Pesanan untuk diri sendiri terutamanya dan sahabat-sahabat , rakan-rakan dan kawan2 semuslim :)
Rasulullah s.a.w
” Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan yang suka
menjolok jolok, bukan yang suka berbuat keji, dan bukan juga orang yang
suka bercakap keji.” Hadis Riwayat Muslim
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.
Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan
dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu
Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Diriwayatkan oleh Abu Ummah
al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan
amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia
berkata kepada Allah “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan
yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”.
Maka Allah menjawab :”Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
* kalau pernah berlaku pada diri.. share2 lah pada rakan2.. kadang2
mereka tidak tahu.. kadang2 mereka lupa.. kadang2 kita sendiri pun
lupa.. ingat-mengingat sifat yang mulia.. mari bina persekitaran yang
sihat.amin...
No comments:
Post a Comment