Aku terbaca satu Artikel tentang 10 Fobia Pelik.. Just nak share ngan semua jew...k
Definasi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu.
Berikut adalah jenis2 fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyarakat
di serata dunia. Amat pelik dan mungkin b***h bunyinya, namun ia tetap
wujud dan berlaku.
Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin
fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini,
sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri
untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis
ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.
Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa
sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca
ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak
kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik
untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun,
untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang
yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau
diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.
Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai
fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut
Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega
kacang seumur hidup mereka!
Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya
satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari
sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak
elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut
akan bahaya yang wujud pada matahari.
Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini
adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu
makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada
bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses
pencernaan yang lebih baik.
Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai
orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi
penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup
mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani
untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga
memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya
jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui
saban hari.
Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya
ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga
sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota
keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia
menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya
kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang
dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi,
bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau
semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.
Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup..dagu,
bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di
dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan
(chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun,
fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.
No comments:
Post a Comment