WeLCoMe To My Blog

Tuesday, November 26

BeSDaY ANjaNGku..

26 Oktober lalu adalah hari jadi anjangku. Kami sekeluarga telah bercadang untuk membuat hari jadi anjang. Asalnyer nak beli kek jew tapi tetiba pulak uda timbul idea nak masak nasi minyak. Maka kami pon masaklah nasi minyak yang berlaukkan Daging masak kurma bersama pencuk(jelatah) karot dan kobis. Hurm.. tentulah sedapkan. Anjang pon kami dah telefon awal nak datang kerumahnyer tapi die tak tahulah pulak berkenaan hajat kami semua nak buat makan-makan sempena besday anjang tue.

Awal pagi lagi uda dah sibuk didapur untuk masak dan aku pon tak terkecuali sama membantunyer masak di dapur. Alhamdulillah selesai semuanya berkemas-kemaslah kami semua untuk kerumah anjang. Aku bersama angah keluar awal dulu sebab untuk singah membeli kek di pekan banting. Sesampai dirumah anjang biasalah mengeluarkan hidangan lauk-pauk. Kek standby dalam kereta dulu. Cuaca pon agak mendung dan tak panas terik jadi taklah kek tue kepanasan dalam keretakan.... hikhik..

Anjang terkejut juga banyak benar makanan siap bawak keropok ikan utk diigoreng gara-gara nak cepat tak sempat digoreng. Maka goreng ajelah kat umah anjang. Tengah nak mula menikmati hidangan kami semua pon mengeluarkan kek Hari Jadi buat anjang sambil menyanyikan lagu hari jadi buat anjang. Biasalah puteri2 ku lah yang paling riuh biler bab2 nyanyi lagu besday ni. macam besday mereka pulak. Riuh rendahlah kami petang tue. Apepon kami semua mengucapkan Semoga anjang panjang umur murah rezki dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Kami tau anjang seorang yang kuat semangat untuk menempuh segala apa jua dugaan.. Semoga tahun depan kita masih lagi dapat bersama2 meraikan hari lahir anjang. Kami semua sayang anjang...  Segala pesanan anjang In Syaa Allah kami akan cuba tunaikan yang termampu.. Amin.....




Wednesday, November 13

MuSiM KeNDuRi KaWiN

Dah nak menjelang cuti sekolah nie ramailah yang buat majlis kenduri kawin. Sana sini sibuk jemputankan. ader yang cukur jambullah, berkhatanlah. Macam2lah... aku pon tak terkecuali mendapat undangan dari rakan2, kenalan, keluarga dan orang kampung. Nak sebut namanya pon ramai sangat. Apepon saya sekeluarga mengucapkan Selamat pengantin baru buat semuanya. Semoga berbahgia ke akhir hayat.. Amin... moga doa kami mengiringi anda semua..

Bila dah majlis pengantin nie ramailah ahli keluarga yang hadir. Macam2 ragam kami semua di Majlis kahwin nie. Jomlah layankan yer... hehehe... Tak tau aper lagi nak diceritakan. yang nyatanyer kami semua seronok dapat berkumpul beramai2 bersama ahli keluarga tersayang...


 





First Checkup

Maaflah kawan2 jarang benar saya update kisah2 terkini sejak kebelakangan nie.. almaklumlah dh berbadan dua nie kesihatan pon agak kurang memuaskan. hehehe... apepon sy cuba berkongsi kisah suka duka bersama kawan2 semua.. Alhamdulillah masih lagi dapat melaksanakan tugas dan menjadi ibu kepada puteri2 saya dan isteri buat suamiku...

Kali pertama checkup agak berdebar juga. Yelah setelah hampir 5 tahun baru merasai semula nikmat ibu mengandung. Risau pon ader. moga kesihatan sihat hendaknya. Awal pagi lagi september lalu aku bersama en.suami telah keluar ke hospital untuk checkup. cadangnyer untuk ke Hospital SALAM di shah alam tapi agak rumit kerana doktor yang dicadangkan oleh kawanku penuh dan kami disuruh datang pada hari lain untuk membuat appoiment. Leceh jugak takkan nak amik cuti hari lain pulakkan. hurm..macam2 pulak. Kaunter pertanyaan pon macam tak mesra alam jer. Akhirnyer aku buat keputusan ke KPJ SMC Shah Alam jer berjumpa dengan doktor yeen yang pernah dulu memeriksa kandungan semasa mengandungkan Tasnim & Asmira...

Sesampai jer di SMC terus dapat nombor dan menunggu giliran walaupon kami tak buat temujanji awal. kan senang macam nie. yelah kitakan bukan senang nak cuti2 sangatkan.Alhamdulillah checkup mengesahkan yg aku dah hamil 2 bulan setengah. Alhamdulillah syukur padamu ya Allah.... Gembira sungguh rasanyerkan. Mudah2an semuanya dipermudahkan.. Amin.. dan jangkaan due date adalah pada 10 April 2014... Doakan ye kawan2 agar kesihatan saya dan baby baik sepanjang tempoh kehamilan nie. ok see u o'll at next story... tataaa.......



Wednesday, October 16

Kegembiraan Aidilfitri Berganda

Lama betul rasanya tak jenguk blog nie.. maklumlah kesihatan tak mengizinkan. Kenapa yer?? nak tahu lanjut jom kita sambung story yang masih tak sempat saya habiskan nie. Masih kisah nak sambut aidilfitri lalu. banyak yang dah lupa pon. Apepon saya cuba mengingati semula mana yang ingat ler....

