Artikel nie amat penting bagi Wanita dan Lelaki. Kanser adalah pembunuh utama kini kerana paling banyak kes kamatian disebabkan oleh kanser... Artikel nie sekadar untuk pengetahuan kita. Mudah2an jadi panduan kita bersama....
(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit
di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun
berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen
membengkak.
7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur,
tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan
bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8)
Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu
mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka
mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan
risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh
menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga
mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu
menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta
membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku
dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil
p/s : Untuk hindari makanan berlemak dan bergoreng sgt sukar, tp no 2,3,4 ok jek. Yang no 5 memang sedang diamalkan…
No comments:
Post a Comment