aku pon belilah. Rupanya dicampurkan yang elok dan yang busuk. memang penipu. bila kami dah bising2 terus die lari... adoi sabo ajelahkan... Apa salah jual yang elok mahal ckit pon aku tak kisah nie boleh layan macam tue pulak. Kat puncak tengok view gunung tue ader juga kereta kuda bagi yang berminat nak naiklah. Tapi akibat cuaca yang kurang ok tak jadilah kami naik. Bau jangan cakaplah busuk sangat bau kencing kuda bila cuaca hujan. kami pon turun semula ke pekan berastagi.
Selesai bermandi manda kami pon berangkat pulang. sebelum pulang kami singgah makan di warung makan. Malam nie aku layan keow teow goreng jer. boleh tahanlah rasanya... Yang lain2 dengan menu masing. Tak lupa tentulah air cappuchino. Selepas itu kami pon bertolak pulang ke rumah kak mai. Masing2 kepenatan... Apelagi tidolah... keletihan yang amat sangat.....
Selepas berjalan2 disekitar situ kami pergi pula ke kedai "Bika Ambon Zulaikha". Aku tau pon lepas search internet tentang Medan. Disini famous dengan pelbagai jenis kek. Meriah sungguh keknya. Apelagi sakan beli keklah pulak untuk dibawa pulang. Besar dan tebal kek lapisnya. Banyak jugaklah aku beli. Untuk buah tangan keluarga dan rakan. Ader juga jus Makisar dan Terung Belanda memang sedap.... Ader pula permintaan sahabatku fazura nak cari Tora Bika Cappuchino untuk bawak pulang. Dalam tengok2 kasut aku turut pula membeli kasut. hehehe.... Tak lupa juga cari kicap bangau yang sedap tue. berpaket2 kami bawak beli balik.
Selesai semuanya kami pon bertolak pulang ke Perbaungan. 1 jam perjalanan dari pekan Medan. Teringin pula bawa anak2 naik "becak". Beca motorlah... disini dipanggil becak. kami pon turun di pekan perbaungan dan masing2 booking naik becak nie... kami amik sampai 4 bijik becak. Seronok betul dahlah cuaca malam berderet jer jalan. puteri2ku lagilah seronok katanya. Sampai2 dirumah kak mai, kak yong suruh pula ke rumahnya sebab anaknya ema sudah masak untuk makan malam... Alhamdulillah rezki jangan ditolakkan... Meriah makan malam tue. Rupanya suami kak yong siap beli tembikai lagi. memang sedap dan manis. khabarnya kampung mereka dah 2 bulan tak hujan. patutlah panas. Tembikai kuning yang sangat manis. Suami kak yong rupanya siap beli satu guni kononnya nak suruh kami bawak pulang. Alahai kalau naik kereta memang saya amik bang. Nie naik pesawat susahlah nak bawak pulang... Apepon terima kasih tak terhingga atas layanan mesra mereka. Selasai makan kami pon pulang semula ke rumah kak mai.
Kesokannya hari kelima kami di Medan tibalah masa kami untuk pulang... Sedih rasanya... Kami dihantar lagi oleh Pak Nano dan Pak Sutres. Selesai check-in dan bayar duit tax sebanyak Rp75 ribu kami pon beratur untuk masuk ke Balai berlepas. Bila nak masuk jer kek bika ambon ku kene tahan. Tak boleh bawak bila packing besar sangat. Dahlah kene bukak balik masuk beg kecil2 sabor ajelah... bila dah sampai kat check kastam pulak kene tahan lagi ingatkan kenapa rupanya air pati jus makisarku kene tahan.. aduh dugaan lagi. Sabar ajelah... Selesai check in baru dapat masuk balai berlepas. sempat lagi beli keychain dan fridge magnet medan pulak. kali nie banyak sungguh koleksi. Danau Toba, Berastagi dan Medan... hehehe... bertambah lagi koleksi ku... Alhamdulillah kami selamat berlepas pulang ke tanah air tercinta cewah........ Percutian yang amat menyeronokan........PoLoNia MeDaN - DaY 1 & 2
Awal pagi tanggal 20/03/2013 bermulalah episod percutian ke Polonia Medan buat kami sekeluarga. Awal pagi lagi kami dah bersiap2 packing barang2 keperluan semasa disana. Trip kali nie aku bawa puteri2ku sekali. Tepat jam 11.30 bagi bertolaklah kami 2 kereta ke LCCT airport. Nasib baik adik sepupuku bersama kawannyer ader untuk menghantar kami. Yelah kalau nak parking kat airport tue dahlah mahal dan kalau nak murah pulak jauhnyer lah nak menapak ke LCCT. Hurm... sesampai jer di LCCT teruslah kami check in untuk dapatkan boarding pass. Lepas tue masukkan beg ke Kargo pulak. Sekarang nie Air Asia punya kargo kalau terlebih mahal giler 1KG RM50.00 beb.. Kus semangat... takutlah jugak. untuk langkah berhati2 kenelah beli kargo tue ikut kg kiter yer... apepon kargo aku terlebih jugak 1 kg hurm bayor ajelah RM50.00 nak buat mcm manekan.
Subscribe to:
Posts (Atom)