Dalam semuanya sibuk bergembira meraikan Aidilfitri... kami sekeluarga pon tak ketinggalan sama meraikannya... Namun kegembiraan aidilfitri kali nie bertambah ceria apabila mengetahui yang kini aku hamil. Ha.. inilah berita gembiranyer yang membuatkan kesihatanku kurang memuaskan. Alhamdulillah syukur atas nikmatmu Ya Allah atas rezki yang diberikan ini membuatkan kami sekeluarga gembira yang tak terhingga.. Lama sungguh menanti saat ini. Puteri bongsu ku kini pon dah berusia 4 tahun. Dah tiba masanya memikul tanggungjawab seorang kakak. Kedua2 puteriku turut gembira untuk menerima ahli baru dalam keluarga kami.

Aidilfitri kali ini kami sambut sederhana sahaja, kali nie giliran kampungku pula di Banting untuk hari raya pertama. Semuanya berjalan lancar. Cuti pon tak panjang, sampai hari keempat jew. Beraya pon sekitar kampung halaman banting jer. Malam raya aku dirumah Udaku shaja with family. Ucu ku yang selalu beraya bersama kini pertama kali beraya bersama suaminya di rumah mertua.. Yelah dah ada keluarga baru katakan. Babaku pula tak pulang beraya bersama. Familyku dan family uda jer pada malam raya nie. Ada takbir raya beramai2 dirumah uda. Alhamdulillah malam raya kami nikmati dengan penuh kessyukuran.

Keesokannya awal pagi puteri2ku telah bangun untuk mengayakan baju rayanyer. Budak2 biasalah nak pula bab bergaya puteriku memanglah suka. Pagi tue hanya kami sahaja dipagi raya. En.Suami selesai solat raya kami semua ke umah Mertua udaku. Selesai semua baru kami pulang ke Kampung di Permatang Pasir. Barulah semua makcik2ku dan cousin2 bertemu untuk bersalaman raya. Lewat sungguh kami semua bersalaman raya pada hari tue. Apepon alhamdulillah semua berjalan lancar. barulah kami semua beraya dirumah sanak saudara yang lain pula....







Hajat Tercapai

Kisah ramadhan lalu masih ader yg belom story lagi... saya cuba mengingati aper yg boleh diingat hikhik...
Sepanjang ramadhan kali nie banyak sungguh aktiviti keluarga yang dijalankan, setiap minggu sibuk dengan kuih rayalah. Aku semestinyalah sibuk dengan pembelian kerepek untuk jualan aidilfitri. Kali nie aku ader share partner pulak tue geng off yang satu kepala gitu hehehe... tapi nie bukanlah hajatku yang paling utama untuk ramadhan kali nie. Tue semua sampingan jer. Yang paling utama hajatku pada tahun nie ingin mengunjungi Pusara Ibuku sebelum Aidilfitri menjelma. Yelah selalunya setiap tahun raya kedua atau ketiga baru aku dapat menziarah pusara ibuku dan menjenguk sekali kakak kepada ibuku iaitu Mak Longku di Langat. Kali nie niatku nak ziarah awal sebelum raya tiba...

Alhamdulillah hajatku ini tercapai jua. Aku sekeluarga bersama uda dan Ucuku bersama2 dapat menziarahi Pusara Bondaku yang tersayang. Thanks buat En.Suami juga yang sudi membawaku bersama anak2 untuk ziarah pusara nenek mereka. Tercapai jua hajatku ini yang memang aku nantikan sepanjang tahun nie.

Pesanan buat rakan-rakan Ziarahlah pusara Kedua ibu bapa kita dan sentiasalah mendoakan mereka. Terlalu banyak hari paling baik menziarah dan salah satunya adalah seminggu lagi sebelum ketibaan Syawal menjelma kerana mereka menanti kehadiran kita untuk menziarahi mereka. Buat peringatan saya juga. Semoga Roh mamaku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Amin......

Tuesday, August 13

Salam Aidilfitri 2013

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang... Pejam celik dah hampir seminggu kita berhari raya. Hari ini barulah aku memulakan tugas di pejabat setelah cuti panjang sebelum menjelang hari raya. Maaflah lama sangat saya menyepi sebab sibuk dengan urusan keluarga dan urusan kerja. Di kesempatan nie saya nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua Ahli keluarga, Sanak Saudara dan rakan-rakan yang mengenali diri ini. Saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap di sepanjang kita saling mengenali. Semoga Aidilfitri kali ini menjadi hari yang paling indah dan bermakna buat kita semua.. Salam Sayang buat semua... Akan saya kongsikan kenangan sepanjang ramadhan dan aidilfitri buat anda semua.

Wednesday, June 12

Jafna Wedding Mei 2013

Pertengahan bulan 5 yang lalu cousin lelakiku anak kepada Pak Ngahku melangsungkan perkahwinan di Banting. Kami sekeluarga turut sama menghadirkan diri di Majlis tersebut. Ayahandaku dari Pahang juga turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan nie. Majlis sederhana ini di hadiri oleh sanak-saudara dan orang kampung serta kenalan dan rakan2 pengantin. Cousinku ini bertugas di Kuala Kangsar dan jodohnya juga adalah orang sana. Tak sangka jugakan dapat jodoh orang sana... Semuanya dah ketentuan... Apepon alhamdulillah majlis berlangsung meriah. Sempat jugaklah kami bergambar kenangan bersama pengantin.

Ucapan dariku sekeluarga Semoga Jafna dan pasangan sentiasa diberkati, Dipermurahkan rezki dan jodoh berpanjangan ke Akhir hayat. Tak lupa juga berbahgia selalu. Sedikit gambar kenangan yang dapat saya rakamkan buat tatapan... Jom Layannzzz.......